wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

peribahasa

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pilih peribahasa yang sesuai bagi ayat dibawah.


Ketiga-tiga sahabat itu berkongsi kepayahan apabila syarikat perkongsian mereka rugi, namun akhirnya mereka berjaya merasai kesenangan apabila berjaya memulihkan kembali perniagaan yang merosot.

a)

sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk

b)

disuruh pergi, dipanggil datang

c)

dicabut layu, diubah mati

2.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi situasi dibawah.


Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.

a)

Anak ayam kehilangan ibu

b)

Sudah terhantuk baru terngadah

c)

Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung

d)

Rendah gunung tinggi harapan

3.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka.

a)

Cermat masa banyak, jimat masa sedikit

b)

Takkan lari gunung dikejar

c)

Hendak belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat, dapatkan tupai

d)

Bak cendawan tumbuh selepas hujan

4.

Pilih peribahasa yang menunjukkan perpaduan.

a)

Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk

b)

Serumpun bak serai, sesusun bak sirih

c)

Bertangguh itu pencuri masa

d)

Takkan lari gunung dikejar

5.

Pilih maksud yang paling tepat bagi peribahasa dibawah.


" Hemat pangkal kaya, rajin pangkal pandai "

a)

Seseorang yang patuh menurut perintah

b)

Jika ingin kaya, hendaklah berjimat.Jika ingin pandai,haruslah rajin

c)

Sama-sama bertanggungjawab

d)

Merendah diri

6.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa dibawah.


" Senduk besar tak mengenyang "

a)

Tidak dapat dipisahkan

b)

Kesalahan yang tidak dapat dibaiki lagi

c)

Janji banyak dibuat tetapi tidak ditepati

d)

Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan

7.

Pilih maksud yang paling sesuai bagi peribahasa dibawah.


" Belukar sudah menjadi rimba "

a)

Kesalahan yang tidak dapat dibaiki lagi

b)

Tidak ada sesuatu yang betul-betul sempurna

c)

Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain menerima akibatnya

d)

Kesusahan yang dialami apabila sesorang hilang tempat bergantung

8.

Pilih maksud yang paling sesuai bagi peribahasa dibawah.


" Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga "

a)

Jika mahu mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang arif dan berpengalaman dalam perkara itu

b)

Belum cukup umur sudah hendak beristeri

c)

Sesuatu perkara terjadi pasti ada sebabnya

d)

Berhati-hati dalam membelanjakan atau menggunakan sesuatu

9.

Pilih maksud yang paling sesuai bagi peribahasa dibawah.


" Di mana air bertakung, di situ ikan berkampung "

a)

Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya

b)

Di mana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan bertumpu

c)

Mendapat apa yang diingini

10.

Pilih maksud yang paling sesuai bagi peribahasa dibawah.


"Condong ditumpil, lemah dianduh"

a)

Sekiranya takut menghadapi risiko, jangan dekati bahaya

b)

Jika bernasib baik akan selamat, jika bernasib malang binasalah

c)

Orang dalam kesusahan wang (akal dan lain-lain) diberi pertolongan

d)

Kesusahan yang dialami apabila sesorang hilang tempat bergantung

11.

Pilih peribahasa yang sesuai bagi maksud dibawah.


Orang lemah itu tidak dapat terlepas daripada hukuman atau balasan orang berkuasa

a)

Ke mana perginya layang-layang, talinya ada pada kita

b)

Hemat pangkal kaya, rajin pangkal pandai

c)

Besar periuk, besarlah keraknya

d)

Adat pulau limburan pisang

12.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi maksud dibawah.


Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

a)

duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

b)

telur sesangkak, pecah satu pecah semua

c)

kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah

d)

bersatu teguh, bercerai roboh

13.

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang paling sesuai.


Hidup Mak Timah ______ kerana setelah suaminya meninggal dunia dua bulan lalu, rumahnya pula terbakar.

a)

seperti tikus jatuh ke beras

b)

seperti sudah jatuh ditimpa tangga

c)

seperti mendukung biawak hidup

14.

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang paling sesuai.


Aina dan Dini ___ kerana saling membantu dalam pelajaran.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

berat tulang

c)

bagai isi dengan kuku

d)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

15.

Pilih peribahasa yang tepat bagi maksud dibawah.


Tabiat suka menonjol-nonjolkan diri

a)

hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

b)

hidung tak mancung, rambut tak lebat

c)

hidung tak mancung, mata tak kuyu