WorksheetsSENI TEKAT TINGKATAN 3
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Tekat benang emas juga dikenali sebagai tekat bersuji.
Apakah yang dimaksudkan dengan bersuji?
Berulang-ulang
Berbunga-bunga
Bersulam-sulam
Berbenang-benang
Apakah nama proses tekatan berdasarkan gambar foto yang diberi?
Melukis motif
Menjahit mempulur
Melakar corak
Memotong mempulur
Apakah tujuan penggunaan kain baldu berwarna gelap?
Supaya hasil tekatan benang emas tahan lama
Supaya mempulur mudah dikenakan pada kain dasar
Memudahkan kerja-kerja menekat dengan benang emas
Supaya hasil tekatan benang emas atau perak nampak jelas dan bercahaya
Apakah kegunaan alat tekat berdasarkan gambar foto yang diberi?
Untuk dasar sulaman
Untuk melekatkan motif
Untuk meregang kain
Untuk melilit benang emas
Susun mengikut tertib yang betul untuk proses seni tekat.
I Menjahit mempulur
II Meregang kain dasar
III Menyediakan pemidang
IV Proses menekat
I, II, III, IV
III, I, II, IV
II, III, I, IV
III, II, I, IV
Alat ini dibuat daripada rotan saga atau kertas tebal dan digunakan sebagai struktur utama gubahan motif. Apakah nama alat tersebut?
Cuban
Pemidang
Irasan
Mempulur
Apakah jenis tekat yang ditunjukkan dalam gambar foto yang diberi?
Tekat perada emas
Tekat timbul gubah
Tekat gubah manik
Tekat timbul benang emas
Berdasarkan gambar foto yang diberi, apakah nama yang ditunjuk oleh anak panah warna merah?
Kayu peregang
Kain dasar
Tali peregang
Manakah antara pernyataan berikut benar berkaitan tekat gubah?
Mesin digunakan sebagai alat tekatan
Hanya menggunakan motif-motif geometri
Corak mempulur dililit dengan benang emas
Manik dan labuci digunakan sebagai bahan tekat
Apakah perbezaan antara tekat timbul dengan tekat gubah?
Penggunaan benang
Penggunaan mempulur
Penggunaan kain dasar
Jenis motif yang digunakan
Apakah kegunaan pemidang berkaki dalam seni tekat?
Untuk melilit benang
Menjadi struktur utama tekat
Untuk membentuk motif
Untuk menegang dan mengelakkan kedutan pada kain dasar
Mengapakah benang emas perlu disusun rapat-rapat semasa proses menekat?
Untuk menutup mempulur
Mengelakkan benang terlerai
Agar kain dasar lebih tegang
Mengelakkan kain dasar berkedut
Apakah fungsi alat dalam gambar foto tersebut?
Menjadi tapak untuk menekat
Untuk melilit dan menggulung benang emas
Sebagai pengukuh dan kekemasan tekat
Menjadi bentuk motif atau struktur utama
Bagaimanakah cara untuk membezakan sulaman tekat gubah dengan tekat timbul benang emas?
I Tekat gubah tidak menggunakan mempulur
II Tekat gubah menggunakan benang berwarna merah
III Lakaran motif pada tekat gubah dilukis pada kertas
IV Tekat gubah menggunakan motif geometri sahaja
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Alat yang digunakan untuk meregangkan kain irasan ialah
tali
jarum chenille
cuban
pemidang kayu
