wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM T2

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

MAKSUD FIRMAN ALLAH .... وسارعوا الي مغفرة من ربکم

a)

YANG DISEDIAKAN UNTUK ORANG BERTAKWA

b)

ALLAH MENYUKAI ORANG YANG BERBUAT KEBAIKAN

c)

DAN BERSEGERALAH KAMU KEPADA KEAMPUANAN ALLAH

d)

DAN SYURGA YANG LUAS SELUAS LANGIT DAN BUMI

2.

PILIH LAFAZ YANG BETUL UNTUK MEMOHON KEAMPUNAN

a)

الحمد لله

b)

سبحان الله

c)

الله اکبر

d)

استغفر الله

3.

BERIKUT IALAH CIRI-CIRI ORANG BERTAKWA SEPERTI DALAM AYAT KECUALI

a)

MEMOHON KEAMPUNAN

b)

SOLAT 5 WAKTU

c)

MENAFKAHKAH HARTA

d)

MENAHAN KEMARAHAN

4.

MAKSUD HADIS: TAKUTILAH KAMU AKAN API NERAKA WALAUPU BERSEDEKAH DENGAN

a)

BERAS

b)

GANDUM

c)

TAMAR

d)

ZAITUN

5.
Maksud dosa adalah
a)
Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhan-Nya
b)
Balasan yang setimpal kepada pendosa
c)
Kemurkaan Allah kerana melanggar perintah-Nya
d)
Balasan baik kerana melakukan maksiat
6.

berikan maksud ayat ( فَٱعۡفُ عَنۡهُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ )

a)

tentulah mereka lari dari kelilingmu

b)

kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadanya

c)

dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati

d)

oleh itu, maafkanlah mereka dan pohonlah ampun bagi mereka

7.

Terangkan mengapa kita dituntut menjaga tutur kata dan tingkah laku ketika berada di tempat awam

a)

Untuk mengelakkan pergaduhan sesama orang ramai jika bercakap tidak sopan kita kan dibenci, kesimpulannya kita perlu berakhlak mulia

b)

Untuk menjaga maruah diri agar tidak dipandang rendah oleh orang lain supaya hidup menjadi tenang dan harmoni

c)

Untuk menjaga maruah diri dan keluarga agar tidak dicemuh oleh orang ramai sekiranya berkelakukan tidak sopan menyebabkan kita dan keluarga dihina

d)

Untuk menjaga maruah diri dan keluarga dari kejian orang ramai akibat tingkah laku yang tidak sopan, kesimpulannya kita perlu menjaga kemuliaan akhlak sepanjang masa

8.

Berikan maksud ayat (لِنتَ لَهُمۡۖ )

a)

tentulah mereka lari dari kelilingmu

b)

engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka

c)

maka dengan sebab rahmat daripada Allah

d)

dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati mereka

9.

Bukti Rasulullah SAW seorang yang lemah lembut ialah

a)

Rasulullah bercakap dengan perlahan

b)

Rasulullah selalu tersenyum

c)

Rasulullah menggunakan tutur kata yang baik dan intonasi suara yang sesuai

d)

Rasulullah berdoa kepada kaumnya

10.

Apabila kita mendoakan kebaikan kepada seseorang tanpa pengetahuannya, malaikat akan...

a)

Mencatat 10 kebaikan dan menghapus 10 kejahatan

b)

Malaikat mengaminkan dan memohon perkara yang sama diberi kepada kita

c)

Malaikat mencatatnya sebagai sedekah

d)

Malaikat akan gembira

11.

Solat Jumaat berasal daripada perkataan al-Jumuah yang bermaksud _____________.

a)

berhimpun

b)

berkumpul

c)

perhimpunan

d)

beramai-ramai

12.

Antara berikut, yang manakah berkaitan rukun khutbah Jumaat?

I Didengar oleh 40 jemaah (mastautin)

II Memberi nasihat supaya bertakwa

III Berdoa untuk orang Islam pada khutbah kedua

IV Berkhutbah di atas mimbar

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

13.

