Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

soalan peperiksaan sains tahun 6

Total questions: 85

Worksheet time: 42mins

Name
Class
Date
1.
1. Apakah maksud haiwan yang hidup bersendirian?
a)
A. Haiwan yang makan haiwan lain sahaja
b)
B. Haiwan yang dapat mencari makanan sendiri
c)
C. Haiwan yang tidak hidup secara berkumpulan
d)
D. Haiwan yang tidak membiak dengan haiwan lain
2.
2. Antara haiwan yang berikut, yang manakah hidup bersendirian?
a)
A. Monyet
b)
B. Gajah
c)
C. Panda
d)
D. Rusa
3.
3. Maklumat berikut menunjukkan langkah-langkah untuk menyiasat persaingan antara tumbuhan.
 J - Simpan kedua-dua bekas, P dan Q di dalam almari.
K - Masukkan 5 biji kacang hijau ke dalam bekas P dan 20 biji kacang hijau ke dalam bekas Q.
L - Selepas satu minggu, perhatikan pertumbuhan anak benih kacang hijau.
M - Masukkan kapas lembap ke dalam dua bekas, P dan Q.
Pilih urutan yang betul bagi langkah-langkah itu.
a)
A. M, K, J, L
b)
B. M, J, K, L
c)
C. J, K, L, M
d)
D. K, J, L, M
4.
4. Badak Sumatra, Tapir dan Penyu adalah spesies haiwan terancam. Antara haiwan yang berikut, yang manakah tergolong dalam kumpulan yang sama?
a)
A. Burung pipit
b)
B. Burung gagak
c)
C. Burung merpati
d)
D. Burung kenyalang
5.
5. Antara yang berikut, yang manakah kesan buruk masalah pembalakan?
I   Hujan asid
II  Tanah runtuh
III Banjir kilat
IV Pencemaran air
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
6.
6. Apakah maksud pemeliharaan?
a)
A. Cabaran untuk mendapatkan keperluan asas yang terhad
b)
B. Keadaan di mana spesies pupus dari Bumi
c)
C. Mengekalkan keadaan habitat hidupan liar
d)
D. Untuk memperbaiki keadaan ke bentuk asalnya untuk mengelakkan kepupusan
7.
7. Maklumat berikut menunjukkan empat keadaan bagi sebiji bola.
W - Bola berubah arah apabila ditanduk.
X - Bola menjadi lebih ringan apabila angin dipam keluar.
Y - Bola berhenti apabila ditangkap.
Z - Bola terapung apabila dimasukkan ke dalam sebuah besen berisi air.
 Antara yang berikut, yang manakah kesan-kesan daya?
a)
A. W dan X
b)
B. W dan Y
c)
C. X dan Y
d)
D. Y dan Z
8.
8. Segumpal tanah liat boleh dibentuk menjadi sebuah pasu. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang kesan daya?
a)
A. Daya mengubah gerakan
b)
B. Daya mengubah bentuk
c)
C. Daya menentang gerakan
d)
D. Daya mengubah jisim
9.
9. Penutup sebuah tingkap boleh laras sukar digerakkan. Apakah yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini?
a)
A. Guna minyak pelincir
b)
B. Guna larutan garam
c)
C. Guna kusyen udara
d)
D. Pasang alas bebola
10.
10. Apakah fungsi corak bunga pada tapak kasut?
a)
A. Membuatkan kasut kelihatan menarik
b)
B. Menambahkan geseran pada kasut
c)
C. Memastikan kasut tahan lebih lama
d)
D. Menambahkan jisim kasut
11.
11. Maklumat berikut menunjukkan beberapa kesan daya geseran.
J - Menghauskan permukaan suatu objek
K - Membolehkan kita berjalan tanpa tergelincir
L - Memperlahan kereta ketika kecemasan
M - Menghasilkan haba di dalam enjin kereta
Antara yang berikut, yang manakah keburukan daya geseran?
a)
A. J dan K
b)
B. J dan M
c)
C. K dan L
d)
D. L dan M
12.
12. Antara maklumat berikut, yang manakah diperlukan untuk menentukan kelajuan satu objek yang sedang bergerak?
 I   Masa
II  Jisim
III Jarak
IV Suhu
a)
A. I dan II
b)
B. I dan III
c)
C. II dan IV
d)
D. III dan IV
13.
13. Sebuah bot bergerak sejauh 200 km dalam masa 2 jam. Apakah kelajuan bot itu?
a)
A. 100 km/j
b)
B. 120 km/j
c)
C. 130 km/j
d)
D. 140 km/j
14.
14. Salleh mengambil masa 30 saat untuk menunggang basikal sejauh 360 m. Apakah kelajuan basikal itu?
a)
A. 10 m/s
b)
B. 12 m/s
c)
C. 14 m/s
d)
D. 15 m/s
15.

