WorksheetsKuiz Semester 1: Tajuk Perundangan
Total questions: 35
Worksheet time: 25mins
"Merupakan undang-undang bertulis yang digubal oleh agensi atau menteri tertentu yang diberi kuasa oleh Parlimen"
Pernyataan di atas merujuk kepada
Akta
Enakmen
Perundangan kecil
Perlembagaan
Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan setelah
diluluskan oleh Majlis Parlimen
diwartakan oleh kerajaan
ditandatangan oleh Perdana Menteri
diperkenankan oleh YDPA
Yang manakah tertakluk kepada kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong?
Memecat Menteri Kabinet
Melantik Ketua Hakim Negara
Memperkenankan pindaan perbelanjaan kerajaan
Memberikan persetujuan pembubaran Parlimen
Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong ialah
melantik anggota Jemaah Menteri
memanjangkan tempoh perkhidmatan hakim
memperkenan cadangan pembubaran Parlimen
mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja
· Pindaan Kuasa Kerajaan Negeri
· Pindaan berkaitan Kedudukan Bumiputera
Berdasarkan pernyataan di atas, pindaan tersebut boleh dilakukan dengan
sokongan 2/3 ahli Parlimen dengan keizinan Majlis Raja-Raja
sokongan 2/3 ahli Parlimen dengan persetujuan Yang DIpertua Negeri
sokongan 2/3 ahli Dewan Undangan Negeri dengan persetujuan Yang Dipertua Negeri
sokongan 2/3 ahli Parlimen dengan persetujuan Yang Dipertua Negeri dan keizinan Majlis Raja-Raja
Yang manakah antara berikut yang akan menyebabkan seseorang individu hilang kelayakannya sebagai ahli Dewan Rakyat?
Menjadi pemilik beberapa syarikat
Gagal mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya
Telah dilantik sebagai Menteri Besar
Mendapat taraf pemastautin tetap negara lain
Yang manakah pernyataaan yang benar tentang Dewan Rakyat?
Setiausaha Dewan Rakyat ialah Setiausaha Parlimen
Ahli Dewan Rakyat boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat
Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat
Dewan Rakyat mesti memulakan pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (kewangan)
Yang manakah antara berikut tugas Setiausaha Dewan Rakyat?
I Menetapkan tarikh-tarikh majlis bermesyuarat
II Mengarahkan ahli dewan keluar dewan ketika mesyuarat berlangsung
I Mengeluarkan penyata rasmi bagi persidangan dan prosedur mesyuarat
II Memberi nasihat kepada yang Dipertua Dewan dalam hal-hal berkaitan dewan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah persamaan fungsi antara Dewan Rakyat dan Dewan Negara ?
I Kuasa memulakan rang undang-undang
II Kuasa membahaskan rang
III Kuasa memperkenankan rang undang-undang
IV Kuasa membuat pindaan rang undang-undang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah merupakan bidang kuasa Dewan Negara terhadap undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat?
Menolak undang-undang
Mewartakan undang-undang
Meminda rang undang-undang
Menangguhkan rang udang-undang
Yang manakah tugas badan perundangan?
Mewartakan undang-undang negara
Menggubal undang-undang negara
Melaksanakan undang-undang negara
Menentukan kesahan undang-undang negara
[Undang-undang campuran yang dikemukakan sama ada oleh ahli kerajaan atau bukan kerajaan yang pada pandangan Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kepentingan tertentu]
Penyataan di atas merupakan jenis
Rang Undang-undang Persendirian
Rang undang-udang Hibrid
Rang Undang-undang Awam/kerajaan
Rang Undang-Undang Ahli Persendirian
Yang manakah pernyataan yang benar tentang keahlian Majlis Raja-Raja?
Semua Raja dan Menteri Besar
Semua Raja dan Jemaah Menteri
Semua Raja dan Yang di-Pertua Negeri
Semua Raja dan Yang di-Pertuan Agong
- Rang Undang-Undang dibahaskan secara menyeluruh oleh ahli dewan
- Menteri berkenaan bertanggungjawab untuk menjawab
semua pertanyaan mengenainya
Pernyataan di atas merujuk kepada penggubalan undang-undang di Parlimen pada peringkat
Jawatankuasa Dewan
bacaan pertama
bacaan kedua
bacaan ketiga
Yang manakah benar berkaitan fungsi Badan Perundangan Persekutuan ?
I Merancang dasar perbelanjaan negara
II Meminda undang-undang percukaian
III Membahaskan hal berkaitan dasar percukaian
IV Menyelaraskan percukaian untuk persekutuan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam sistem perundangan di Malaysia ialah
melantik Ketua Hakim Negara
menangguhkan sidang Dewan Rakyat
mengampunkan kesalahan di Mahkamah Tentera
memberi titah ucapan perasmian sidang Dewan Undangan negeri
Jawatan yang boleh disandang oleh ahli Dewan Rakyat ialah
Setiausaha Majlis Raja-Raja
Ahli Dewan Undangan Negeri
Hakim Mahkamah Tinggi
Speaker Dewan Negara
Yang manakah kuasa Yang di-Pertuan Agong terhadap Dewan Rakyat?
