Font size
WorksheetsKEM BESTARI SOLAT 1
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Wudhu ialah …
Perbuatan meratakan air pada anggota badan yang tertentu disertai dengan niat
Perbuatan meratakan air pada seluruh anggota badan disertai dengan niat
Perbuatan meratakan tanah pada anggota badan yang tertentu disertai dengan niat
Perbuatan meratakan air pada anggota badan tertentu tanpa disertai dengan niat
Rukun wudhu terbahagi kepada … perkara
5
6
7
8
Antara berikut, yang manakah merupakan rukun wudhuk ?
(Tandakan 3 jawapan yang tepat)
Niat
Membasuh seluruh muka
Membasuh kedua-dua telinga
Membasuh dua kaki hingga ke buku lali
Apakah hukum berkumur-kumur ketika mengambil wudhu?
Harus
Sunat
Makruh
Wajib
Antara yang berikut merupakan perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu KECUALI
Tidur dalam keadaan dua punggung tidak tetap
Keluar sesuatu dari qubul dan dubur
Melebihkan had yang wajib ketika membasuh anggota wuduk
Bersentuh tapak tangan dengan kemaluan manusia
Apakah hukum membaca doa selepas wudhu?
Harus
Sunat
Makruh
Wajib
Doa selepas wudhuk
Doa selepas solat
Doa selepas tayammum
Doa selepas membaca al-quran
Maksud tayamum ialah …
Menyapu debu tanah yang suci ke muka serta kedua-dua tangan hingga ke siku dengan niat dan syarat-syarat tertentu
Menyapu debu tanah yang suci ke seluruh anggota badan dengan niat dan syarat-syarat tertentu
Menyapu debu tanah ke muka serta kedua-dua kaki dengan niat dan syarat-syarat tertentu
Menyapu habuk atau bedak muka serta kedua-dua tangan hingga ke siku dengan niat tertentu
Antara berikut, yang manakah BUKAN rukun tayamum
Niat
Menyapu debu tanah ke siku
Membasuh muka
Tertib
Berikut ialah syarat-syarat sah tayamum KECUALI
Mengetahui masuk waktu solat
Menggunakan debu tanah yang suci
Menghilangkan najis di badan terlebih dahulu
Mencari air sebelum masuk waktu solat
Apakah sebab yang diharuskan untuk bertayamum?
Ketiadaan air selepas berusaha mencarinya
Sakit kepala
Terdapat debu yang suci di sekitar kawasan
Mencuba perkara yang baru selain wudhu
Antara berikut, yang manakah perbuatan sunat ketika bertayamum?
(Tandakan 3 jawapan paling tepat)
Memulakan sapuan tangan di bahagian kanan terlebih dahulu
Berturut-turut
Menipiskan debu pada tapak tangan
Tidak menghadap ke arah kiblat
Apakah perkara yang membatalkan tayamum?
Makan dan minum
Tidur sepanjang hari
Melakukan perkara yang membatalkan wudhu
Bercakap perkara yang sia-sia
Ketika Aiman ingin solat Zuhur, dia mendapati tiada air di kawasannya dan telah berusaha mencari air untuk mengambil wudhuk namun tiada.
Jadi, dia mengambil keputusan untuk bertayamum dengan menggunakan debu tanah yang suci lalu menunaikan solat Zuhur.
Berdasarkan situasi tersebut, adakah tayamum tersebut sah?
Ya
Tidak
Apakah persamaan antara wudhu dan tayamum?
Menggunakan anggota badan yang sama iaitu muka dan kedua-dua belah tangan
Menggunakan niat yang sama
Membersihkan badan sebelum solat
Menggunakan bahan yang sama iaitu debu tanah yang suci
