wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Geografi Tingkatan 3

Total questions: 78

Worksheet time: 39mins

Name
Class
Date
1.

Tanah pamah adalah salah satu elemen dalam faktor yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Nyatakan faktor tersebut.

a)

Bentuk muka bumi

b)

Saliran

c)

Tanih

d)

Iklim

2.

Gambarajah berikut adalah berkaitan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia. Nyatakan faktor tersebut.

a)

Teknologi

b)

Tanih

c)

Dasar kerajaan

d)

Infrastruktur

3.

Maklumat berikut berkaitan sumber semula jadi boleh baharu di Malaysia.


- Lokasi : Larut Matang (Perak)

- Sumber: Bakau minyak, tumu, api-api

a)

Hutan paya air masin

b)

Hutan paya air tawar

c)

Hutan hujan tropika

d)

Hutan pantai

4.

Antara berikut yang manakah kepentingan kerjasam ekonomi antarabangsa?

a)

Memperoleh bahan terpakai

b)

Membentuk hubungan pengangkutan

c)

Menggalakkan pemindahan teknologi

d)

Mendapatkan bekalan buruh tempatan

5.

Antara berikut yang manakah BUKAN amalan kitar semula di Malaysia?

a)

Amalan 3R

b)

Pengasingan Sisa di Punca

c)

Hari Tanpa Beg Plastik

d)

Program Cukai Hijau

6.

Hidupan liar berkenaan boleh didapati di kawasan iklim .....

a)

gurun panas

b)

laurentia

c)

monsun tropika

d)

siberia

7.

Pokok bakau mempunyai akar ceracak yang berfungsi untuk

a)

pernafasan

b)

menyokong pokok

c)

menyerap air

d)

mengelak lumpur

8.

Apakah faktor persekitaran fizikal yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar ?

a)

bentuk muka bumi

b)

angin

c)

cuaca

d)

saliran

e)

iklim

9.

Pokok ru dan pokok tapak kuda merupakan tumbuhan semula jadi di ......

a)

Hutan pantai

b)

Hutan gunung

c)

Hutan paya air masin

d)

Hutan hujan tropika

10.

Mineral bukan logam ialah

a)

petroleum

b)

bijih timah

c)

emas

d)

granit

11.

Antara kayu keras yang terdapat di Hutan Hujan Tropika

a)

Jati

b)

Mahagoni

c)

Tualang

d)

Cengal

12.

Antara berikut, yang manakah jenis-jenis hutan di Malaysia?

a)

Hutan Pantai

b)

Hutan Paya

c)

Hutan Pokok Tirus

d)

Hutan Hujan Tropika

13.

Sumber air bersih di Malaysia terdiri daripada

a)

Air sungai

b)

Air laut

c)

Air tasik

d)

Air hujan

14.

Antara contoh Hidupan liar yang hidup di iklim gurun panas ialah

a)

Gajah

b)

Tikus Jerboa

c)

Cerpelai

d)

Mink

15.

TANIH PERMAFROST DI KAWASAN HUTAN

a)

MONSUN TROPIKA

b)

TUNDRA

c)

KONIFER

16.

TANIH ARIDISOLS DI KAWASAN GURUN PANAS BERMAKSUD TANIH YANG

a)

BERWARNA MERAH ATAU KUNING

b)

BERWARNA HITAM

c)

KERING DAN TANDUS

17.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPELBAGAIAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR IALAH

a)

IKLIM

b)

SUHU

c)

TANIH

d)

BENTUK MUKA BUMI

e)

SALIRAN

18.

1 Antara berikut, padanan manakah yang BETUL?

a)

Amerika Syarikat-Air

b)

Rusia-Arang batu

c)

Perancis-Angin

d)

Belanda-Geoterma

19.

Maklumat berikut berkaitan sumber tenaga di negara dalam Peta Dunia yang bertanda


' Menghasilkan sumber tenaga alternatif, iaitu biomas '

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

20.

Krisis sumber semula jadi telah menyebabkan peningkatan kos sara hidup. Mengapakah keadaan ini berlaku?

( Jawapan LEBIH daripada SATU )

a)

I Persaingan sektor ekonomi

b)

II Penurunan nilai mata wang

c)

III Kemerosotan pendapatan negara

d)

IV Peningkatan kuasa beli penduduk

21.

Apakah peranan pertubuhan antarabangsa di atas?

a)

Menyelesaikan pertikaian perdagangan antara negara anggota

b)

Menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang antara negara anggota

c)

Menggalakkan perdagangan bebas dan pelaburan dalam kalangan negara anggota

d)

Memfokuskan bidang pertanian dalam kalangan negara anggota

22.