Meluluskan rang undang-undang yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat
Merasmikan persidangan Dewan Rakyat pada setiap penggal
Melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat atas nasihat Perdana Menteri
Memecat Setiausaha Dewan Rakyat atas nasihat Yang Dipertua Dewan Rakyat
Kriteria di atas merujuk kepada pelantikan
Speaker Dewan Rakyat
Ahli Dewan Negara
Ahli Dewan Undangan Negeri
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
Keanggotaan Dewan Negara terdiri daripada
I ahli Dewan Rakyat
II ahli Dewan Undangan Negeri
III pegawai kanan perkhidmatan awam
IV individu yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah benar tentang bidang kuasa Dewan Negara?
I Berkuasa menangguhkan semua rang undang-undang
II Memulakan prosiding penggubalan semua rang undang-undang
III Menangguhkan rang undang-undang kewangan selama sebulan
IV Kedudukan ahli Dewan Negara tidak berubah walaupun parlimen dibubarkan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah mencerminkan keistimewaan Dewan Rakyat?
Ahli Dewan Rakyat sahaja boleh dipilih menganggotai kabinet kerajaan
Ahli Dewan Rakyat sahaja berhak melantik menjadi seorang Perdana Menteri
Ahli Dewan Rakyat sahaja yang boleh memulakan semua rang undang-undang
Ahli Dewan Rakyat sahaja yang boleh dilantik menganggotai Jawatan Kuasa Dewan
Yang manakah yang benar tentang Dewan Rakyat?
Ketua Setiausaha Negara merupkan Setiausaha Dewan Rakyat
Ahli Dewan Rakyat boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat
Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat
Rang Undang-undang Perbekalan dikemukakan dan di mulakan di Dewan Rakyat
Pernyataan di atas merujuk kepada perlantikan
I Peguam Negara
II Ketua Hakim Negara
III Ketua Audit Negara
IV Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Suatu Rang Undang-Undang yang telah menjadi undang-undang yang sah boleh dikuatkuasakan selepas
Diluluskan oleh Kabinet
Diluluskan oleh Majlis Parlimen
Disiarkan dalam warta kerajaan
Diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
Yang manakah Rang Undang-Undang yang wajib dimulakan di Dewan Rakyat?
I. Pengenaan atau kenaikan sebarang cukai
II. Penambahan bilangan ahli Dewan Negara
III. Penetapan kadar pemberian kepada negeri
IV. Persempadanan semula kawasan pilihan raya
I dan IV
I dan III
II dan III
II dan IV
Yang manakah pernyataan yang benar bidang kuasa Dewan Negara?
Memulakan Rang Undang-Undang
Menangguhkan Rang Undang-Undang Kewangan selama setahun
Menolak suatu Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat
Meminda Rang Undang-undang sekiranya pindaan itu diterima oleh Dewan Rakyat
Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh badan eksekutif setelah
diluluskan oleh Majlis Parlimen
disahkan oleh badan Kehakiman
diwartakan sebagai Warta Kerajaan
diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
Yang manakah pernyataan yang benar tentang tahap Bacaan Pertama dalam prosedur penggubalan undang-undang?
Rang Undang-Undang boleh dipinda
Rang Undang-Undang boleh dibahaskan
Menteri yang berkaitan hanya menyebut tajuk Rang Undang-Undang Draf
Undang-Undang dicetak dan diedarkan sebelum bacaan dibuat
Siapakah yang bertanggungjawab untuk memaklumkan keputusan pemilihan Yang di-Pertuan Agong kepada Majlis Parlimen?
Peguam Negara
Perdana Menteri
Setiausaha Dewan Rakyat
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Yang manakah yang benar tentang jawatan Setiausaha Dewan Negara?
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
Saraannya ditentukan oleh Jemaah Menteri
Dipilih daripada kalangan ahli Dewan Negara
Memegang jawatan sehingga Parlimen dibubarkan
Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang Dewan Negara?
I. Semua ahli Dewan Negara dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong
II. Setiausaha Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
III. Ahli Dewan Negara boleh dipilih daripada ahli Dewan Undang Negeri
IV. Ahli Dewan Negara memegang jawatan selama yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong
I dan III
I dan IV
II dan III
III dan IV
A
B
C
D
Kriteria di atas adalah bagi perlantikan
Speaker Dewan Rakyat
Ahli Dewan Negara
Ahli Dewan Undangan Negeri
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Jemaah Pengampunan berkuasa untuk mengampunkan kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di
Mahkamah Majistret di Johor
Mahkamah Tinggi di Kelantan
Mahkamah Syariah di Sarawak
Mahkamah Sesyen di Selangor