Antara berikut, yang manakah bukan adab mendengar khutbah?

a)

Diam dan tidak bercakap

b)

Memberi fokus kepada isi kandungan khutbah

c)

Berpindah ke tempat lain sekiranya rasa mengantuk

d)

Memperbanyak selawat ke atas Rasulullah SAW dan berdoa

14.

Berikut adalah syarat-syarat wajib menunaikan solat Jumaat, KECUALI

a)

Islam - tidak wajib bagi orang kafir.

b)

Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh

c)

Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan

d)

Gila - tidak wajib bagi orang yang tidak gila

15.

Maksud MASTAUTIN......

a)

Orang yang sedang dalam perjalanan dengan jarak melebihi 2 marhalah

b)

Orang yang tinggal tetap di sesuatu tempat

c)

Solat imam bersama makmum sekurang-kurangnya seorang imam dan seorang makmum dengan syarat tertentu

d)

Orang yang menetap di satu tempat lebih daripada 3 hari tidak termasuk hari perjalanannya

16.

Syarat WAJIB solat Jumaat ialah Islam, Baligh, Berakal, Merdeka ..............

a)

Suci dari hadas - berkemampuan - sihat

b)

Lelaki - sakit - musafir

c)

Lelaki - tua - mastautin

d)

Lelaki - sihat - mastautin

17.

Jarak perjalanan 2 marhalah bersamaan ....

a)

90 km

b)

81 km

c)

84 km

d)

100 km

18.

Rukun khutbah ada .....

a)

2

b)

6

c)

5

d)

4

19.

Hukum menunaikan solat Jumaat ialah fardhu ain bagi....

a)

Setiap lelaki muslim yang mukallaf

b)

Setiap lelaki yang telah berkahwin

c)

Setiap umat Islam

d)

Setiap wanita muslim yang mukallaf

20.

Pilih rukun khutbah yang betul

a)

Memuji Allah

b)

Berdoa untuk orang Islam

c)

Memberi nasihat

d)

Membaca satu ayat al-Quran dalam kedua-dua khutbah

21.

Imam menyampaikan rukun-rukun khutbah solat jumaat dalam bahasa Arab


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Syarat sah solat jumaat

b)

Syarat seorang khatib

c)

Syarat khutbah jumaat

d)

Syarat wajib khutbah

22.

Apakah maksud Tayammum dari segi Istilah?

a)

Membasuh kaki dan tangan dengan cara tertentu.

b)

Menyapu kepala sekurang-kurangnya sekali dan berserta niat

c)

Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan dua tangan dengan cara tertentu berserta niat bagi mengantikan wuduk atau mandi wajib.

d)

Menyapu debu tanah liat yang bercampur tepung ke seluruh anggota wuduk dengan cara tertentu.

23.

Hikmah disyariatkan tayammum adalah menunjukkan bahawa allah swt kasih kepada hambaNya dengan memberi ..... untuk melakukan ibadat

a)

kemudahan

b)

keringanan

c)

tatacara

d)

kebaikan

24.

BERIKUT ADALAH SEBAB DIHARUSKAN TAYAMMUM KECUALI......

a)

telah masuk waktu solat

b)

tiada air atau tidak cukup air

c)

air berada di tempat yang jauh

d)

sejuk yang boleh memudaratkan kesihatan

25.

Antara yang berikut yang manakah sunat tayammum?

I Membaca basmalah

II Telah masuk waktu solat

III Menipiskan debu

IV Tentukan arah kiblat

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

26.

Berikut merupakan perkara-perkara yang boleh membatalkan tayammum kecuali...

a)

Tiada air semasa solat dilaksanakan

b)

Ada air semasa bertayammum

c)

Berupaya menggunakan semula air

d)

Perkara-perkara yang membatalkan wudhu

27.
Apakah maksud Hijrah ?
a)
Perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah
b)
Peperangan Nabi Muhammad SAW di Madinah
c)
Persaudaraan di antara Muhajirin dan Ansar
d)
Perpindahan Nabi SAW ke Palestin
28.