Apakah maksud buruj?

a)

Kumpulan awan yang terbentuk pada waktu malam

b)

Gugusan/kumpulan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu malam.

c)

Kumpulan bintang berwarna warni

d)

Gugusan/kumpulan bintang yang berterabur di atas langit

16.

Apakah nama buruj ini?

a)

Buruj belantik

b)

Buruj skorpio

c)

Buruj pari

d)

Buruj biduk

17.

Antara yang berikut, yang manakah cara terbaik untuk menjaga bahagian X daripada berkarat?

a)

Mengecat

b)

Menyapu gris

c)

Menyadur dengan logam

d)

Menyalut dengan plastik

18.

Maksud Interaksi antara hidupan ialah :

a)

perhubungan pasif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan keperluan asas.

b)

perhubungan aktif antara hidupan yang tidak bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan keperluan asas.

c)

perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan keperluan asas.

d)

perhubungan aktif antara benda yang saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan keperluan asas.

19.

Maksud Interspesies ialah

a)

interaksi antara spesies yang berlainan

b)

interaksi antara spesies yang sama

20.

Maksud Intraspesies ialah

a)

interaksi antara spesies yang berlainan

b)

interaksi antara spesies yang sama

21.

Haiwan yang hidup secara berkumpulan KECUALI

a)

Gajah,

b)

ayam

c)

Lebah,

d)

Harimau

22.

Haiwan yang hidup secara bersendirian , KECUALI

a)

Tapir

b)

Helang

c)

Harimau

d)

Ayam

23.

Kelebihan Hidup Berkumpulan ialah , KECUALI

a)

berkerjasama mendapatkan makanan

b)

tidak melindungi anak-anak

c)

berkerjasama membuat sarang

d)

mengawal wilayah daripada dicerobohi

24.

Kelebihan Hidup Bersendirian ialah , KECUALI

a)

mengelak persaingan mendapatkan makanan

b)

mengurangkan persaingan mendapatkan pasangan

c)

mengurangkan persaingan mendapatkan wilayah

d)

berkerjasama mendapatkan makanan

25.

Kekurangan Hidup Berkumpulan ialah

a)

mudah dijangkiti penyakit

b)

tidak mudah dijangkiti penyakit

c)

haiwan mudah untuk menyelamatkan diri daripada musuh

d)

mudah mencari pasangan

26.

Kekurangan Hidup Bersendirian ialah

a)

Sukar mempertahankan diri daripada musuh

b)

haiwan mudah untuk menyelamatkan diri daripada musuh

27.

Faktor persaingan haiwan Interspesies KECUALI

a)

air

b)

maknanan

c)

tempat tinggal

d)

pasangan

28.

Faktor persaingan haiwan Intraspesies ialah ,KECUALI

a)

air

b)

matahari

c)

tempat tinggal

d)

pasangan

29.

Burung Tiung makan lintah pada badan kerbau. Kerbau bebas daripada lintah.

a)

Mutualisme

b)

Parasitime

c)

Komensalime

30.

Ikan Remora mendapat sisa makanan daripada ikan jerung. Ikan jerung tidak mendapat sebarang faedah atau kerugian.

a)

Mutualisme

b)

Parasitime

c)

Komensalisme

31.

Kutu meghisap darah kucing sebagai makanan. Kucing cedera dan akan mati.

a)

Mutualisme

b)

Parasitime

c)

Komensalisme

32.

Kelebihan singa seperti di dalam gambar ialah

a)

Berkumpulan

b)

Bersendirian

33.

Apakah maksud interkasi Mutualisme?

a)

interaksi yang membawa faedah kepada satu pihak sahaja tanpa menjejaskan pihak yang satu lagi.

b)

interaksi yang membawa faedah kepada kedua-dua mikroorganisma

c)

interaksi yang memberi manfaat kepada satu pihak sahaja dan merugikan pihak yang lain.

34.

Apakah maksud interaksi komensalisme?

a)

interaksi yang membawa faedah kepada kedua-dua mikroorganisma

b)

interaksi yang memberi faedah kepada satu pihak sahaja tanpa menjejaskan pihak yang satu lagi

c)

interaksi yang memberi manfaat kepada satu pihak sahaja dan merugikan pihak yang lain.

