Font size
WorksheetsKuiz Indahnya Peribahasa
Total questions: 12
Worksheet time: 7mins
Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.
Pilih peribahasa yang tepat berdasarkan maksud di atas.
Air digenggam tiada tiris.
Air besar sampan tak hanyut.
Air jernih, ikannya jinak.
Air dicincang tidak akan putus.
Pembantu Tadbir memenangi hadiah utama RM20,000 sempena Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Majlis Bandaraya Ipoh 2021.
Berikan peribahasa yang sesuai untuk diungkapkan kepada pemenang tersebut.
Tuah sebesar bukit, celaka sebesar gunung.
Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Tuah yang disembah, junjung yang dipanjat.
Berikut merupakan peribahasa tentang bulan yang menggambarkan wanita cantik kecuali
Bagai bulan dipagari bintang.
Seperti pungguk merindukan bulan.
Bagai bulan empat belas.
Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.
Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.
Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak.
Percakapan yang kasar kerapkali mencelakakan diri sendiri.
Kerana melawan perintah orang yang berkuasa akhirnya mendapat kesusahan.
Orang yang malang nasibnya.
Yang manakah antara peribahasa berikut bermaksud orang kaya yang mati dan banyak meninggalkan hartanya?
Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru?
Gajah mati kerana gadingnya.
Gajah mati, tulang setimbun.
Gajah berjuang sama gajah, pelanduk mati di tengah-tengah.
Apakah peribahasa yang cuba disampaikan melalui imej ini?
(a)
Pilih dua peribahasa yang mengandungi tema yang sama.
Lagi murah, lagi ditawar.
Bukit sama didaki lurah sama dituruni.
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Orang mengantuk disorongkan bantal.
Pilih dua peribahasa yang sesuai untuk pasangan pengantin yang sama cantik sama padan.
Bagai bertepuk sebelah tangan.
Bagai menatang minyak yang penuh.
Bagai cincin dengan permata.
Bagai pinang dibelah dua.
Setelah beberapa hari tidak cukup makanan kerana kehilangan pekerjaan, rumahnya pula hangus terbakar.
Nyatakan peribahasa yang paling tepat bagi situasi di atas.
Lempar batu sembunyi tangan.
Sudah jatuh ditimpa tangga.
Biar genting jangan putus.
Bagai melepaskan batuk di tangga.
1.Orang yang terhad ilmu pengetahuannya dan tidak tahu hal yang berlaku di sekelilingnya.
2. Orang yang tidak mahu menerima pembaharuan ataupun perubahan ataupun ilmu yang baru.
Maksud peribahasa di atas merujuk kepada imej katak yang mana?
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
bahaya yang tidak diketahui
orang yang suka berahsia
jalan yang tidak selamat
tidak dipedulikan
Pilih satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir dengan peribahasa di bawah :
masuk telinga kiri keluar telinga kanan
belum duduk sudah berlunjur
telur di hujung tanduk
mencurah air ke daun keladi
retak menanti belah