Siapakah yang bersama Rasulullah SAW semasa berhijrah?

a)

saidina ali

b)

saidina uthman

c)

saidina abu bakar

d)

asmak binti abu bakar

29.

Siapakah yang ditugaskan menghantar makanan ke gua Tsur?

a)

saiyyidatina khadijah

b)

saiyyidatina aisyah

c)

asmak binti abu bakar

d)

saiyyidatina fatimah

30.
Berikut adalah sebab berlakunya peristiwa 'Hijrah' KECUALI ...
a)
Perintah Allah 
b)
Tekanan daripada Musyrikin Makah
c)
Strategi peperangan musuh
d)
Jemputan daripada penduduk Madinah
31.

Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Kota Mekah ke Madinah pada?

a)

622 Masihi

b)

542 Masihi

c)

1 Muharram

d)

642 Masihi

32.

APAKAH KESAN DARIPADA PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH SAW KE MADINAH DARI SUDUT POLITIK.

a)

KEHIDUPAN MASYARAKAT MADINAH BERUBAH KEPADA SISTEM YANG LEBIH BAIK.

b)

TERTEGAKNYA NEGARA ISLAM PERTAMA YANG BERDAULAT DIBAWAH PIMPINAN RASULULLAH SAW.

c)

AJARAN ISLAM SEMAKIN TERSEBAR KERANA DAKWAH DAPAT DILAKSANAKAN SECARA LEBIH TERBUKA.

d)

KEDUDUKAN EKONOMI UMAT ISLAM SEMAKIN KUKUH MELALUI SISTEM EKONOMI ISLAM YANG DILAKSANAKAN.

33.

" AJARAN ISLAM SEMAKIN TERSEBAR"

PENYATAAN DIATAS MERUPAKAN KESAN PENGHIJRAHAN DARI SUDUT.

a)

AGAMA

b)

SOSIAL

c)

POLITIK

d)

EKONOMI

34.

KEHIDUPAN MASYARAKAT MADINAH BERUBAH KEPADA SISTEM HIDUP YANG LEBIH BAIK.


PERNYATAKAN DIATAS MERUPAKAN KESAN PERISTIWA HIJRAH DARI SUDUT.

a)

AGAMA

b)

SOSIAL

c)

POLITIK

d)

EKONOMI

35.

Antara berikut adalah faktor yang mendorong berlakunya hijrah KECUALI

a)

A. Isyarat Allah SWT

b)

B. Pelawaan penduduk Yathrib

c)

C. Penentangan musyrikin Quraisy semakin lemah

d)

D. Memelihara aqidah

36.

Apakah maksud Piagam Madinah?

a)

Undang-undang dan syariat Islam di Madinah

b)

Perlembagaan bertulis di Madinah

c)

Hudud di Madinah

d)

Syariat Islam di Madinah

37.
Berikut adalah 7 perkara asas di dalam Piagam Madinah, KECUALI...
a)
kebebasan beragama
b)
memerangi kaum Jahiliyyah
c)
Sahifatulmadinah
d)
menegak keadilan
38.
Mengapakah Piagam Madinah dianggap sebagai asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah?
a)
Merupakan perlembagaan yang adil
b)
Merupakan perlembagaan berasaskan wahyu
c)
Merupakan perlembagaan bertulis yang pertama
d)
Merupakan perlembagaan yang dipersetujui orang Islam
39.

Muhajirin ialah golongan

a)

Penduduk asal Madinah yang memeluk Islam dan membantu perjuangan Rasulullah

b)

Orang Islam yang berhijrah bersama Rasulullah dari Mekah ke Madinah

c)

Suku kaum Aus dan Khazraj

d)

Kaum musyrikin dan yahudi

40.

Golongan manakah Rasulullah saw telah mempersaudarakan apabila sampai ke Madinah.....

a)

Quraish dengan Musyrikin

b)

kaum kerabat terdekat

c)

Muhajirin dan Ansar

d)

Yahudi dengan Musyrikin