35.

Apakah maksud interaksi Paraitisme ?

a)

interaksi yang memberi faedah kepada satu pihak sahaja tanpa menjejaskan pihak yang satu lagi.

b)

interaksi yang memberi manfaat kepada satu pihak dan merugikan pihak yang lain

c)

interaksi yang membawa faedah kepada satu pihak sahaja dan merugikan pihak yang lain

36.

Apakah jenis interaksi antara Buran dan Umang

a)

Komensalisme

b)

Parasitisme

c)

Mutualistme

37.
CONTOH MIKROORGANISMA BAGI FUNGI IALAH..
a)
YIS
b)
SALMONELLA
c)
H1N1
d)
BACILLUS
38.
ANTARA KEBURUKAN MIKROORGANISMA IALAH...
a)
MEROSAKKAN GIGI
b)
MEMBUAT TEMPE
c)
MERAWAT SISA KUMBAHAN
d)
MEMBUAT UBAT
39.
PERSAINGAN ANTARA HAIWAN YANG SAMA SPESIES UNTUK MENDAPATKAN KEPERLUAN ASAS DIKENALI SEBAGAI...
a)
INTERSPESIES
b)
SIMBIOSIS
c)
INTRASPESIES
d)
SPIROSIS
40.
ANTARA KEPERLUAN ASAS YANG DIPERSAINGKAN OLEH TUMBUHAN IALAH SEPERTI BERIKUT KECUALI...
a)
AIR
b)
CAHAYA MATAHARI
c)
MAKANAN
d)
RUANG
41.
BURUNG DODO DAN QUAGGA ADALAH CONTOH HAIWAN YANG TELAH...
a)
PUPUS
b)
MATI
c)
DIANCAM KEPUPUSAN
d)
DIANCAM BAHAYA
42.
DAYA IALAH...
a)
TARIKAN
b)
TOLAKAN
c)
GESERAN DAN TOLAKAN
d)
TARIKAN DAN TOLAKAN
43.
MEMBUKA PENUTUP PEN MARKER ADALAH CONTOH DAYA...
a)
TARIKAN
b)
TOLAKAN 
c)
TARIKAN DAN TOLAKAN
d)
GESERAN
44.
BERMAIN BADMINTON ADALAH SATU CONTOH KESAN DAYA...
a)
BOLEH MENGUBAH BENTUK OBJEK
b)
BOLEH MENGUBAH  ARAH PERGERAKAN OBJEK
c)
MENGGERAKKAN OBJEK YANG PEGUN
d)
MENGUBAH KELAJUAN OBJEK BERGERAK
45.
BERIKUT ADALAH KEBURUKAN GESERAN KECUALI..
a)
TAPAK KASUT HAUS
b)
PERMUKAAN TAYAR MENJADI LICIN
c)
MENAJAMKAN PISAU
d)
MENGHASILKAN HABA DI DALAM MESIN
46.
Apakah maksud MIKROORGANISMA?
a)
Perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain
b)
Hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar
c)
Interaksi spesies yang berlainan
d)
Interaksi spesies yang sama
47.
Apakah maksud INTERAKSI?
a)
Perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain
b)
Interaksi spesies yang berlainan
c)
Interaksi spesies yang sama
d)
Hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar
48.
Apakah maksud KEPUPUSAN
HAIWAN
?
a)
Interaksi yang hanya memberi manfaat kepada satu spesies tetapi satu spesies lagi tidak mendapat sebarang manfaat mahupun kesan buruk
b)
Interaksi yang memberi manfaat sebelah pihak sahaja dan merugikan satu pihak yang lain
c)
Lenyapnya atau sudah tiada lagi haiwan di bumi ini
d)
Interaksi yang membawa manfaat kepada kedua-dua haiwan
49.
Apakah maksud ANCAMAN
KEPUPUSAN
?
a)
Interaksi yang hanya memberi manfaat kepada satu spesies tetapi satu spesies lagi tidak mendapat sebarang manfaat mahupun kesan buruk
b)
Interaksi yang memberi manfaat sebelah pihak sahaja dan merugikan satu pihak yang lain
c)
Lenyapnya atau sudah tiada lagi haiwan di bumi ini
d)
Bilangan spesies haiwan dan tumbuhan yang semakin berkurangan dari tahun ke tahun 
50.