Bidang kerjasama Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ialah

I pertanian

II kewangan

III pendidikan

IV pelancongan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

23.

Antara berikut, yang manakah kepentingan kerjasama ekonomi antarabangsa?

I Memajukan kawasan luar bandar

II Menggalakkan pemindahan teknologi

III Memudahkan kemsukan buruh asing

IV Menurunkan kadar pertukaran wang asing

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

24.

Dalam kaedah pengumpulan maklumat, jika seseorang mendapatkan maklumat secara lisan atau soal jawab, apakah kaedah yang telah digunakan?

a)

Kaedah pemerhatian

b)

Kaedah temu bual

c)

Soal selidik

d)

Rujukan

25.

Berdasarkan gambar, apakah jenis graf yang dipaparkan?

a)

Graf bar

b)

Graf garisan

c)

Carta pai

d)

Garf gabungan

26.

Jika anda ingin membina graf, apakah DUA perkara yang perlu ada dalam graf anda tersebut?

a)

Tajuk

b)

Petunjuk

c)

Lakaran

d)

Skala lurus

27.

Bagaimana susunan setiap komponen dalam carta pai disusun?

a)

Disusun secara rawak

b)

Disusun dari jumlah paling besar kepada paling kecil

c)

Disusun dari jumlah paling kecil kepada paling besar

d)

Disusun ikut keutamaan

28.

Antara berikut, manakah DUA faktor fizikal yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar?

a)

Petempatan

b)

Iklim

c)

Tanih

d)

Teknologi

29.

Hutan Hujan Tropika mempunyai satu lapisan yang melindung cahaya matahari daripada menembusi lantai hutan. Apakah lapisan yang dimaksudkan

a)

Lantai hutan

b)

Lapisan tengah

c)

Lapisan kanopi

d)

Lapisan renjong

30.

Berdasarkan gambar, di hutan manakah tumbuhan tersebut dapat dijumpai?

a)

Hutan paya

b)

Hutan gunung

c)

Hutan Hujan Tropika

d)

Hutan konifer

31.

Antara berikut, apakah DUA kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia?

a)

Kawasan petempatan utama

b)

Sumber pembalakan haram

c)

Habitat hidupan liar

d)

Sumber perubatan

32.

Antara berikut, apakah DUA kepentingan hidupan liar di Malaysia?

a)

Ekopelancongan

b)

Keseimbangan ekosistem

c)

Sumber makanan eksotik

d)

Bahan mentah industri pakaian

33.

Berdasarkan pengetahuan anda, di manakah aktiviti di dalam gambar dapat dilakukan?

a)

Sepilok, Sabah

b)

Segari, Perak

c)

Kuala Gandah, Pahang

d)

Rantau Abang, Terengganu

34.

Antara berikut, manakah BUKAN tergolong dalam kelompok sumber boleh baharu?

a)

Air

b)

Tanih

c)

Emas

d)

Suria

35.

Pilih DUA contoh sumber mineral logam.

a)

Kaolin

b)

Petroleuam

c)

Kuprum

d)

Bijih timah

36.

Antara empangan berikut, empangan hidroelektrik manakah yang terbesar di Malaysia?

a)

Empangan Bersia, Perak

b)

Empangan Kenyir, Terengganu

c)

Empangan Bakun, Sarawak

d)

Empangan Tenom Pangi, Sabah

37.

Antara berikut, manakah tergolong dalam sektor sekunder?

a)

Kewangan

b)

Perindustrian

c)

Pembalakan

d)

Perlombongan

38.

Antara berikut, pilih DUA faktor manusia yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia.

a)

Bahan mentah

b)

Teknologi

c)

Dasar kerajaan

d)

Bentuk muka bumi

39.

Mengapakah tumbuhan seperti dalam gambar dapat hidup di kawasan Gurun Panas?

a)

Akar panjang

b)

Berdaun lebar

c)

Tahan cuaca

d)

Berduri halus

40.

Hidupan liar di kawasan ini sangat aktif pada musim panas kerana mencari makanan manakala pada musim sejuk akan berpindah ke kawasan yang lebih panas.

Maklumat ini dapat dikaitkan dengan kawasan

a)

Gurun Panas

b)

Hutan Konifer

c)

Hutan monsun Tropika

d)

Hutan Daun Luruh Sederhana

41.

Pokok di kawasan ini mempunyai daun yang nipis dan lembut serta batangnya mempunyai kulit tebal untuk mengurangkan transpirasi semasa musim sejuk.

Maklumat ini merujuk kawasan

a)

Gurun Panas

b)

Hutan Konifer

c)

Hutan Monsun Tropika

d)

Hutan Daun Sederhana Luruh

42.

