wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sejarah T4 Bab 1 - 10 KSSM

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah peranan Raja dalam kerajaan Alam Melayu?

a)

Tonggak kerajaan

b)

Pengasas kerajaan

c)

Lambang Perpaduan

d)

Pelaksanaan undang-undang

2.

Apakah kerajaan Alam Melayu yang mengamalkan undang-undang Kutara Manawa?

a)

Majapahit

b)

Champa

c)

Srivijaya

d)

Gangga Nagara

3.

Bagaimanakah Kesultanan Johor-Riau melaksanakan ciri-ciri negara bangsa?

a)

menekankan ketenteraan

b)

menyerang tentera Portugis

c)

melalui kegiatan persuratan

d)

menekankan kepentingan Islam

4.

Gambar menunjukkan Inskripsi Telaga Batu.


Apakah upacara yang dijalankan pada tempat tersebut?

a)

Persumpahan

b)

Persetiaan

c)

Hukuman

d)

Waadat

5.

Peta Kerajaan Srivijaya.


Bagaimanakah pemerintahan Srivijaya berjaya menjadikan Kerajaan Srivijaya sebuah empayar yang terkenal?

a)

Kekuatan tentera

b)

Perdagangan enterport

c)

Pentadbiran teratur

d)

Upacara keagamaan

6.

- Undang-undang Pahang

- Undang-undang 99 Perak


Apakah persamaan undang-undang di negeri-negeri Melayu?

a)

mengutamakan golongan lelaki

b)

menerima pengaruh Hindu-Buddha

c)

Undang-undang berasaskan waadat

d)

Dipengaruhi oleh undang-undang Melaka

7.

Apakah maksud nasionalisme dalam konteks orang Melayu sebelum merdeka?

a)

mendapatkan kembali keunggulan dalam negeri sendiri

b)

mengembalikan kegemilangan Kesultanan Melayu

c)

menuntut keadilan kepada anak bangsa

d)

mengiktiraf hak setiap kaum negara ini

8.

Two Treatises og Goverment


Buku berikut ditulis oleh John Locke.

Apakah perkara yang ditegaskan dalam buku tersebut?

a)

Pemerintahan kerajaan Republik

b)

Prinsip Raja Berperlembagaan

c)

Keadilan dan persaudaraan

d)

Kedaulatan parlimen

9.

Apakah sumbangan Thomas Jefferson kepada Amerika?

a)

Presiden Amerika Syarikat pertama

b)

Menulis karya The Social Contract

c)

Mengetuai Revolusi Keagungan England

d)

Menulis Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika

10.

Bagaimanakah tokoh perjuangan tersebut membangkitkaan kesedaran nasionalisme?

a)

melalui penulisan

b)

melalui persatuan

c)

melalui prpaganda

d)

melalui gerakan Islam

11.

Apakah kandungan akhbar Al-Imam?

a)

tuntutan keistimewaan orang Melayu dikekalkan

b)

Umat Islam kembali kepada ajaran Islam sebenar

c)

mengkritik sikap dan mentaliti masyarkat

d)

menolak ancaman imperialisme

12.

Akhbar berbahasa Inggeris seperti The Malay Mail dan The Malay Tribune berusaha untuk mengasaskan dana.

Apakah tujuan dana tersebut diasaskan?

a)

memulakan pendidikan Inggeris untuk orang Melayu

b)

membantu orang Melayu melanjutkan pelajaran

c)

melahirkan pegawai perkhidmatan pegawai

d)

membuka sekolah di kawasan bandar

13.

Persidangan Damai Paris pada 18 Januari 1919 telah melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson.


Apakah Prinsip dalam deklarasi tersebut?


I Keamanan dunia tanggungjawab bersama

II Sempadan negara berasaskan bangsa

III Penentuan nasib negara oleh rakyat

IV Penubuhan Liga Bangsa-Bangsa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Apakah peristiwa yang membuktikan kegagalan Liga bangsa-Bangsa?

a)

penggunaan bom atom di Nagasaki

b)

pembentukan kuasa Bersekutu

c)

Jepun menakluki Manchuria

d)

kemelesetan ekonomi dunia

15.

Apakah kesan percetakan "Wang Pokok Pisang" tanpa kawalan oleh Jepun di Tanah melayu?

a)

berlaku inflasi

b)

peningkatan ekonomi

c)

berlaku catuan makanan

d)

meningkatkan taraf hidup

16.

- Askar Melayu Setia

- Wataniah Pahang

- Gerila Melayu Kedah


Apakah persamaan ketiga-tiga pasukan askar Melayu tersebut?

a)

Anggota Force 136

b)

Anggota skuad berani mati

c)

Anggota gerila kinabalu

d)

Kumpulan radikal tempatan

17.