Apakah yang dimaksudkan dengan GERHANA?

a)

Peristiwa apabila Bulan atau Matahari muncul keseluruhan atau sebahagian

b)

Peristiwa yang menyebabkan Bumi menjadi gelap

c)

Peristiwa apabila Bulan atau Matahari kelihatan hilang secara keseluruhan atau sebahagian

d)

Peristiwa Bulan atau Matahari tidak muncul lagi

51.

Bagaimanakah GERHANA boleh berlaku ?

a)

Kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan berada dalam satu garis lurus.

b)

Apabila Matahari tiada dalam satu garis lurus

c)

Kedudukan Matahari berada di antara Bumi dan Bulan dalam satu garis lurus

d)

Apabila Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur

52.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan GERHANA?

a)

Cahaya tidak boleh tembusi objek legap

b)

Apabila Bumi berputar pada paksinya

c)

Peredaran Bulan mengelilingi Bumi

d)

Cahaya bergerak lurus dalam satu baris

53.

Gambar rajah di bawah menunjukkan fenomena?

a)

Gerhana Matahari

b)

Gerhana Bulan

c)

Gerhana Bumi

d)

Gerhana Separa

54.

Rajah di bawah menunjukkan fenomena?

a)

Gerhana Matahari

b)

Gerhana Bulan

c)

Gerhana Bumi

d)

Gerhana Separa

55.

Bagaimana Gerhana Matahari berlaku ?

a)

Berlaku apabila Bulan berada di antara Matahari dan Bumi pada satu garis lurus

b)

Berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan pada satu garis lurus

c)

Berlaku apabila Matahari berada di antara Bumi dan Bulan pada satu garis lurus

d)

Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur

56.

Berikut adalah BENAR mengenai Gerhana Bulan

a)

Hanya berlaku pada waktu malam

b)

Berlaku pada 1hb

c)

Berlaku pada 15hb

d)

Hanya berlaku pada waktu siang

57.

Pernyataan berikut BENAR mengenai Gerhana Matahari

a)

Berlaku pada waktu malam

b)

Berlaku beberapa minit sahaja

c)

Permukaan bumi yang terlindung menjdai gelap

d)

Berlaku pada fasa bulan pertama

58.

Berikut kesan fenomena GERHANA MATAHARI kepada kehidupan di Bumi

a)

Suhu kawasan terlibat meningkat

b)

Bintang di langit lebih jelas kellihatan semasa gerhana penuh

c)

Suhu kawasan terlibat menurun

d)

Susana sekeliling menjadi gelap / mendung seketika

59.

Semasa Gerhana Matahari penuh berlaku, keadaan persekitaran menjadi gelap seperti waktu malam. Matahari kelihatan sebagai bulatan gelap dikelilingi oleh gegelang cerah yang dikenali sebagai ...

a)

Kornea

b)

Korona

c)

Kuruna

d)

Korono

60.

Mengapakah tempoh kejadian Gerhana Bulan adalah lebih lama daripada Gerhana Matahari?

a)

Bayang-bayang Bumi adalah lebih besar semasa Gerhana Bulan berbanding bayang-bayang Bulan kecil semasa Gerhana Matahari

b)

Bayang-bayang Bulan adalah lebih besar semasa Gerhana Bulan

c)

Bayang-bayang Bulan lebih besar semasa Gerhana Matahari

d)

Bayang-bayang Bulan adalah sama dengan bayang-bayang Bumi semasa Gerhana Bulan

61.

Pilih pernyataan yang benar

a)

Gerhana Bulan boleh berlaku sehingga tiga kali dalam setahun

b)

Bulan tidak kelihatan gelap semasa gerhana Bulan tetapi berwarna perang kemerahan

c)

Tempoh fenomena Gerhana Bulan biasanya berlaku beberapa minit

d)

Kawasan gelap penuh atau umbra ialah kawasan yang dihalang sepenuhnya daripada cahaya Matahari

62.

Mikroorganisma yang digunakan dalam pembuatan tempe ialah

a)

Bakteria

b)

Fungi

c)

Virus

d)

Protozoa

63.

Antara berikut, pernyataan manakah benar mengenai persaingan?

a)

Persaingan hanya berlaku dikalangan haiwan

b)

Persaingan hanya berlaku pada spesies yang berlainan

c)

Persaingan hanya berlaku dalam spesies yang sama

d)

Persaingan di kalangan benda hidup berlaku kerana sumber yang terhad

64.
Rajah menunjukkan satu interaksi yang berlaku antara buaya dengan burung.
Apakah jenis simbiosis yang ditunjukkan dalam Rajah ?
a)
Komensalisme
b)
Mutualisme
c)
Persaingan interspesies
d)
Parasitisme
65.

