NEW
Font size
WorksheetsSains Tahun 5
Total questions: 21
Worksheet time: 21mins
*
Rajah menunjukkan satu penyiasatan untuk mengkaji hubungan antara saiz bekas dengan tempoh penyalaan lilin.
Apakah pembolehubah yang dimanipulasikan dalam penyiasatan ini?
Saiz lilin
Saiz bekas
Tempoh nyalaan lilin
Isi padu udara di dalam bekas
**
Rajah menunjukkan peralatan sains yang digunakan dalam satu eksperimen.
Apakah yang harus dilakukan apabila eksperimen selesai dijalankan?
Membuang semua peralatan itu ke dalam bakul sampah
Menyusun semua peralatan itu di atas meja guru
Meletakkan semua peralatan itu di dalam singki
Membersihkan semua peralatan itu dan mengeringkannya
**
Rajah menunjukkan aktiviti seorang murid.
Antara berikut, yang manakah mungkin berlaku akibat daripada aktiviti tersebut?
Kebakaran
Keracunan
Kemalangan
Kerosakan alat
*
Berikut adalah aktiviti tiga orang murid.
Murid yang manakah yang tidak mematuhi peraturan bilik Sains?
Rina sahaja
Mei Ling dan Lina
Rina dan Rajan
Rajan dan Mei Ling
*
Antara haiwan berikut, yang manakah mengeluarkan racun berbisa untuk berlindung daripada musuh?
**
Rajah menunjukkan sejenis haiwan yang hidup di kawasan yang beriklim terlampau panas.
Apakah fungsi J kepada haiwan itu?
Untuk menghasilkan susu
Untuk menyimpan air dan lemak
Untuk mengawal suhu badannya
Untuk menyingkirkan haba yang berlebihan daripada bahannya.
***
Pak Busu mempunyai sebuah ladang kelapa sawit. Haiwan seperti tikus dan tupai banyak berkeliaran di ladang kelapa sawitnya itu.
Pak Busu mendapati hasil kelapa sawitnya semakin menurun pada setiap tahun.
Antara haiwan berikut, yang manakah perlu dipelihara di ladang kelapa sawit untuk meningkatkan hasil kelapa sawitnya?
*
Antara buah berikut, yang manakah dipencarkan melalui mekanisme letupan?
**
Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan.
Bagaimanakah tumbuhan ini menyesuaikan dirinya pada hari yang terlalu panas?
Menggugurkan daunnya
Menggulungkan daunnya
Mempunyai akar yang banyak
Menyimpan air di dalam batangnya
***
Rajah menunjukkan tumbuhan di dalam hutan.
Apakah yang akan berlaku sekiranya hujan tidak turun selama tiga bulan?
Daun pokok akan luruh
Daun pokok akan bergulung
Batang dan dahan pokok akan menjadi lebih kecil
Pokok akan bersaing untuk tumbuh lebih tinggi
*
Antara sumber tenaga berikut, yang manakah membekalkan tenaga kepada manusia dan haiwan?
Air
Angin
Matahari
Makanan
**
Rajah menunjukkan jam loceng berdering selepas kuncinya diputar beberapa kali.
Apakah perubahan bentuk tenaga yang berlaku pada jam loceng itu?
Tenaga kinetik → Tenaga keupayaan + tenaga bunyi
Tenaga keupayaan → Tenaga bunyi → Tenaga kinetik
Tenaga eletrik → Tenaga kinetik → Tenaga bunyi
Tenaga kimia → Tenaga bunyi + tenaga kinetik
*
Rajah menunjukkan beberapa situasi.
Situasi manakah yang menunjukkan prinsip pantulan cahaya?
K dan M
L dan N
K dan N
M dan N
**
Rajah menunjukkan bayang-bayang objek terbentuk pada skrin apabila disinari cahaya.
Apakah yang akan berlaku jika sumber cahaya diubah kedudukannya di X?
Bayang-bayang tidak terbentuk
Bentuk bayang-bayang berubah.
Bayang-bayang yang serupa terbentuk.
Bentuk bayang-bayang serupa tetapi saiznya lebih kecil.
***
Rajah menunjukkan Nadia tidak dapat melihat duit syiling di dalam besen.
Apakah yang perlu dilakukan supaya Nadia boleh melihat duit syiling itu tanpa mengubah kedudukan matanya dan duit syiling tersebut?
Membuka lampu bilik
Mengisi air ke dalam besen
Menyalakan lilin di dalam besen
Meletakkan cermin di dalam besen
*
Antara yang berikut, yang manakah merupakan simbol bagi mentol?
**
Rajah menunjukkan satu litar eletrik. Didapati mentol-mentol menyala dengan malap.
Apakah yang perlu dilakukan supaya nyalaan mentol lebih terang?
Menambah bilangan suis
Menambah bilangan mentol
Menambah bilangan sel kering
Menambah bilangan wayar
***
Rajah menunjukkan tiga mentol dan empat suis disambungkan dalam satu litar.
Suis manakah yang perlu ditutup untuk menyalakan mentol M sahaja?
s4 sahaja
s1 dan s2
s1 dan s4
s2, s3 dan s4
*
Fatini hendak menyukat suhu air. Apakah alat yang perlu dia lakukan?
termometer
jam randik
silinder penyukat
neraca tiga palang
**
Rajah menunjukkan radas dan bahan untuk menjalankan satu penyiasatan.
Apakah yang akan berlaku apabila botol diletakkan di dalam air panas?
Botol mengecut
Belon mengembang
Air panas menjadi sejuk
Belon tercabut dari botol
***
Rajah menunjukkan bola pingpong yang kemik menjadi bulat semula apabila direndam di dalam air panas.
Apakah yang menyebabkan pemerhatian di atas?
Bola pingpong mengecut
Bola pingpong menyerap air.
Udara di dalam bola pingpong tersebut mengecut.
Udara di dalam bola pingpong tersebut mengembang.