Orang Cina diberi layanan buruk oleh Jepun.

Apakah kesan daripada situasi tersebut?

a)

penubuhan MPAJA

b)

dipulangkan ke negara China

c)

ditawarkan kerakyatan Jus Soli

d)

MCA menubuhkan loteri kebajikan

18.

Bintang Tiga menyeksa dan membunuh anggota polis, askar, pegawai daerah dan pasukan sukarelawan Melayu. Apakah alasan Bintang Tiga berbuat sedemikian?

a)

kezaliman Jepun keatas orang Cina

b)

membentuk republik Komunis Malaya

c)

membuktikan kekuatan dan keberanian

d)

bekerjasama dengan Jepun

19.

- Senu Abdul Rahman

- Dato' Onn Jaafar

- Dato' Panglima Bukit Gantang


Apakah persamaan pemimpin-pemimpin persatuan Melayu tersebut?

a)

menganggotai Jawatankuasa Eksekutif

b)

menentang Gagasan Malayan Union

c)

menyertai rombongan ke London

d)

dilantik dalam Sistem Ahli

20.

Siapakah wakil Parlimen British yang membuat tinjauan berkaitan penentangan orang melayu terhadap malayan Union?


I H. C. William

II MacMicheal

III L. D. Gammans

IV David Ress Williams

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Cession Bill


Apakah kandungan rang Undang-undang yang dikeluarkan oleh Majlis Negeri Sarawak?

a)

penyerahan Sarawak kepada pemimpin pribumi

b)

pengenalan pentadbiran tentera British

c)

persetujuan penyerahan Sarawak kepada British

d)

perlantikan Charles Vyner Brooke sebagai Ketua Menteri

22.

Golongan yang menetang penyerahan Sarawak mahu mengekalkan pemerintahan Dinasti Brooke di Sarawak.

Mengapakah Dinasti Brooke ingin dikekalkan?

a)

kebajikan penduduk terpelihara

b)

kurang keyakinan memerintah

c)

mudah menuntut kemerdekaan

d)

pemerintah asal Negeri Sarawak

23.

Peristiwa "Sungkit berdarah" adalah kemuncak gerakan anti-penyerahan Sarawak. Apakah peristiwa tersebut?

a)

pembunuhan Duncan Stewart

b)

pergerakan bersifat radikal

c)

pengisytiharan Sumpah Pemuda

d)

pemberontakan Double Tenth

24.

Kebanyakan penduduk Sabah tidak menimbulkan sebarang bantahan terhadap penyerahan Sabah kepada British.

Apakah alasannya?


I Dapat peluang dalam pentabiran

II Mendapat persetujuan daripada SBUB

III Tidak memahami tujuan penyerahan

IV Dasar penindasan penjajah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

PUTERA-AMCJA mengisytiharkan Hari Hartal Se-Malaysia apabila British menolak Perlembagaan Rakyat.

Apakah maksud Hartal?

a)

lilit kain putih tanda berkabung

b)

memboikot barang-barang dari luar negara

c)

memboikot pengisytiharan PTM 1948

d)

menghentikan semua kegiatan ekonomi

26.

Maklumat berkaitan kewrganegaraan.


X - Orang Melayu dan orang Asli yang lahir dan

tinggal di negeri Melayu yang mempunyai

Sultan.


Apakah X?

a)

Rakyat Bumiputera

b)

Rakyat Raja

c)

Rakyat British

d)

Rakyat Jus Soli

27.

Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan?

a)

mengkaji sistem pendidikan

b)

melahirkan persefahaman kaum

c)

menuntut kemerdekaan

d)

mengembalikan kuasa raja Melayu

28.

- Sir Edward Gent

- Malcom MacDonald

- Sir Ralph Hone


Apakah kesan sokongan pentadbir British dalam perjuangan orang Melayu?

a)

membawa penubuhan Malayan Union

b)

memulakan proses Dekolonisasi

c)

mengembalikan kuasa raja

d)

membawa penubuhan PTM

29.

Berikut kumpulan manakah yang layak mendapat kewarganegaraan secara pendaftaran dalam PTM 1948.

a)

Lahir dan bermastautin PTM 15 tahun daripada tempoh 20 tahun permohonannya

b)

tinggal di Tanah Melayu selama 20 tahun secara berterusan

c)

lahir dan bermastautin di Tanah Melayu selama 10 tahun

d)

lahir di PTM dan ibu bapa sudah dapat kewarganegara

30.

Apakah manfaat yang diperolehi oleh orang Melayu hasil pembetukan PTM 1948?

a)

mendapat bantuan ekonomi

b)

memberikan peluang pendidikan

c)

mengiktiraf kedudukan istimewa

d)

mendapatkan kemerdekaan Jus Soli

31.