Antara berikut, padanan manakah SALAH berkaitan sumber tenaga dan negara?

a)

Petroleum - Arab Saudi

b)

Arang batu - Rusia

c)

Geoterma - India

d)

Angin - Belanda

43.

Antara berikut, apakah kepentingan kerjasama ekonomi antarabangsa kepada negara Malaysia?

a)

Tiada pelaburan masuk

b)

Mengurangkan eksport

c)

Pemindahan teknologi

d)

Hubungan perdagangan berkurang

44.

Apakah nama institusi yang menjalankan penyelidikan perhutanan di Malaysia?

a)

FRIM

b)

MARDI

c)

MPOB

d)

FELDA

45.

Apakah kepentingann hutan paya air masin kepada ekosistem ?

a)

Memelihara kawasan tadahan air

b)

Mengimbangi pergerakan bumi

c)

Menghalang hakisan air laut

d)

mengawal aras air laut

46.

Malar HIjau

Empat Lapisan

Berakar Banir


Aapakah jenis tumbuhan semula jadi tersebut ?

a)

Hutan Pantai

b)

Hutan Hujan Tropika

c)

Hutan Gunung

d)

Hutan Paya Air Masin

47.

Apakah tujuan penubuhan pusat konservasi di Malaysia?

a)

pusat perburuan hidupan liar

b)

pusat pengeluaran makanan eksotik

c)

pusat perdagangan hidupan liar

d)

pusat penyelidikan hidupan liar

48.

" Kegiatan mengeluarkan bahan mentah daripada sumber semulajadi" Berikut merupakan pernyataab

a)

Sekotor primer

b)

sektor sekunder

c)

sektor tertier

d)

sektor perkhidmatan

49.

Apakah kegiatan ekonomi yang tergolong dalam sektor primer ?

a)

Perindustrian

b)

Perlombongan

c)

Pelancongan

d)

Perdagangan

50.

Bentuk muka bumi beralun

Tanih Laterit


Apakah jenis tanaman yang sesuai dengan faktor tersebut ?

a)

Tembakau

b)

Padi

c)

Kelapa Sawit

d)

Nenas

51.

-Kundasang, Sabah


Mengapakah lokasi tersebut menjadi tumpuan pengunjung ?

a)

Kawasan penjanaan kuasa hidroelektrik

b)

Kawasan tadahan air

c)

Kawasan hutan hujan tropika

d)

Kawasan suhu sederhana

52.

Antara tumbuhan semulajadi yang ada di Hutan Daun Luruh sederhana ialah

a)

Pokok Fir

b)

Pokok Sprus

c)

Pokok Maple

d)

Pokok Akasia Bantut

53.

Ciri tumbuhan :

  • Berkayu keras
  • Daun pokok yang lebar
  • Daun pokok banyak dan lebar

Berikut ialah ciri tumbuhan di

a)

Hutan Monsun Tropika

b)

Hutan Daun Luruh Sederhana

c)

Hutan Konifer

d)

Gurun Panas

54.

Mengapakah kanopi pokok di Hutan Konifer berbentuk kon ?

a)

Mengurangkan kelajuan salji jatuh ke bumi

b)

Mengelakkan kehilangan air melalui proses transpirasi

c)

Mengelakkan salji terkumpul di atasnya

d)

Memudahkan air hujan mengalir

55.

Conoth negara yang mempunyai hutan konifer ialah

a)

Kandra Utara

b)

Gurun Iran

c)

Kanada

d)

Korea Selatan

56.

Negara yang banyak memiliki tenaga Geoterma ialah

a)

China

b)

Jepun

c)

Iceland

d)

Amerika Syarikat

57.

Antara berikut, arang batu terdapat di ..

a)

Kota Tinggi, Johor

b)

Silimpopon, Sabah

c)

Merit Pila, Sarawak

d)

Rusila, Terengganu

58.

Maklumat yang manakah betul tentang jenis hutan dan lokasi?

a)

Hutan Hujan Tropika - Desaru

b)

Hutan Paya Air Tawar - Larut Matang

c)

Hutan Paya Air Masin - Tasik Bera

d)

Hutan Pantai - Pulau Sipadan

59.

Antara yang berikut, lapisan yang manakah tidak terdapat di dalam Hutan Hujan Tropika di Malaysia?

a)

Lapisan silara

b)

Lapisan tengah

c)

Lapisan renjong

d)

Lapisan pokok renek

60.

Akar seperti dalam gambar berfungsi untuk

a)

habitat hidupan akuatik

b)

menyokong pokok

c)

sebagai akar pernafasan

d)

masuk ke dalam lumpur

61.

