Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BENGKEL SAINS

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Ramalkan keadaan mentol apabila rod kayu digunakan dalam litar elektrik.

a)

Mentol menyala

b)

Mentol tidak menyala

c)

Mentol malap

d)

Mentol menyala terang

2.

Apakah maksud kaedah penyiasatan saintifik

a)

untuk menyiasat

b)

merupakah pendekatan yang sistematik untuk memahami dan mendapatkan jawapan terhadap sesuatu masalah

c)

kaedah mengkaji alam semesta

d)

kaedah yang berselirat dan menyusahkan

3.

Apakah langkah PERTAMA dalam melakukan kaedah penyiasatan saintifik

a)

Pembolehubah setiap kajian

b)

Kesimpulan kajian

c)

Mengenalpasti masalah

d)

Tujuan kajian

4.

Eksperimen 3.2 : Kadar denyutan nadi

Apakah TUJUAN eksperimen ini dilakukan?

a)

Untuk mengkaji kesan aktiviti fizikal ke atas kadar denyutan nadi

b)

Untuk mengkaji kadar denyutan nadi pada orang yang lemas

c)

Untuk mengkaji sejarah berlakunya kadar denyutan nadi

d)

Untuk mengkaji kesan aktiviti fizikal ketika waktu belajar

5.

Eksperimen 3.2 : Kadar denyutan nadi

Pilih yang manakah merupakan HIPOTESIS eksperimen ini?

a)

aktiviti fizikal yang dilakukan memberi kesan peningkatan kepada kadar denyutan nadi seseorang

b)

Semakin tinggi kadar denyutan nadi seseorang semakin lasak aktiviti fizikal yang dilakukan

c)

Semakin lasak aktiviti fizikal yang dilakukan semakin meningkat kadar denyutan nadi seseorang

d)

jantina seseorang menyebabkan pertukaran kadar denyutan nadi seseorang

6.

Eksperimen 3.2 : Kadar Denyutan Nadi

Yang manakah merupakan pemboleh ubah dimanipulasi bagi eksperimen tersebut?

a)

Jenis aktiviti fizikal

b)

Jantina pelajar

c)

Umur pelajar

d)

Kadar denyutan nadi

7.

Eksperimen 3.2 : Kadar denyutan nadi

Apakah radas yang digunakan dalam eksperimen ini?

a)

Penimbang berat

b)

Kipas

c)

Lampu

d)

Jam randik

8.

Eksperimen 3.2 : Kadar denyutan nadi

Berikan kesimpulan bagi eksperimen ini.

a)

Hipotesis diterima. Kadar denyutan nadi seseorang dipengaruhi oleh jenis aktiviti fizikal yang dijalankan.

b)

semakin lama pengiraan kadar denyutan nadi semakin tinggi kadar denyutan nadi

c)

Lelaki lebih tinggi kadar denyutan nadi berbanding wanita

d)

kadar denyutan nadi seseorang dipengaruhi oleh tempat pengiraan kadar denyutan nadi

9.

Perbincangan Eksperimen 3.2

Adakah setiap murid mempunyai kadar denyutan nadi yang sama?

a)

YA

b)

TIDAK

10.

Perbincangan Eksperimen 3.2

Manakah antara berikut merupakan faktor yang boleh mengubah kadar denyutan nadi seseorang?

a)

Jantina

b)

Umur

c)

Jenis aktiviti

d)

Ketinggian

11.

Eksperimen 3.2 : Kadar denyutan nadi

Pilih yang manakah merupakan inferens (PENYEBAB) yang dapat dibuat daripada data yang diperoleh daripada eksperimen yang dijalankan.

a)

tahap kepandaian seseorang mampu meningkatkan kadar denyutan nadi.

b)

jenis aktiviti fizikal tidak mempengaruhi kadar denyutan nadi

c)

ketinggian seseorang yang menyebabkan kadar denyutan nadi meningkat

d)

Kadar denyutan nadi lebih tinggi ketika aktiviti berlari kerana jantung perlu mengepam darah dengan lebih laju untuk membekalkan lebih banyak oksigen kepada badan.

12.

Eksperimen 3.2 : Kadar denyutan nadi

Adakah bacaan nadi rehat bagi murid meningkat dengan selepas melakukan aktiviti fizikal

a)

YA

b)

TIDAK

13.

Apakah faktor yang mempengaruhi keputusan suatu eksperimen?

a)

Hipotesis

b)

Inferens

c)

Pemboleh ubah

d)

Kesimpulan

14.

Dalam satu eksperimen ayunan bandul ringkas, seorang pelajar ingin mengkaji hubungan antara panjang tali dengan bilangan ayunan dalam masa seminit. Antara yang berikut, yang manakah merupakan pemboleh ubah bergerak balas?

a)

Masa

b)

Panjang tali

c)

Berat bandul

d)

Bilangan ayunan

15.

Maklumat berikut menunjukkan langkah-langkah dalam kaedah penyiasatan saintifik.


P = Membentuk hipotesis

Q = Membuat kesimpulan

R = Mengenal pasti pemboleh ubah

S = Memerhati dan mengumpul


Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan urutan langkah yang betul?

a)

R - P - S -Q

b)

P - R - S - Q

c)

S - P - R - Q

d)

R - S - P - Q

16.

Mengapakah penggunaan kaedah dan teknik harus dirancang sebelum memulakan suatu penyiasatan saintifik?

a)

Untuk mengumpulkan data dengan lebih cepat

b)

Untuk memudahkan pengumpulan data

c)

Untuk memastikan data yang dikumpulkan adalah lebih tepat

d)

Untuk menjalankan penyiasatan dengan mudah

17.

Antara kaedah berikut, yang manakah paling berkesan untuk mensteril piring Petri bagi mengkultur bakteria?

a)

Letakkan piring Petri di dalam mesin autoklaf untuk distimkan

b)

Cuci piring Petri dengan larutan antiseptik

c)

Cuci piring Petri dengan sabun dan air

18.

Dalam eksperimen mengkaji kekurangan makronutrien terhadap pertumbuhan tumbuhan, mengapakah tabung didih perlu dibalut dengan kertas hitam?

a)

menggalakkan pertumbuhan alga

b)

menggalakkan pertumbuhan bakteria

c)

mengelakkan pertumbuhan bakteria

d)

mengelakkan pertumbuhan alga

19.

Mengapakah larutan kultur dalam setiap tabung didih perlu ditukar setiap 2 minggu?

a)

untu memastikan tiada pertumbuhn alga

b)

untuk memstikan larutan kultur tidak rosak

c)

untuk memastikan anak benih mendapat semua nutrien

d)

untuk memastikan bekalan nutrien berterusan

20.

Apakah hipotesis anda?

a)

Pagar besi lebih mudah berkarat

b)

Pagar keluli lebih mudah berkarat

c)

Aloi tidak tahan kakisan