Apakah parti yang membawa masuk ideologi komunis ke negara kita pada awal tahun 1920-an?

a)

Parti Komunis China

b)

Parti Komunis Malaya

c)

Parti Komunis Nanyang

d)

Parti kuomintang

32.

Pada 16 Jun 1948 komunis telah membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak. Apakah tindakan British selepas peristiwa tersebut?

a)

mendesak komunis serah diri

b)

memperkenalkan kad pengenalan

c)

melumpuhkan ekonomi komunis

d)

mengisytiharkan Undang-undang Daruruat

33.

Penyataan yang manakah merupakan tindakan British dalam menguatkuasakan Undang-undang Darurat di Tanah Melayu?


I menahan sesiapa sahaja yang disyaki komunis

II mewajibkan rakyat menyertai Home Guard

III mengadakan propaganda anti-komunis

IV mengharamkan parti politik radikal

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

Dalam usaha memerangi komunis, kerajaan membawa masuk askar dari luar. Negara manakah yang membantu usaha memerangi komunis di negara kita?


I Fiji

II Kanada

III Jerman

IV New Zealand

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Selepas Templer dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, beliau menggunakan pendekatn baharu dalam menghapuskan komunis.

Apakah pendekatan baru tersebut?

a)

menguatkuasakan Undang-undang

b)

memerangi hati dan fikiran rakyat

c)

memulakan perkampungan baru

d)

membawa masuk tentera Komanwel

36.

Penduduk A : Kita tidak dapat keluar untuk bekerja

Penduduk B : Betul, ladang getah dan kawasan lombong dibakar


Berdasarkan dialog di atas, apakah kesan sosial zaman darurat kepada rakyat?

a)

kemusnahan hartaa benda

b)

mengalami catuan makanan

c)

merenggangkan hubungan kaum

d)

penderitaan dan kesengsaraan hidup

37.

Berikut ciri-ciri Sistem Ahli


- Satu sistem Kabinet Bayangan

- Ahli Bertaraf "Menteri"

- x


Apakah X ?

a)

Ahli berkuasa membuat undang-undang

b)

Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British

c)

Ahli menjadi anggota Majlis Raja-Raja

d)

Ahli dipilih melalui pilihan raya

38.

Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan brahim Haji Yaakob memperjuangkan kemerdekaan melalui konsep " Melayu Raya".

Apakah idea konsep "Melayu Raya"?

a)

mengembalikan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

b)

memupuk perpaduan dalam kalangan orang Melayu

c)

mengiktirafkan keistimewaan orang Melayu

d)

Penyatuan bangsa dan dunia Melayu

39.

- Laporan Barnes

- Ordinan Pelajaran

- Laporan Wood Head Sarawak

- Penyata Razak 1956


Apakah perkara yang ditekankan dalam laporan pendidikan 1951 - 1956?

a)

melahirkan golongan intelektual tempatan

b)

membina satu identiti bangsa dan negara

c)

membentuk sistem pendidikan bertaraf dunia

d)

membuka peluang pendidikan yang luas

40.

- Independence of Malayan Party (IMP)

- Parti Negara


Siapakah pemimpin yang mengetuai parti-parti berikut?

a)

Dr Burhanuddin al-Helmi

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Ahmad Boestaman

d)

Dato' Onn Jaafar

41.

- Parti kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)

- Barisan Pemuda Sarawak (BPS)


Apakah persamaan parti-parti yang ditubuhkan di negeri Sarawak ini?

a)

membuka cawangan PASPAM

b)

Menyokong pembentukan Malaysia

c)

dianggotai oleh penduduk tempatan

d)

menentang British mengambil Sarawak

42.

Berikut adalah beberapa perubahan pentadbiran oleh British di negara kita selepas Perang Dunia Kedua.


- Pengenalan Sistem Ahli

- Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum


Apakah matlamat perubahan tersebut?

a)

dasar toleransi British

b)

keupayaan pemimpin tempatan

c)

memupuk kerjasama kaum

d)

pembentukan parti perikatan

43.

Jawatankuasa Pilihan Raya telah mengeluarkan dua bentuk penyata susunan MPP. Antara berikut yang manakah menjadi pilihan parti Perikatan?

a)

60 orang dipilih melalui pilihan raya

b)

melantik sembilan orang wakil negeri

c)

Tiga orang dilantik mewakili Raja-raja Melayu

d)

Perlantikan seorang speaker dan seorang timbalan

44.

Penyataan yang manakah berkaitan dengan syarat untuk menjadi calon Pilihan Raya MPP 1955?


