Font size
WorksheetsPendidikan Islam (Quran & Sunnah)
Total questions: 69
Worksheet time: 2hrs 18mins
Apakah sumber hukum KEDUA dalam Islam?
Al-Quran
Hadis
Qiyas
Ijma' Ulama
Berikut merupakan kitab hadis yang menjadi rujukan utama KECUALI...
Sahih Al-Bukhari
Sahih Muslim
Sahih Abu Bakar
Sunan Ibni Majah
Yang manakah maksud Hadis dari segi BAHASA?
Nabi
Al-Quran
tulisan
kata-kata atau baharu
Yang manakah maksud hadis dari segi ISTILAH?
Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah sama ada berbentuk percakapan, perbuatan, pengakuan atau persetujuan dan sifat.
Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Adam sama ada berbentuk percakapan, perbuatan, pengakuan atau persetujuan dan sifat.
Sesuatu yang disandarkan kepada Khalifah Abu Bakar sama ada berbentuk percakapan, perbuatan, pengakuan atau persetujuan dan sifat.
Apakah maksud Matan dari segi istilah?
Teks hadis yang terdapat selepas berakhirnya sanad
Rangkaian perawi yang menyampaikan sesuatu matan Hadis.
Berdasarkan hadis di bawah, yang manakah SANAD?
Dari Muhammad yang diterima dari Abu Salamah yang diterimanya dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Seandainya tidak memberatkan terhadap umatku, niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak (menggosok gigi) setiap akan melakukan solat."
Rasulullah SAW bersabda
“Seandainya tidak memberatkan terhadap umatku, niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak (menggosok gigi) setiap akan melakukan solat.
Dari Muhammad yang diterima dari Abu Salamah yang diterimanya dari Abu Hurairah.
Dari Muhammad yang diterima dari Abu Salamah yang diterimanya dari Abu Hurairah. bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Seandainya tidak memberatkan terhadap umatku, niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak (menggosok gigi) setiap akan melakukan solat.
Berdasarkan hadis di bawah, yang manakah MATAN?
Dari Muhammad yang diterima dari Abu Salamah yang diterimanya dari Abu Hurairah. bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Seandainya tidak memberatkan terhadap umatku, niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak (menggosok gigi) setiap akan melakukan solat."
Rasulullah SAW bersabda
“Seandainya tidak memberatkan terhadap umatku, niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak (menggosok gigi) setiap akan melakukan solat.
Dari Muhammad yang diterima dari Abu Salamah yang diterimanya dari Abu Hurairah.
Dari Muhammad yang diterima dari Abu Salamah yang diterimanya dari Abu Hurairah. bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Seandainya tidak memberatkan terhadap umatku, niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak (menggosok gigi) setiap akan melakukan solat.
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "...... Sifat malu adalah sebahagian daripada iman."
[ Al-Bukhari ]
Berdasarkan Hadis diatas, aspek hadis adalah bersandarkan kepada ___________ Rasululah.
Percakapan
Perbuatan
Pengakuan atau persetujuan
Sifat
Malik R.A berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda".....solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.." [Al-Bukhari]
Berdasarkan Hadis diatas, aspek hadis adalah bersandarkan kepada ___________ Rasululah.
Percakapan
Perbuatan
Pengakuan atau persetujuan
Sifat
Sebagaimana Aishah berkata : "Aku bermain anak patung bersama rakan-rakanku. Apabila Rasulullah SAW masuk ke rumah, rakan-rakanku bersembunyi. Rasulullah SAW mengeluarkan mereka sehingga mereka dapat bermain denganku semula."
Berdasarkan Hadis diatas, aspek hadis adalah bersandarkan kepada ___________ Rasululah.
Percakapan
Perbuatan
Pengakuan atau persetujuan
Sifat
"Abu Said Al-Khudri berkata bahawa Rasulullah lebih pemalu daripada anak gadis sunti dibiliknya." [Al-Bukhari]
Berdasarkan Hadis diatas, aspek hadis adalah bersandarkan kepada ___________ Rasululah.
Percakapan
Perbuatan
Pengakuan atau persetujuan
Sifat
Berikut adalah peranan Hadis KECUALI....
Menguatkan hukum yang terdapat dalam Al-Quran
Menolak dalil dari Al-Quran
Memperincikan isi kandungan Al-Quran
Menjelaskan hukum yang tiada dalam Al-Quran
Hadis QUDSI adalah _____________
Makna dan lafaz daripada Allah
Makna daripada Allah dan lafaz daripada Rasulullah
Makna dan lafaz daripada Rasulullah
1) Dalil di atas merupakan dalil naqli bagi
A. Islam agama yang benar dan diredhai Allah
B. Kewajipan beriman kepada Allah yang bersifat Al-Khaliq
C. Islam agama fitrah
D. Allah sebagai pencipta sekalian makhluk
2) Sumber utama akidah Islam ialah x dan y . X dan Y ialah
A. X : Al-Quran, Y : Ijmak
B. X : As-Sunnah Y : Al-Qiyas
C. X : Rukun Iman, Y : Rukun Islam
D. X : Al-Quran, Y : Hadis
3) Akidah teras dalam kehidupan seorang muslim. Tanpa akidah, kehidupan manusia akan terumbang-ambing tanpa haluan ibarat kapal yang hanyut di tengah lautan. Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah bukan kepentingan akidah dalam kehidupan muslim?
A. Tunjang kekuatan ekonomi dan kewangan negara
B. Membentuk jati diri dan muslim sejati
C. Syarat amalan diterima Allah
D. Benteng daripada perkara yang khurafat dan syirik
4) Ayat ke 17 daripada Surah Al-Maidah ini menunjukkan bahawa
A. Allah Maha Kaya dan Pemberi Rezeki
B. Allah Maha Berkuasa terhadap langit dan bumi
C. Allah Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit dan di bumi
D. Allah Maha Pencipta, Pemilik , Pentadbir dan Penguasa alam yang berhak disembah
5) Keimanan kepada Allah memberikan kesan kepada kehidupan seseorang muslim.
Apakah contoh yang sesuai bagi kenyataan di atas?
A. Khalid ditimpa penyakit dan berdoa kepada Allah supaya menyembuhkannya tanpa berikhtiar
B. Abdullah tenang apabila terlibat dengan kemalangan dan mengucapkan “Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun”
C. Siti sanggup menyanyi di kelab malam untuk menyara keluarganya yang susah
D. Zuhdi rajin melakukan ibadat sunat di masjid untuk mendapatkan perhatian gurunya
1. Antara yang berikut yang manakah huruf izhar halqi
ق,ط,ب,ج,د
ء,ه,ع,ح,غ,خ
ي,و,م,ن
م,ب
1. Susun ayat di atas mengikut susunan yang betul.
4-3-1-2
4-2-1-3
3-4-1-2
3-4-2-1
Pilih sambungan ayat yang betul bagi ayat di bawah:
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ ..................... (256
عزيزٌ غفورٌ
عليمٌ خبير
سميعٌ عليمٌ
على كلِّ شيئٍ قديرٌ
Berikut merupakan potongan ayat 201 surah al-Baqarah:
(201)وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Berdasarkan analisis anda, manakah penerangan yang benar berdasarkan ayat di atas?
Memohon keberkatan daripada Allah di dunia dan akhirat dan dijauhkan daripada azab api neraka
Memohon kepada Allah agar beroleh keampunan di dunia dan akhirat dan dilindungi daripada azab api neraka
Memohon kepada Allah agar dikurniakan kebaikan di dunia dan akhirat dan dilindungi daripada azab api neraka
Memohon kepada Allah agar dikurniakan ihsan di dunia dan akhirat serta dilindungi daripada azab api neraka
Teliti potongan ayat 257 Surah al-Baqarah di bawah:
اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ
يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Berapakah bilangan hukum Alim Lam Syamsiah yang terdapat dalam ayat di atas?
7
8
9
Tiada
Berapakah harakat dengung yang perlu dibaca pada perkataan bergaris?
(وَاعْفُ عنّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ ...إلخ (286) (البقرة
1
2
4
6
فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ ۖ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ (36
Berdasarkan pengajaran ayat di atas, berikut ialah cara iblis menyesatkan manusia, kecuali
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
Menghasut manusia supaya melaksanakan suruhan Allah
Mengajak manusia supaya melakukan larangan Allah
Menggalakkan amalan sesat
"Kita sering mendengar mengenai kewujudan ajaran sesat seperti Ayah Pin dan Tuhan Harun"
Berdasarkan penyataan di atas, apakah sebab berlakunya masalah ajaran sesat?
Terlampau taksub dengan kuasa
Ingin mencapai keredaan Allah SWT
Mengejar kebahagiaan dunia
Terpesong daripada al-Quran dan as-Sunnah
"Walaupun diuji dengan penyakit kanser, Aminah tetap menghadapinya dengan kesabaran dan tidak menyalahkan takdir"
Pada pendapat anda, apakah ciri seorang mukmin yang terdapat pada Aminah?
Mengesakan Allah dengan berdoa, bertawakal dan berharap
Mengesakan Allah dalam semua jenis ibadah
Takut kepada Allah
Kecintaan yang mutlak kepada Allah
Amanah dari segi bahasa ialah :
Tunai solat
Tunai zakat
Tunai janji
Amanah dari segi istilah ialah setiap sesuatu yang ________________ dalam urusan harta benda, kehormatan dan kerahsiaan
dipertanggungjawabkan
diabaikan
dipermainkan
Dalil berkaitan amanah, firman Allah SWT di dalam surah __________ :
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Yusuf : ayat 54
An naml : ayat 39
An nisa' : ayat 58
Dalil berkaitan amanah, firman Allah SWT di dalam surah __________ :
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Yusuf : ayat 54
An naml : ayat 39
An nisa' : ayat 58
3 kepentingan sifat amanah :
Tanda orang beriman
Tidak dipercayai dan disenangi
Mudah melintasi titian sirat
Pengurusan baik dan lancar
2 Cara mengamalkan sifat amanah terhadap keluarga :
Memusuhi adik-beradik
Bertanggungjawab terhadap amanah keluarga
Taat kepada ibu bapa
2 Cara mengamalkan sifat amanah terhadap masyarakat :
Menghormati jiran, guru, rakan, dan masyarakat sekeliling
Menyertai program kemasyarakatan
Memecah-belahkan keharmonian masyarakat
2 Implikasi tidak amanah terhadap diri :
Menjejaskan iman
Hilang kepercayaan kepada orang ramai
Diredai Allah SWT
2 Implikasi tidak amanah terhadap keluarga :
Menjadi anak yang soleh
Mencemarkan nama baik keluarga
Hubungan kekeluargaan menjadi renggang
Implikasi tidak amanah terhadap masyarakat :
Masyarakat tidak harmoni
Keselesaan awam terpelihara
Pilih ciri-ciri pelajar yang tidak amanah :
Suka ponteng kelas
Tidak melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru
Berdisiplin dan menepati waktu
Belajar dengan bersungguh-sungguh
Rasulullah SAW sangat _______________________ oleh masyarakat Arab Jahiliyyah buktinya mereka tetap mengamanahkan baginda untuk menyimpan barang berharga milik mereka.
diragui dan dibenci
dikhianati dan dianiayai
dipercayai dan disenangi
Orang yang mengkhianati amanah tergolong dalam kalangan orang _____________.
Mukmin
Munafiq
Musyrik
Orang yang menjaga amanah mampu melintas titian ___________ dengan lancarnya tanpa sebarang halangan.
As-Sirat
An-Niran
Al-Kautsar
Antara tiga kepentingan sifat amanah ialah
Tanda orang beriman
Mudah melintasi titian sirat
Pengurusan baik dan lancar
Tidak dipercayai dan disenangi
Antara dua cara mengamalkan sifat amanah terhadap masyarakat ialah
Menghormati jiran, guru, rakan, dan masyarakat sekeliling
Memecah-belahkan keharmonian masyarakat
Menyertai program kemasyarakatan
Ciri al-Quran menurut ayat 2 surah al-Baqarah ialah
i - Tiada sebarang syak padanya
ii - Panduan bagi orang yang bertakwa
iii - Memberi pengajaran daripada Allah
iv - Terpelihara daripada sebarang perubahan
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
ii dan iv
Golongan yang mempunyai ciri orang bertakwa tergolong dalam kalangan orang yang _____________
insaf
berjaya
beriman
menyerah diri kepada Allah
Allah menyeru hamba-Nya agar memohon kebahagiaan dalam urusan ___________
dunia sahaja
akhirat sahaja
dunia dan akhirat
kehidupan dan kematian
Berikut adalah contoh kebahagiaan dunia KECUALI
kesihatan yang baik
rezeki yang berkat
rumah yang selesa
telefon yang mahal
Antara contoh kebahagiaan akhirat ialah _________
Keampunan Allah
Kemewahan dunia
Dihisab secara terbuka
Terhindar daripada api neraka
Allah Maha Suci daripada sifat ___________ seperti mengantuk dan tidur.
kesyirikan
kekurangan
kesempurnaan
kebijaksanaan
Syaitan memimpin orang kafir kepada
i - Kejahilan
ii - Keimanan
iii - Kekufuran
iv - Kebijaksanaan
i dan ii
i dan iii
ii dan iii
ii dan iv
Islam bukan agama ___________
paksaan
rasional
keyakinan
kefahaman
Berikut ialah contoh amalan zahir KECUALI
solat
puasa
zakat
ikhlas
Rasul dan__________ yakin dengan risalah tauhid yang diturunkan oleh Allah.
orang kafir
orang beriman
orang musyrik
orang berilmu
Kebaikan yang dilaksanakan akan
diberi pahala
dibalas dengan dosa
dihisab di akhirat kelak
semua jawapan di atas
" Terdapat empat huruf yang keluar dari makhraj ini iaitu waw(و), ba(ب), mim(م) dan fa(ف)"
Pernyataan di atas merujuk kepada ___________
al-Jauf
al-Lisan
al-Khaisyum
asy-Syafatain
Hukum membaca isti;azah setiap kali hendak membaca al-Quran adalah ____________
wajib
sunat
harus
digalakkan
Ucapan basmalah mengajar kita supaya ________
ikhlas
sabar
reda
tenang
"Memohon kepada Allah untuk mendapatkan kebaikan serta menolak keburukan dunia dan akhirat"
Pernyataan di atas merujuk kepada
isti'azah
basmalah
'ubudiyah
isti'anah
Allah memerintahkan iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam untuk _____________
menyembahnya
memuliakanya
tanda hormat kepadanya
mengikis sifat sombong yang ada padanya
Berikut ialah cara iblis menyesatkan manusia KECUALI
menggalakkan amalan sesat
menimbulkan rasa waswas dalam diri manusia
menghasut manusia supaya meninggalkan suruhan Allah
mengajak manusia supaya meninggalkan larangan Allah
Antara hikmah manusia diuji ialah __________
dia dikabulkan oleh Allah
amal ibadah diterima oleh Allah
meningkatkan ketakwaan manusia
terhindar daripada hasutan syaitan
Berikut adalah ciri makanan yang baik KECUALI
sedap
bersih
seimbang
berkhasiat
Berikut ialah akibat pengambilan makanan yang haram dari sudut rohani KECUALI
doa tidak mustajab
mendapat penyakit
terdorong melakukan kejahatan
tidak mendapat kemanisan beribadah
