Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MINGGU 8 : JENIS KESENIAN (SENI BINA/INDUSTRI/FESYEN)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Salah satu bahagian penting dalam pembinaan bangunan Islam ialah menara yang dibina pada abad ke-2 hijrah bagi tujuan asalnya iaitu untuk

a)

menjadi hiasan bangunan dan istana.

b)

mengintai gerak geri musuh.

c)

melantangkan suara azan.

d)

menjadi panduan kafilah.

2.

Apakah ciri-ciri X dalam kediaman berkonsepkan Islam?

a)

Penentuan arah kiblat.

b)

Sistem pengudaraan yang minimum.

c)

Sistem pengaliran air yang tergendala.

d)

Kawalan pencahayaan yang minimum

3.

Konsep seni bina Islam yang telah mula bertapak pada zaman Rasulullah SAW ialah pembinaan yang __________

a)

diagungkan seni binanya.

b)

diharmonikan dengan lambang-lambang Islam.

c)

diintegrasikan antara pembangunan, alam sekitar, manusia dan makhluk-makhluk lain.

d)

diharmonikan dengan mesej Islam, ajaran dan prinsip-prinsip estetika Islam yang berguna dan memudahkan aktiviti manusia.

4.

Antara bangunan yang menunjukkan kegemilangan seni bina Islam termasuklah


i. Qubbat al-Sakhra'

ii. Alhamra

iii. Taj Mahal

iv. Tembok Besar China

a)

i & ii

b)

ii & iii

c)

i, ii & iii

d)

i, ii, iii & iv

5.

Apakah elemen-elemen yang terdapat dalam seni bina Islam?


i. Perabot dalam bangunan adalah sederhana dan indah.

ii. Bahan hiasan seperti tulisan khat atau kaligrafi Islam.

iii. Ruang yang bercampur di antara lelaki & perempuan.

iv. Melambangkan pelbagai agama.

a)

i & ii

b)

iii & iv

c)

i,ii & iii

d)

i, ii, iii & iv

6.

Seni bina terbahagi kepada

a)

2 (bangunan berunsurkan keagamaan & tiada hubungan dengan agama)

b)

2 ( bangunan berunsurkan rohani & jasmani)

c)

1 ( bangunan berunsurkan kerohanian)

d)

1 ( bangunan berunsurkan kemewahan)

7.

Apakah contoh seni bina Islam iaitu bangunan yang berunsurkan keagamaan?

a)

Sekolah

b)

Pasaraya

c)

Masjid

d)

Bangunan Jabatan Agama Islam

8.

Apakah bahagian penting dalam pembinaan masjid?


i. Menara

ii. Kubah

iii. Turbah

iv. Bulan bintang

a)

i & ii

b)

iii & iv

c)

i, ii & iii

d)

i, ii, iii & iv

9.

Bumbung masjid yang berbentuk oval, melengkung seperti lenkungan telur dinamakan sebagai

a)

mistadir

b)

ehlilej

c)

alhiji'

d)

almuthalath

10.

Siapakah yang memperkenalkan lambang berbentuk bulan sabit yang terdapat satu bintang didalamnya?

a)

Saidina Abu Bakar al-Siddiq

b)

Saidina Umar al-Khattab

c)

Saidina Uthman bin Affan

d)

Saidina Ali bin Abi Talib

11.

Apakah persoalan utama yang dititikberatkan dalam fesyen Islam?

a)

Harga berpatutan

b)

Sesuai sepanjang zaman

c)

Material yang digunakan

d)

Tidak melanggar batasan syariat

12.

Pada zaman pemerintahan Abbasiyah golongan bangsawan akan menggunakan pemakaian fesyen orang ____________

a)

Parsi

b)

Kufah

c)

Najran

d)

Basrah

13.

Pemakaian tudung yang bertatahkan batu permata dan juntaian emas telah mula dipakai oleh wanita pada zaman Abbasiyah. Siapakah wanita pertama yang mula mengenakan tudung seperti itu?

a)

Siti Aliyyah binti al-Mahdi

b)

Siti Zaharah binti al-Rasyid

c)

Siti Aisyah binti al-Makmun

d)

Siti Fatimah binti Mu'awiyyah

14.

Apakah warna pakaian pegawai kerajaan dan ulama yang telah ditetapkan oleh khalifah al-Mansur semasa urusan rasmi pada zaman pemerintahannya?

a)

Biru

b)

Hijau

c)

Putih

d)

Hitam

15.

Apakah warna yang diperintahkan oleh al-Mutawakkil bagi pemakaian orang awam yang bukan beragama Islam ketika keluar dikhalayak ramai?

a)

Merah

b)

Kuning

c)

Kuning Madu

d)

Jingga