NEW
Font size
Worksheetslatihan tatabahasa tahun 6
Total questions: 15
Worksheet time: 14mins
“_________________ tidak pernah melihat kamu sebelum ini. Kamu murid baharu?” tanya Sarah kepada Dev.
Aku
Saya
Kami
Kita
Zuraidah berasa ______________ kerana keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan
gusar
kecewa
celaru
keliru
Izwan menunjukkan se ____________ rantai mutiara yang ditemuinya di tepi padang permainan.
lingkar
untai
lembar
urat
Suasana ___________ di dalam stadium tiba-tiba senyap apabila penyair itu mendeklamasikan sajaknya.
hura-hara
kacau-bilau
hiruk-pikuk
kucar-kacir
_________________, kasihan betul nasib pak cik yang berpakaian compang-camping itu!
A. Wah C. Aduhai
B. Aduh D. Wahai
Wah
Aduh
Aduhai
Wahai
Pak Jamal _____________ kambingnya pada sebatang pokok agar tidak terlepas lagi.
melilit
menambat
mengikat
membelit
Hukuman yang lebih berat akan dikenakan atas _____________ memberikan rasuah kepada penjawat awam.
kecuaian
kesalahan
kelalaian
kesilapan
Sesiapa yang berminat untuk menjayakan teater muzikal terbaharu arahan pengarah muda itu perlu menjalani _____________ terlebih dahulu.
uji kaji
uji bakat
temu janji
temu ramah
Dia mendapat jawatan itu kerana kelulusannya baik. _______________, dia mahir menggunakan komputer.
Malahan
Sebaliknya
Tambahan pula
Sehubungan dengan itu
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Mengapakah mesyuarat antara penduduk di kawasan itu perlu disegerakan?
Mesyuarat itu akan diadakan pada malam ini
Mesyuarat itu melibatkan kaum lelaki sahaja.
Mereka telah mencapai kata sepakat setelah bermesyuarat semalam.
Mereka ingin membincangkan masalah pecah rumah yang berleluasa sekarang.
Bakul itu hasil daripada _____________ orang buta yang tinggal di rumah kebajikan itu.
bekas tangan
buah tangan
wang saku
sagu hati
Cikgu Alfie mendesak Maisarah supaya menceritakan perkara sebenar kes buli yang berlaku kepadanya.
Pilih perkataan sinonim bagi mendesak.
merayu
merungut
memaksa
menyuruh
“Tolong kutip sampah yang bertaburan itu,” kata Cikgu Razman kepada murid-muridnya.
Pilih perkataan antonim bagi kutip.
angkat
buang
pungut
campak
______________ orang murid sekolah itu mengalami muntah selepas makan makanan yang dijual di gerai berhampiran sekolah.
Setiap
Setengah
Beberapa
Sebilangan
Pilih ayat yang mengunakan perkataan bergaris dengan betul.
I.Humairah mengacau air kopi yang dibancuh sebelum meminumnya.
II. Bunyi bising jentera berat itu mengacau ketenteraman hidup penduduk.
III. Ayah tidak dapat tidur kerana fikirannya mengacau teringatkan kerja yang belum selesai.
IV. Johari telah mengacau masa yang ada dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