Mikroorganisma yang digunakan dalam pembuatan tempe ialah

a)

Bakteria

b)

Fungi

c)

Virus

d)

Protozoa

66.

Rajah di bawah menunjukkan aktiviti pemuliharaan kecuali...

a)
b)
c)
d)
67.

Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan. Apakah jenis interaksi tumbuhan itu?

a)

komensalisme

b)

parasitisme

c)

mutualisme

d)

persaingan

68.

Rajah menunjukkan satu bentuk simbiosis antara haiwan. Pilih pernyataan yang betul.

a)

Buaya dan burung sama-sama mendapat keuntungan

b)

Burung akan menjadi makanan buaya

c)

Burung mendapat faedah manakala buaya tidak mendapat apa-apa

d)

Buaya mendapat faedah manakala burung rugi

69.

Rajah menunjukkan satu aktiviti yang melibatkan daya. Apakah daya yang terlibat?

a)

tolakan

b)

tarikan

c)

tolakan dan tarikan

d)

geseran

70.

Apakah kesan daya daripada aktiviti yang ditunjukkan dalam rajah?

a)

daya mengubah arah pergerakan objek

b)

daya mengubah bentuk objek

c)

daya memberhentikan objek yang sedang bergerak

d)

daya menggerakkan objek pegun

71.

Rajah menunjukkan kesan daya geseran. Apakah faktor yang mempengaruhi daya geseran?

a)

luas permukaan

b)

jenis permukaan

c)

jisim objek

d)

kecondongan permukaan

72.

Rajah menunjukkan seorang lelaki menolak sebuah kotak. Arah daya geseran ialah.....

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

73.

"Menggunakan pelbagai deria"

Pernyataan di atas berkaitan kemahiran proses sains __________

a)

Meramal

b)

Memerhati

c)

Membuat Inferens

d)

Mengelas

74.

Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama merujuk kepada.......

a)

Memerhati

b)

Membuat Inferens

c)

Meramal

d)

Mengelas

75.

Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian

a)

Membuat Inferens

b)

Berkomunikasi

c)

Mengelas

d)

Meramal

76.

Membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data.

a)

Memerhati

b)

Membuat Inferens

c)

Meramal

d)

Berkomunikasi

77.

Antara haiwan berikut, yang manakah diancam kepupusan

a)
b)
c)
78.

Apakah yang menyebabkan tumbuhan ini diancam kepupusan?

a)

bencana alam

b)

pencemaran air

c)

pembuangan bahan buangan toksik

d)

penerokaan hutan secara tidak terancang

79.

gambar disebelah menunjukkan mesin ringkas iaitu

a)

takal

b)

tuas

c)

roda dan gandar

80.

Antara pasangan berikut, yang manakah dikelaskan sebagai interaksi parasitisme?

a)

harimau dan singa

b)

ikan remora dan ikan yu

c)

cacing bulat dan usus manusia

d)

anemon laut dan umang-umang

81.

Mengapakah kereta sorong dikenali sebagai mesin kompleks?

a)

kerana memiliki lebih daripada satu mesin ringkas

b)

kerana penggunaanya yang ringkas

c)

kerana penggunaannya yang kompleks

d)

kerana terdapat hanya satu mesin ringkas

82.

Antara berikut, maklumat manakah yang berkaitan dengan kejadian gerhana bulan?

a)

boleh dilihat pada waktu siang

b)

bayang-bayang bumi melindungi permukaan bulan

c)

bayang-bayang bulan jatuh ke atas sebahagian daripada permukaan bumi

d)

ia terjadi semasa matahari berada di antara bumi dengan bulan

83.

Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai kategori yang sama dengan haiwan di atas?

a)

Tapir

b)

Mamot

c)

Badak sumbu

d)

Penyu

84.

Rajah menunjukkan satu spesies haiwan yang telah pupus.Mengapakah haiwan tersebut pupus ?

a)

Diburu oleh manusia untuk mendapatkan kulit dan dagingnya.

b)

Diburu haiwan lain untuk dijadikan makanan

c)

Bergaduh sesama sendiri sehingga pupus

d)

Dimusnahkan oleh bencana banjir besar

85.

Seorang pemandu sedang memandu pada kelajuan 80 km/j. Apakah yang perlu dilakukannya apabila melihat papan tanda yang ditunjukkan dalam Rajah ?

a)

Mengurangkan kelajuan keretanya

b)

Menambahkan kelajuan keretanya

c)

Mengekalkan kelajuan keretanya

d)

Memberhentikan keretanya di tepi jalan