NEW
Font size
WorksheetseCEPAT JAWAB TEPAT WIRA ANTI RASUAH (WAR) SPRM JOHOR 2021
Total questions: 30
Worksheet time: 3600secs
1. Apakah nama agensi yang bertanggungjawab membanteras rasuah?
A. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
B. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
C. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
D. Suruhanjaya Pendidikan Rasuah Malaysia
2. Siapakah nama penuh Ketua Pesuruhjaya SPRM?
A. Datuk Razim bin Mohd Noor
B. Datuk Seri Azam bin Baki
C. Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil
D. Dato' Sri Ahmad Khusairi bin Yahaya
3. Rasuah adalah satu….
A. hobi
B. sukan lasak
C. jenayah berat
D. jenayah ringan
4. Apakah slogan SPRM?
A. Rasuah Dihindar Maruah Terbilang
B. Rasuah Dihina Maruah Dibina
C. Rasuah Disisih Maruah Dibina
D. Maruah Dibina Rasuah Dihina
5. Apakah nombor yang patut dihubungi untuk melaporkan rasuah?
A. 1-800-88-6001
B. 1-880-88-6000
C. 1-800-88-6000
D. 03-8889-0000
6. Di Malaysia, rasuah juga dikenali sebagai…….
A. kawtim
B. kopi kaw
C. kueteow
D. rusuk tumbuh
7. Berikut adalah perbuatan rasuah kecuali…….
A. memberi sedekah ikhlas kepada mangsa banjir
B. memberi hadiah supaya dilantik menjadi AJK Kelab
C. tidak laporkan perbuatan salah selepas terima duit habuan
D. melantik adik beradik menjadi Timbalan Pengerusi dan Bendahari persatuan
8. Akta yang memperuntukkan kesalahan-kesalahan rasuah adalah?
A. Akta Integriti 2010
B. Akta Perlindungan Pemberi Rasuah 2009
C. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
D. Akta Tolak Rasuah 2008
“Izz seorang pengawas telah menahan Ahmad yang datang lewat ke sekolah. Izz meminta dua ketul ayam goreng daripada Ahmad sekiranya tidak mahu namanya ditulis.”
9. Perbuatan Izz itu adalah….
A. meminta rasuah
B. meminta hadiah
C. meminta bantuan
D. meminta sumbangan
“Izz seorang pengawas telah menahan Ahmad yang datang lewat ke sekolah. Izz meminta dua ketul ayam goreng daripada Ahmad sekiranya tidak mahu namanya ditulis.”
10. Apakah tindakan yang patut Ahmad lakukan?
A. Makan ayam goreng bersama Izz.
B. Memberikan ayam goreng kepada Izz.
C. Tidak berbuat apa- apa.
D. Tidak memberi dan melaporkan perbuatan Izz kepada guru displin.
11. Amin seorang murid yang rajin belajar, tidak meniru dalam peperiksaan, sentiasa bercakap benar, jujur dalam semua perkara dan amanah apabila diberi tanggungjawab. Amin merupakan murid yang……………….
A. ulat buku.
B. berintegriti.
C. suka menunjuk.
D. ringan tulang.
12. Lim adalah ketua pasukan bola sepak sekolah. Gurunya meminta Lim untuk memilih ahli pasukan bola sepak yang terbaik untuk mewakili sekolah. Sebagai seorang yang amanah, Lim akan memilih……
A. Fateh yang merupakan kawan baiknya.
B. Matthew yang menjaringkan gol terbanyak semasa latihan.
C. Kumar yang sanggup memberikan RM 100 supaya memilihnya.
D. Hariz, anak seorang usahawan terkenal yang malas manjalani latihan.
13. Berikut adalah bentuk- bentuk rasuah kecuali
A. Upah
B. Hadiah
C. Jawatan
D. Makanan
14. Pilih kesan nagatif akibat jenayah rasuah.
I. Berlaku kenaikan harga barang
II. Pelaku rasuah akan didenda dan dipenjara.
III. Keluarga pelaku rasuah akan dipandang bangga oleh masyarakat.
IV. Menyebabkan harta yang diperoleh daripada rasuah disita dan dirampas.
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, III dan IV
D. I, II dan IV
15. Siapakah yang boleh terlibat dengan jenayah rasuah?
I. Guru
II. Ahli korporat
III. Pelajar
IV. Pegawai Kerajaan
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, III dan IV
D. Semua diatas
16. Pada tahun 2001, Andrew telah dipenjarakan kerana terlibat dengan rasuah. Apakah kesan tindakan Andrew ke atas keluarganya?
