Font size
WorksheetsULANGKAJI GEO T3 BAB 6-9
Total questions: 35
Worksheet time: 3hrs 55mins
Antara berikut yang manakah sumber boleh diperbaharui ?
I Air
II Arang batu
III Petroleum
IV Tanih
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kombinasi manakah benar tentang sumber mineral dengan barangan yang dapat dihasilkan?
Emas- Enjin kereta
Biji besi- Tin aluminium
Kuprum- Barangan perhiasan
Bijih timah- Piuter
Bandar manakah yang berkembang maju akibat kesan penerokaan sumber petroleum?
Ipoh (Perak)
Sandakan (Sabah)
Kerteh (Terengganu)
Segitiga Jengka (Pahang)
Antara berikut, yang manakah kepentingan sumber semula jadi Malaysia?
I Membuka banyak peluang pekerjaan
II Menyediakan bahan mentah kepada industri hiliran
III Menggalakkan fenomena berlakunya hujan asid
IV Meningkatkan kadar inflasi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Sumber yang tidak boleh diperbaharui
Mineral
Angin
Tanih
Air
Antara berikut, manakah kegiatan ekonomi yang tergolong dalam sektor primer?
I Penternakan
II Perindustrian
III Pelancongan
IV Pertanian
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah sektor ekonomi yang dikaitkan dengan kegiatan di bawah ?
* Memproses getah untuk dijadikan sarung tangan
* Memasang kereta, van dan lori
Primer
Sekunder
Perkhidmatan
Tertier
Kombinasi manakah benar tentang lokasi kawasan pelancongan dengan negerinya.
Pantai Irama, Sabah
Pulau Perhentian, Johor
Taman Negara Niah, Sarawak
Pantai Klebang, Perlis
Berdasarkan Foto, apakah peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan tersebut?
Memasarkan hasil perikanan
Memacu aktiviti penghutanan semula
Membuka kawasan pertanian baru
Mengutip tol di lebuhraya
Apakah sektor ekonomi yang menggalakkan proses pembandaran di lokasi berikut?
· Petaling jaya
· Shah Alam
· Bayan Lepas
Perindustrian
Pertanian
Pembalakan
Perlombongan
Pernyataan manakah yang tepat tentang kegiatan ekonomi tertier?
Kegiatan pengeluaran bahan mentah terus daripada sumber
Kegiatan ekonomi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan
Kegiatan ekonomi berasaskan bahan mentah
Kegiatan pengeluaran produk separa siap
Apakah bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk di atas?
Nanas
Petroleum
Koko
Kelapa Sawit
Kegiatan perindustrian terbahagi kepada dua, iaitu..
industri berasaskan logam dan bukan logam
industri berasaskan sumber dan bukan sumber
industri berasakan mineral dan bukan mineral
industri berasaskan sumber boleh baharu dan bukan sumber boleh baharu.
Bagaimanakah perkembangan ekonomi di Malaysia boleh meningkatkan taraf hidup?
Penduduk memperoleh cukai
Penduduk mempunyai kuasa beli tinggi
Penduduk mendapat latihan pengkhususan
Jurang pendapatan antara penduduk rendah
Apakah faktor fizikal utama yang menggalakkan kegiatan ekonomi dalam foto berikut?
Tanah pamah yang subur
Sistem pengairan yang baik
Iklim panas dan lembap sepanjang tahun
Suhu sederhana antara 18 hingga 21 darjah celcius
'Daun berbentuk jarum dan berkilat'
Pernyataan di atas merujuk kepada tumbuhan di kawasan
Hutan Daun Luruh Sederhana
Hutan Monsun Tropika
Hutan Konifer
Gurun Panas
'Mempunyai satu musim hujan kering yang nyata'
Pernyataan di atas merujuk kepada iklim
Hutan Daun Luruh Sederhana
Hutan Monsun Tropika
Gurun Panas
Hutan Konifer
Antara berikut, yang manakah merupakan jenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Gurun Panas?
