NEW
Font size
Worksheetse-CAT BSKM 7 (Bab 19:UMAT ALLAH MENJADI BUANGAN)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Ludmilla ialah nenek Santo Wenceslaus.
o Betul
o Salah
2. Pesta Santo Wenceslaus dirayakan pada 28 September.
o Betul
o Salah
3. Santo Wenceslaus telah dibunuh oleh Boleslav, adiknya dan rakan-rakannya.
o Betul
o Salah
4. Pemimpin yang baik adalah seorang yang cekap dalam pengurusan,
kaya dan tidak amanah.
o Setuju
o Tidak Setuju
5. Sebagai seorang Kristian, kita dipanggil untuk menjadi seorang pemimpin yang baik.
o Betul
o Salah
6. Mengapakah Santo Wenceslaus berdoa kepada Allah pada setiap hari?
A. Kerana dia ingin menjadi berkuasa.
B. Kerana berdoa merupakan kewajiban.
C. Untuk memohon bimbingan daripada Allah.
7. Mengapakah ramai orang menyayangi Santo Wenceslaus?
A. Kerana dia memberi harta yang banyak kepada rakyatnya.
B. Kerana sikapnya yang adil dan baik.
C. Kerana dia tegas dan memerintah dengan kejam.
8. Apakah yang dilakukan oleh rakyat Israel dan Yehuda selepas Israel terbahagi kepada dua kerajaan?
A. Menyembah tuhan-tuhan palsu dan tidak setia kepada Perjanjian dengan Allah.
B. Mempersembahkan korban bakaran kepada Allah.
C. Taat setia kepada Allah.
9. Apakah yang Allah lakukan untuk memberi amaran kepada mereka?
A. Menghancurkan kerajaan mereka.
B. Menjatuhkan malapetaka kepada kerajaan mereka.
C. Mengutus para nabi.
10. Apakah reaksi mereka setelah amaran diberikan?
A. Bertaubat.
B. Tidak mengambil peduli.
C. Kembali kepada Tuhan Allah.
11. Kenapakah mereka tidak mempedulikan amaran tersebut?
A. Mereka marah kepada Allah.
B. Rakyat mencontohi para pemerintah mereka.
C. Mereka diancam jika tidak melakukan demikian.
12. Apakah yang dilakukan oleh raja-raja di kedua-dua negeri Israel dan Yehuda?
A. Gagal mematuhi perintah-perintah Allah.
B. Taat setia kepada Allah.
C. Melakukan perkara yang baik.
13. Apakah yang berlaku terhadap kedua-dua kerajaan Israel dan Yehuda?
A. Semakin bertambah maju.
B. Menjadi lemah dan rosak akhlak.
C. Dikenali di mata dunia.
14. Mengapa pentingnya kita mempunyai pemimpin yang baik?
A. Supaya rakyat menyukainya.
B. Supaya dikenali oleh semua orang.
C. Supaya rakyat dipimpin untuk melakukan kebaikan.
15. Apakah antara kualiti seorang pemimpin yang baik?
A. Kaya Raya
B. Mempunyai paras rupa yang menawan.
C. Adil dan bertanggungjawab.
16. Bilakah Peringatan Hari Kelahiran Bonda Maria dirayakan?
A 6 September
B 8 September
C 9 September
17. Peristiwa “Maria dimahkotai di syurga” adalah ______
A. Peristiwa Mulia Ke-4
B. Peristiwa Mulia Ke-5
C. Peristiwa Gembira Pertama
18. Apakah yang perlu kita lakukan apabila kita melanggar perintah Tuhan?
A. Berdiam diri.
B. Merasa sesal dan bertaubat.
C. Bersikap acuh tak acuh.
19. Dalam Perintah Ke-8 Sepuluh perintah Tuhan, seseorang itu haruslah ________
A. Bercakap dengan kejujuran dan kebenaran.
B. Tidak bercakap benar terhadap orang lain.
C. Menjadi saksi kepada perkara yang tidak sepatutnya.
20. Apakah sakramen yang perlu diterima oleh seseorang apabila dia merasa sesal atas perbuatannya yang salah?
A Sakramen Ekaristi
B Sakramen Tobat
C Sakramen Krisma
