NEW
Font size
WorksheetsKata Ganda Berentak Tahun 5
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _______________ itu.
bengkang-bengkok
kacau-bilau
batu-batan
haru-hiru
Kaki Niko _______ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.
punah-ranah
robak-rabik
lekuk-kekak
calar-balar
Badan saya terasa ___________ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.
tawar-hambar
segar-bugar
comot-momot
kusut-masai
Encik Hardy mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik _____________ di pantai itu.
riuh-rendah
kacau-bilau
mandi-manda
mundar-mandir
Sifat _____________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah menyenangkan hati para tetamu.
remeh-temeh
kelam-kabut
ramah-tamah
keluh-kesah
Rambut Lina ____________ setelah bangun daripada tidur.
compang-camping
robak-rabik
huru-hara
kusut-masai
Guru besar mengambil tindakan tatatertib _____________ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.
serta-merta
porak-peranda
lambat-laun
remeh-temeh
Pak Ali tahu ____________ tentang kawasan pedalaman itu.
lenggak-lenggok
serba-serbi
simpang-siur
hiruk-pikuk
Musim kemarau telah menyebabkan kawasan tadahan air itu ________________.
gembar-gembur
serba-serbi
gundah-gulana
kering-kontang
Rumah Nenek Winnie _______ dengan suara cucu-cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.
tunggang-langgang
riuh-rendah
punah-ranah
calar-balar
Rendang itu sangat sedap kerana dimasak menggunakan _______________ yang istimewa.
rempah-ratus
lauk-pauk
sayur-mayur
saki-baki
Majlis itu dihadiri oleh semua rakan dan ____________ terdekat Puan Jacklyn.
saudara-mara
corat-coret
limpah-ruah
kuih-muih
Hati Victoria _____________ apabila mendapati komputer ribanya hilang.
compang-camping
remuk-rendam
porak-peranda
kusut-masai
_______________ yang terhidang di atas meja itu sungguh menyelerakan.
Rempah-ratus
Lauk-pauk
Batu-batan
Saki-baki
Mulut pelakon itu ____________ menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.
comot-momot
simpang-siur
kumat-kamit
kusut-masai