Apakah maksud tanih Aridisols?

a)

Tanih yang kering dan tandus

b)

Tanih yang berpasir, liat dan lembap

c)

Tanih yang nipis, berasid dan beku

d)

Tanih yang bercampur dengan tumbuh-tumbuhan yang telah reput

62.

Jenis tanih apakah yang menggalakkan pertumbuhan Hutan Mediterranean?

a)

Tanih latosol

b)

Tanih podzol

c)

Tanih terra rossa

d)

Tanih permafrost

63.

Berikut adalah contoh hidupan liar yang terdapat di iklim

  • Beaver
  • Burung angsa
  • Wood duck
a)

Laurentia

b)

Siberia

c)

Monsun Tropika

d)

Gurun Panas

64.

Tanih podzol yang nipis dan dan beku di bawahnya menyebabkan

a)

Hidupan liar di Gurun Panas kurang aktif terutama pada siang hari

b)

Hidupan liar mudah bergerak mencari makanan

c)

Menjadi habitat pelbagai jenis hidupan liar

d)

Hanya tumbuhan yang mempunyai akar yang panjang sahaja mampu hidup

65.

Kepelbagaian tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar adalah dipengaruhi oleh persekitaran fiziral seperti ... ...

a)

Bentuk muka bumi 地形

b)

Taburan bandar 人口分布

c)

Tanih 土壤

d)

Jumlah penduduk 人口总数

66.

Tanih terdiri daripada pelbagai jenis yang berbeza dari segi

a)

Warna

b)

Kandungan

c)

Mineral

d)

Bau

67.

Laterit, Aluvium, Padzol, Latosol


Perkataan tersebut berkaitan

a)

Bentuk muka bumi

b)

Saliran

c)

Tanih

d)

Iklim

68.

Antara berikut, yang manakah ciri jadual?

a)

Paksi menegak

b)

Sumber yang bersesuaian

c)

Petunjuk

d)

Sektor

69.

Purata suhu bulanan sesuai direkodkan dalam bentuk

a)

Gambar rajah

b)

Peta

c)

Jadual

d)

Petunjuk

70.

Apakah ciri-ciri graf gabungan?

a)

Graf terdiri daripada daripada paksi menegak atau mendatar

b)

Mempunyai tajuk, data dan maklumat serta sumbet yang bersesuaian

c)

Graf yang dilukis secara garisan yang panjang

d)

Menunjukkan dua maklumat yang berlainan dalam satu garaf

71.

Berapakah saiz sudut sektor bagi buah duku negara X?

a)

180 °\degree  

b)

112 °\degree  

c)

76 °\degree  

d)

7 °\degree  

72.

Apakah faktor persekitaran fizikal yang merujuk kepada hujan, suhu, angin, tekanan udara, keadaan awan serta kelembapan udara?

a)

Saliran

b)

Bentuk muka bumi

c)

Tanih

d)

Iklim

73.

Jenis hutan manakah yang paling luas di Malaysia?

a)

Hutan Paya Air Masin

b)

Hutan Hujan Tropika

c)

Hutan Pantai

d)

Hutan Paya Air Tawar

74.

Antara beriku, yang manakah ciri kawasan bersaliran buruk?

a)

Kawasan yang tidak bertakung air

b)

Terdapat di kawasan bentuk muka bumi yang beralun

c)

Kawasan tanah rendah dan sentiasa bertakung air

d)

Terdapat di kawasan cerun bukit dan tanah pamah

75.

Antara berikut, yang manakah tanih beku disebabkan suhu sejuk melampau?

a)

Tanih chernozem

b)

Tanih aridisols

c)

Tanih permafrost

d)

Tanih podzl

76.

Dimanakah taburan tumbuh-tumbuhan seperti pokok pain, birch, fir dan sprus boleh ditemui?

a)

Hutan Konifer

b)

Hutan Hujan Tropika

c)

Hutan Monsun Tropika

d)

Hutan Tundra

77.

Antara berikut, yang manakah ciri iklim Monsun Tropika?

a)

Menerima jumlah hujan tahunan kurang daripada 250 mm

b)

Min suhu tahunan ialah 24 °C\degree C  hingga 27 °C\degree C  

c)

Musim panas yang pendek

d)

Angin monsun Barat Laut bertiup dari Barat menyebabkan musim dingin adalah kering

78.

Kawasan beriklim apakah yang sesuai bagi hidupan liar seperti Canadian goose yang dinyatakan di atas hidup?

a)

Iklim Gurun Panas

b)

Iklim Siberia

c)

Iklim Laurentia

d)

Iklim Monsun Tropika

Similar Resources on Wayground