NEW
Font size
WorksheetsKuiz Sejarah Tingkatan 4 Bab 7
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah idea kemerdekaan yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Haji Yaakob?
A. Merdeka
B. Melayu Raya
C. Hidup Melayu
Demokrasi Berparlimen
Pertubuhan manakah yang menggunakan slogan “Merdeka dengan Darah” yang menyeru perjuangan mencapai kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan jalan terbuka secara lembut.
A. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
B. United Malays National Organisation (UMNO)
C. Angkatan Pemuda Insaf (API)
D. Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
Apakah yang diperjuangkan oleh UMNO di bawah pimpinan tokoh berikut?
I Konsep kebangsaan
II Konsep Raja Berperlembagaan
III Memelihara status quo orang Melayu
IV Kedaulatan raja-raja Melayu
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Laungan yang digunakan oleh Zakaria Gunn dalam penulisan surat kepada ahli Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) ialah
A. Hidup Melayu - Merdeka
B. Hidup Melayu
C. Merdeka dengan darah
D. Merdeka
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949. Antara berikut yang manakah objektif pembentukan CLC?
I Mengukuhkan ekonomi negara
II Mendapatkan kemerdekaan negara
III Mengkaji hubungan kaum secara mendalam
IV Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam kalangan penduduk
A. I dan II
B . I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum lain dalam sektor perniagaan dan perusahaan. Bagaimanakah isu tersebut diatasi oleh CLC?
A. Menubuhkan FELDA
B. Menubuhkan RIDA
C. Melaksanakan Sistem Ahli
D. Mewujudkan sistem Pendidikan Kebangsaan
Apakah kepentingan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) kepada perkembangan sejarah negara?
A. Kesepakatan kaum dicapai
B. Peluang mentadbir negara
C. Pengagihan ekonomi yang adil
D. Kebajikan setiap kaum diteliti
Sistem Ahli dilaksanakan pada bulan April 1951 – Jun 1955. Apakah tujuan pembentukan Sistem Ahli?
A. Mencapai kemerdekaan negara
B. Membaiki ekonomi orang Melayu
C. Melatih penduduk tempatan dalam pentadbiran
D. Membantu pendidikan orang Melayu
Sistem Ahli telah diperkenalkan oleh British selari dengan dasar dekolonisasi. Terangkan ciri-ciri Sistem Ahli.
I Satu sistem kabinet bayangan
II Ahli dilantik oleh Gabenor
III Ahli bertaraf Senator
IV Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Pada pendapat anda, mengapakah pelaksanaan Sistem Ahli mampu memupuk perpaduan kaum di negara kita?
A. Pemimpin mengetuai portfolio masing-masing
B. Pemimpin diperkenankan oleh Majlis Raja-raja Melayu
C. Pemimpin dipilih melalui pilihan raya
D. Gabungan pemimpin pelbagai kaum
Sekolah Cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan dan pendidikan sekolah Cina haruslah berorientasikan Tanah Melayu. Kandungan tersebut adalah dari
A. Laporan Barnes
B. Laporan Fenn-Wu
C. Ordinan Pelajaran
D. Laporan Woodhead
Ordinan pelajaran 1952 ialah undang-undang pertama berkaitan dengan pembentukan satu sistem persekolahan rendah berteraskan Bahasa Inggeris
dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar.
Mengapakah ordinan tersebut tidak dapat dilaksanakan?
A. Tentangan daripada British
B. Tentangan daripada orang Melayu
C. Tentangan dari semua kaum
D. Tentangan daripada orang Cina
Dalam laporan Woodhead, apakah persamaan bagi sistem Pendidikan di Sabah dan Sarawak?
A. Bahasa pengantar menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
B. Bahasa China dan Tamil diajar sebagai Bahasa Ketiga
C. Bahasa Melayu dan Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib
D. Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 mengemukakan teras pembentukan sistem Pendidikan kebangsaan untuk memupuk integrasi dan perpaduan rakyat berbilang kaum. Manakah antara berikut yang betul?
I. Kandungan kurikulum yang seragam
II. Mengutamakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa utama
III. Mengutamakan penggunaan Bahasa kebangsaan
IV. Sistem persekolahan yang sama bagi semua kanak-kanak
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Siapakah Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu pada 1955- 1957?
A. Tun Dr Ismail
B. Dato Abdul Razak Hussein
C. Dato’ Onn Jaafar
D. Zainal Abidin bin Ahmad
Mengapakan parti Independence Malayan Party (IMP) ditubuhkan?
A. Memperjuangkan keadilan sosioekonomi
B. Memperjuangkan hak yang sama untuk semua kaum
C. Menuntut kemerdekaan dengan kerjasama semua kaum
D. Kerjasama kaum sebagai dasar penting untuk mencapai kemerdekaan
Namakan tokoh yang menubuhkan parti IMP tersebut?
I. Dato’ Onn Jaafar
II. Ahmad Boestamam
III. H.S Lee
IV. Tan Cheng Lock
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Persidangan Kebangsaan diadakan pada Februari 1954 dan Konvensyen kebangsaan pada Ogos 1954. Apakah faktor utama yang mengerakkan usaha tersebut?
A. Bersatu menentang British
B. Usaha untuk mengurangkan ekonomi antara kaum
C. Mendesak British agar diadakan pilihanraya Persekutuan
D. Mendesak British memberi kemerdekaan
Apakah antara manifesto Perlembagaan Rakyat?
A. Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia
B. Menuntut pilihanaraya diadakan
C. Penerimaan satu warganegara
D. Menetapkan tarikh kemerdekaan
Mengapakah Parti Perikatan memilih kapal layar sebagai logo parti?
A. Mewakili tiga kaum di Tanah Melayu
B. Kehebatan Tanah Melayu sebagai negara maritim
C. Sedia menempuh cabaran dan rintangan
D. Berakit-rakit dulu berenang-renang ke tepian
