WorksheetsRBT THN 5
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pertanian bandar merupakan aktiviti bercucuk tanam bagi..
(boleh pilih lebih dari 1 jawapan)
menghasilkan tanaman makanan
mencantikkan landskap rumah
menambah pendapatan
membekalkan produk sayuran kepada pemborong
Pertanian bandar merujuk kepada ..
penanaman secara ladang
penggunaan teknologi dan mesin pertanian yang moden
penanaman di kawasan yang terhad
penggunaan buruh yang ramai
Penanaman bandar boleh menggunakan kaedah berikut
konvensional
penanaman dalam pasu
menggunakan teknologi moden
penggunaan rumah hijau berskala besar
Berikut ialah kebaikan bagi pertanian bandar kecuali
menghasilkan sumber makanan sendiri
memelihara alam sekitar
mencantikkan kawasan rumah
mengubah taman rekreasi menjadi kebun persendirian
Ayah Alia menggunakan sisa buangan dapur untuk digunakan pada sayuran mereka yang ditanam di tepi rumah. Pernyataan ini merujuk kepada
mencantikkan landskap rumah
menambah pendapatan
menggunakan baja kompos
menggunakan ruang sepenuhnya
Emak Azri membiak dan menanam pokok bunga orkid dan menjualnya secara atas talian.
Pernyataan ini merujuk kepada
menggunakan bahan terpakai
menambah pendapatan
mengelakkan pembaziran
menghasilkan sumber sayuran sendiri
Sammy dan kawan-kawannya memilih untuk menggunakan botol mineral terpakai sebagai medium penanaman dalam projek RBT kelas mereka.
Pernyataan ini merujuk kepada
(boleh tanda lebih dari 1 jawapan)
menjimatkan kos
menjana pendapatan
mengitar semula
mengelakkan penggunaan baja kimia
Ibu Anne menanam sendiri serai, kesum, terung dan cili di dalam pasu di tepi rumah mereka.
Pernyataan ini merujuk kepada
menghasilkan sumber makanan sendiri
menjimatkan kos sara hidup
menggunakan masa dengan aktivit yang berfaedah
mengoptimumkan ruang kediaman dengan bijak
Pilih tanaman yang sesuai ditanam dalam botol secara bertingkat pada dinding
betik
halia
durian
strawberi
Nagarajan tinggal di tingkat 5 di sebuah perumahan rumah pangsa.Pilih tanaman yang tidak sesuai ditanam di rumahnya.
bawang
serai
cili
mangga