A. Keluarga Andrew menjadi terkenal.
B. Keluarga Andrew lebih dihormati.
C. Keluarga Andrew dipandang hina.
D. Pendapatan keluarga Andrew bertambah baik.
17. Kesalahan rasuah dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 adalah….
I. meminta dan menerima
II. menawar dan memberi rasuah
III. membuat tuntutan palsu
IV. salah guna kuasa oleh pegawai kerajaan
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, III dan IV
D. Semua diatas
18. Salah guna kuasa bermaksud……
A. seorang adiwira menyalah guna kuasa yang dimilikinya.
B. seorang yang mempunyai kedudukan dalam sesebuah organisasi menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri dan keluarganya.
C. seorang pegawai kerajaan menggunakan kuasanya untuk membantu mangsa banjir.
D. seorang pegawai kerajaan memberikan janji palsu kepada saudaranya untuk melakukan sesuatu.
“Kamis seorang pelajar kolej berumur 21 tahun ditangkap kerana cuba memberi rasuah RM50.00 kepada seorang anggota polis. Perbuatan tersebut dilakukan setelah beliau ditahan polis kerana kesalahan trafik iaitu tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu. Bagi mengelakkan disaman, beliau telah menghulurkan wang RM50.00 kepada polis yang menahannya.”
19. Apakah kesalahan Kamis dibawah Akta SPRM 2009?
I. meminta dan menerima (Seksyen 16(b) (A))
II. menawar dan memberi rasuah (Seksyen 17(b)
III. membuat tuntutan palsu (Seksyen 18)
IV. salah guna kuasa oleh pegawai kerajaan (Seksyen 23)
A. I dan II
B. I sahaja
C. I, III dan IV
D. II sahaja
“Kamis seorang pelajar kolej berumur 21 tahun ditangkap kerana cuba memberi rasuah RM50.00 kepada seorang anggota polis. Perbuatan tersebut dilakukan setelah beliau ditahan polis kerana kesalahan trafik iaitu tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu. Bagi mengelakkan disaman, beliau telah menghulurkan wang RM50.00 kepada polis yang menahannya.”
20. Jika Kamis didapati bersalah, apakah hukuman denda yang dikenakan keatas beliau?
A. Kamis akan didenda sebanyak RM 100.00 dan penjara.
B. Kamis akan didenda sebanyak RM 10, 00.00 atau penjara.
C. Kamis akan didenda sebanyak RM 10,000.00 dan penjara.
D. Kamis akan didenda sebanyak RM 100.00 atau penjara.
21. Apakah peranan yang dimainkan oleh agensi di atas?
A. Memajukan industri pertanian.
B. Mencegah dan membanteras rasuah.
C. Mengusahakan penternakan.
D. Memberikan bantuan modal dan khidmat latihan kepada usahawan bumiputera.
22. Bagaimanakah jenayah rasuah boleh berlaku?
A. Membayar gaji
B. Memberikan bonus
C. Kerja lebih masa
D. Memberi sogokan
23. Berikut adalah langkah- langkah pencegahan rasuah kecuali……
A. mengukuhkan jati diri.
B. memaksa pekerja bekerja lebih masa.
C. menerapkan elemen antirasuah dalam sistem pendidikan.
D. meningkatkan penguatkuasaan undang- undang dan hukuman.
24. ………………….. merupakan agensi yang ditugaskan untuk mencegah rasuah.
A. Bomba
B. Polis
C. JPJ
D. SPRM
25. Hasil yang diperolehi daripada sumber rasuah adalah….
A. syubhah.
B. baik.
C. halal.
D. haram.
26. Berikut adalah ciri- ciri perwatakan terpuji murid-murid kecuali…
A. berbudi bahasa.
B. sentiasa berfikiran positif.
C. mengharapakan balasan apabila berbuat baik.
D. rajin belajar.
27. Nilai integriti seseorang individu boleh dipertingkatkan apabila…
A. melihat kelemahan orang lain.
B. bersikap bodoh sombong.
C. mengakui kesalahan dan cuba memperbaikinya.
D. enggan mengakui kelemahan diri sendiri.
28. Perkataan memberi hadiah dengan ada niat tertentu atau untuk kepentingan diri adalah sama dengan perbuatan …...
A. baik hati
B. rasuah
C. bodek
D. busuk hati
29. Di bawah adalah perbuatan tidak berintegriti kecuali…
A. berani mengaku kesalahan yang dilakukan
B. tidak melaporkan perbuatan salah yang dilakukan oleh rakan-rakan
C. membantu rakan membuat kerja sekolah dan meminta balasan wang ringgit
D. memberikan guru hadiah dengan harapan dapat markah tinggi dalam peperiksaan
30. Apakah maksud “Integriti”?
A. Melakukan sesuatu perkara yang betul walaupun tidak dilihat oleh sesiapa.
B. Melakukan perbuatan yang jahat.
C. Melakukan sesuatu perkara yang baik dan memberitahu semua orang.
D. Melakukan perkara yang betul apabila dilihat oleh orang ramai.