I Berdaftar dalam senarai pemilih

II Berpengetahuan dalam BI dan BM

III Telah tinggal di PTM dalam tempoh 12 bulan

IV Individu yang tinggal di PTM dalam tempoh 6 bulan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

45.

Tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah


Mengapakah calon perlu memenuhi syarat tersebut untuk menjadi calon pilihan raya masa kini?

a)

Pilihan raya bersih dapat dijalankan

b)

memastikan kepimpinan negara bersih

c)

mengelakkan kekacauan proses pilihan raaya

d)

menjamin keselamatan para pengundi

46.

Berikut adalah pilihan raya awal di Sarawak telah diadakan pada tahun 1956 di beberapa bandar utama.

Mengapakah rakyat memberikan sambutan baik dalam pilihan raya tersebut?

a)

memilih wakil kerajaan

b)

menjamin masa depan

c)

memperjuangkan hak bersuara

d)

menjalankan pentadbiran tempatan

47.

Mjlis Mesyuarat Persekutuan yang dibentuk pada PTM 1956 adalah berasaskan "Model Westminister". Mengapakah Malaysia menggunakan model tersebut?

a)

sesuai dengan keperluan negara

b)

pentadbiran lebih bersistematik

c)

desakan daripada penjajah

d)

mewarisi demokrasi Britain

48.

Apakah kesan daripada keputusan Pilihan Raya MPP 1955 kepada PTM?

a)

Bilangan anggota Sistem Ahli bertambah

b)

Pesuruhjaya Tinggi British letak jawatan

c)

Dato' Onn Jaafar dilantik Ketua Menteri

d)

Parti Perikatan membentuk Kerajaan Persekutuan

49.

Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Siapakah ulama yang dirujuk dengan penetapan tarikh tersebut?

a)

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

b)

Haji Abbas Mohd Taha

c)

Sheikh Abdullah Fahim

d)

Syed Sheikh Al- HAdi

50.

Dimanakah peristiwa pengumuman tarikh kemerdekaan berlangsung?

a)

Istana Negara

b)

Padang Kelab Selangor

c)

Padang Bandar Hilir Melaka

d)

Stadium Merdeka Kuala Lumpur

51.

Perjanjian PTM 1957 membenarkan pemilihan seorang raja sebagai Yang di-Pertuan Agong. Siapakah yang berhak memilih YDPA sebagai ketua Negara?

a)

Parlimen

b)

Dewan Negara

c)

Majlis Raja-Raja

d)

Dewan Rakyat

52.

Apakah keistimewaan yang diperoleh oleh orang Melayu di negara ini?


I Lesen perniagaan

II Biasiswa pendidikan

III Kebebsan bersuara

IV Jaminan keselamatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

53.

Berapakah tempoh masa seorang raja boleh dilantik sebagai YDPA?

a)

5 tahun

b)

3 tahun

c)

tiada tempoh masa

d)

selagi mendapat kepercayaan

54.

- Permohonan

- Kuatkuasa

- X


Apakah jenis kewarganegaraan X yang terdapat di PTM 1957?

a)

Tempat lahir

b)

Naturalisasi

c)

Keistimewaan

d)

Pengampunan raja

55.

Apakah cogan kata yang terdapat dalam Jata Negara kita?

a)

Bersekutu Bertambah Mutu

b)

Kepercayaan kepada Tuhan

c)

Bertekad kearah Maju

d)

Bersih, Cekap, Amanah

56.

- Sayyid al-Din al-Afghani

- Rashid Rida


Apakah gerakan yang dijalankan oleh tokoh kemerdekaan dari Mesir ini?

a)

Wahabi

b)

Jinsiyyah

c)

Wafaniyyah

d)

Pan-Islamisme

57.

Pada 17 September 1957, PTM telah diterima sebagai anggota PBB ke-82. Bagaimanakah Malaysia boleh mendukung aspirasi PBB?

a)

menyertai sukan Olimpik

b)

menghadiri mesyuarat PBB

c)

melindungi hak asasi manusia

d)

menjaga keamanan dalam negara

58.

Apakah jenis tanaman yang diutamakan oleh FELDA keatas tanah baharu yang dimajukan?

a)

Kelapa sawit dan getah

b)

Getah dan tembakau

c)

Kelapa sawit dan kopi

d)

Lada hitam dan gambir

59.

Apakah matlamat Rancangan Malaya Pertama 1956 - 1960?


I menyusun semula masyarakat

II mengurangkan kadar kemiskinan

III menambahkan peluang pekerjaan

IV memupuk perpaduan kaum

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

60.

Selepas mencapai kemerdekaan, kerajaan berusaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Apakah usaha tersebut?

a)

Pemansuhan sekolah vernakular

b)

Penubuhan jabatan Penerangan

c)

Pengenalan Falsafah Pendidikan Negara

d)

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka