Font size
WorksheetsMODEL KERTAS BM 1
Total questions: 10
Worksheet time: 30mins
Minyak masak yang disimpan terlalu lama akan menjadi__________.
basi
busuk
tengik
hangit
Encik Fariz__________meninggalkan pejabatnya setelah menerima panggilan kecemasan daripada pihak hospital.
tergopoh-gapah
terhuyung-hayang
terkontang-kanting
terpontang-panting
Ahli-ahli panel rancangan itu _________ isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negara kita.
melafazkan
mengucapkan
menceritakan
memperdebat
Ibu bapa perlulah memberi kasih sayang __________ perhatian yang secukupnya kepada anak-anak __________ mereka berasa dihargai.
dan ..... supaya
atau ..... kerana
dengan ..... bahawa
lalu ..... sehingga
Natasha mengetahui keadaan di kota London kerana dia __________ melawat ke sana.
dapat
masih
pernah
belum
Orang buta itu __________ lantai untuk mencari tongkatnya yang terjatuh.
mencuit
meraba
menyentuh
menyinggung
Sultan terlalu __________ kerana puteri baginda yang sudah lama gering belum menunjukkan tanda-tanda akan sembuh.
murka
masygul
berkenan
bertitah
Tanah yang seluas __________ ekar di hujung kampung itu masih terbiar.
seluruh
sesuatu
setengah
sekalian
Peribahasa yang sesuai untuk penyataan di atas ialah __________.
biar lambat, asal selamat
biar mati anak, jangan mati adat
biar putih tulang, jangan putih mata
biar pecah perut, jangan pecah di mulut
Puan salwa melarang anaknya melayari laman sosial terlalu lama.
Perkataan sinonim bagi melarang.
menegah
menangkis
mengawal
mengadang