Oak
Prickly pear
Maple
Cengal
Maklumat yang manakah benar tentang tumbuh-tumbuhan semula jadi di Gurun Thar?
I Berkayu keras
II Berdaun lebar
III Daun berkilat
IV Berakar panjang
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Di negara manakah terdapatnya Hutan Monsun Tropika?
Malaysia
Finland
Tasmania
Myammar
'Beaver, Badger'
Hidupan liar di atas dikaitkan dengan kawasan
Gurun Panas
Hutan Konifer
Hutan Monsun Tropika
Hutan Daun Luruh Sederhana
Mengapakah tumbuhan di Hutan Konifer berbentuk kon dan berdaun tirus?
Melindungi daripada fros
Memudahkan pembalakan
Mengelakkan daripada tumbang
Mengelakkan salji terkumpul di atas pokok
Berikut merupakan contoh tumbuh-tumbuhan semula jadi yang tumbuh di kawasan Hutan Monsun Tropika KECUALI
Pokok mahogani
Pokok buluh
Pokok jati
Pokok oak
Apakah yang menyebabkan daun pokok di Hutan Monsun Tropika banyak dan lebar?
Akar pokok yang panjang
Suhu kering sepanjang tahun
Untuk mendapatkan cahaya matahari
Pengaruh ketinggian pokok
Apakah ciri hutan yang terdapat di kawasan dalam maklumat di bawah?
*Tasmania
*Southwestern Ontario
Batang pokok berkulit nipis
Kanopi pokok berbentuk kon
Terletak di kawasan tanah tinggi
Mempunyai cabang dahan yang banyak
Apakah kepentingan utama batang pokok daripada hutan dalam maklumat di bawah?
*Hutan Konifer
*Hutan Monsun Tropika
Habitat pelbagai hidupan liar
Sumber makanan
Sumber kayu balak
Pencegah hakisan tanah
Antara berikut, yang manakah khasiat batang pokok prickly pear sebagai sumber perubatan?
Merawat luka kesan terbakar
Merawat penyakit asma
Merawat penyakit lemah jantung
Mengurangkan tahap kolesterol tidak baik dalam badan
Antara berikut, negara manakah yang menjana sumber tenaga geoterma?
Iceland
Perancis
China
India
Apakah faktor yang menyebabkan peningkatan kos sara hidup?
Konflik antara wilayah
Nilai mata wang menurun
Eksport negara meningkat
Mudah mendapat pinjaman
Antara tujuan penubuhan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) adalah untuk ...
meningkatkan taraf hidup rakyat secara lestari
mengawal pemburuan haram hidupan liar yang hampir pupus
meningkatkan perniagaan dan perdagangan bebas antara negara
mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan R & D (Penyelidikan)
IMS-GT
IMT-GT?
Apakah persamaan kerjasama ekonomi antarabangsa tersebut kepada negara-negara yang terlibat?
Perikanan
Pelancongan
Pendidikan
Kebudayaan dan kesenian
Apakah bidang ekonomi yang dikaitkan dengan agensi MITI dan MATRADE?
Pertanian
Perdagangan
Perindustrian
Telekomunikasi
Konflik wilayah tercetus akibat perebutan kawasan yang mempunyai sumber semulajadi.
Krisis sumber semulajadi di bawah addalah berkaitan dengan:
ekonomi
politik
masyarakat
alam sekitar
Berlaku kekurangansumber semulajadi dengan kemusnahan pelbagai flora dan fauna.
Krisis sumber semulajadi di bawah addalah berkaitan dengan:
ekonomi
politik
masyarakat
alam sekitar
Apakah fungsi agensi yang ditunjukkan dalam foto di atas
mengurus urusan perdagangan
Menggalakkan perdagangan bebas di antara negara-negara pengeluar minyak mentah dunia.
Kerjasama dalam bidang pendidikan dan pelancongan global
Mengalakkan pemindahan teknologi
