Worksheetstingkatan 4
Total questions: 23
Worksheet time: 12mins
Kesan Perubahan Persekitaran terhadap organisasi perniagaan kepada pasaran termasuklah :
I Citarasa, fesyen dan gaya hidup
II pendapatan
III Guna tenaga
IV Lambakan barang import
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Penurunan dalam trend ______________________ menyebabkan kadar pengangguran meningkat seterusnya menyebabkan kutipan cukai oleh kerajaan berkurangan.
A Guna tenaga
B Pendapatan
C Pertumbuhan ekonomi
Pembangunan teknologi
Berikut merupakan kesan trend meningkat
I Permintaan terhadap barang dan perkhidmatan menurun
II Pendapatan kerajaan akan meningkat
III Kadar pengangguran berkurangan
IV Aktiviti perniagaan menjadi perlahan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Akta yang manakah dapat melindungi perniagaan daripada sebarang penipuan?
Akta Persaingan 2010
Akta Hak Cipta 1987
Akta Syarikat 1965
Akta Kontrak 1950
Maklumat di atas merupakan satu situasi dalam perniagaan.
Apakah akta yang berkaitan dalam mengatasi situasi di atas?
Akta Kontrak 1950
Akta Hak Cipta 1987
Akta Persaingan 2010
Akta Syarikat 1965
Pilih pernyataan yang betul mengenai kesan perubahan dari aspek undang-undang.
Mengelakkan lambakan barang di pasaran
Mengelakkan sistem perniagaan yang adil
Melindungi hak semua pihak dalam perniagaan
Melindungi perniagaan daripada sebarang risiko kerugian
Manakah kesan trend penurunan dalam guna tenaga?
Kadar pengangguran meningkat
Pendapatan boleh guna meningkat
Merancakkan pertumbuhan ekonomi
Pengurangan dalam penggunaan teknologi
Pernyataan manakah yang benar tentang visi?
I. Menggambarkan matlamat jangka panjang yang ingin
dicapai
II. Mengambil masa melebihi lima tahun untuk
mencapainya
III. Menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
IV. Menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut menunjukkan pernyataan visi bagi sebuah organisasi perniagaan.
VISI
“Menjadi syarikat pengeluar sarung tangan getah yang terunggul di Malaysia.”
Pernyataan manakah yang benar tentang tujuan visi di atas?
Pelabur memerlukan visi tersebut untuk tujuan membuat pelaburan
Pekerja menjadikan visi tersebut untuk menyokong usaha mereka
Pengurus menjadikan visi tersebut sebagai panduan membuat keputusan
Pemilik memerlukan visi tersebut untuk memaksimumkan keuntungan
Apakah yang dimaksudkan dengan misi?
Panduan dalam membuat keputusan
Pembentukan matlamat yang lebih khusus
Penetapan perancangan jangka masa panjang perniagaan
Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan perniagaan
Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?
Motivasi pekerja akan terjejas
Imej produk terjejas di mata pengguna
Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan
Terpaksa mengurangkan harga jualan barang
Bagaimanakah carta organisasi berfungsi dalam menyampaikan visi sebuah syarikat?
I Mendorong semua pihak untuk mencapai matlamat
II Melaksanakan matlamat perniagaan secara spesifik
III Menyampaikan maklum balas dari pekerja kepada pihak
atasan
IV Menyebarkan hala tuju perniagaan kepada pekerja
melalui pengurus
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif sesebuah perniagaan.
Perniagaan Perabot G2 Enterprise menyediakan jadual kerja untuk menyiapkan perabot mengikut tempahan pelanggan.
Apakah ciri objektif yang terlibat?
Spesifik
Munasabah
Jangka masa
Boleh diukur
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif dalam perniagaan.
Pacific Aero Products Co., sebuah syarikat pengeluar kapal terbang berjenama Boeing menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan kapal terbangnya.
Apakah ciri objektif tersebut?
Spesifik (specific)
Munasabah (realistic)
Boleh dicapai (attainable)
Jangka masa (time frame)
Apakah maksud berdaya saing perniagaan?
Jenama produk mendapat sambutan di pasaran
Kemampuan untuk terus bertahan dalam industri
Perniagaan menikmati kedudukan kewangan yang baik
Kemampuan untuk melakukan promosi yang berterusan
Manakah yang merupakan faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif organisasinya?
Sumber manusia
Ekonomi
Undang-undang
Politik
Maklumat yang berikut berkaitan dengan Syarikat Megaply Sendirian Berhad.
Syarikat Megaply Sendirian Berhad mengeluarkan perabot untuk pasaran tempatan. Syarikat mempunyai sebuah kilang dan seramai 30 orang pekerja. Jumlah untung bersih terkumpul untuk 5 tahun yang lepas adalah sebanyak RM5.5 juta. Baru-baru ini,syarikat mengambil keputusan untuk memasuki pasaran antarabangsa dalam jangka setahun. Justeru,syarikat menimbangkan untuk membina sebuah kilang baharu bernilai RM150 juta dan mengambil seramai 250 orang pekerja baharu.
Apakah ciri objektif yang baik yang gagal dipenuhi oleh Syarikat Megaply Sendirian Berhad?
Spesifik
Jangka masa
Boleh diukur
Boleh dicapai
Apakah kepentingan visi kepada perniagaan?
Membantu perniagaan membuat perancangan
Menentukan hala tuju yang ingin dicapai oleh perniagaan
Mengenal pasti tujuan penubuhan sesebuah perniagaan
Menyediakan satu asas bagi memperuntukan sumber organisasi
Antara berikut yang manakah kesan kepada perniagaan sekiranya gagal mencapai objektif?
Jualan merosot
Imej terjejas
Menghentikan pembayaran balik hutang
Menghentikan pembelian bahan mentah atau barang niaga
Butiran manakah diklasifikasikan sebagai kos tetap?
Insurans kedai
Belanja alat-alat kecil
Upah pekerja produktif
Kos belian bahan mentah
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan objektif perniagaan?
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
Menyelaras pernyataan visi dan misi
Boleh dicapai dalam jangka masa yang pendek
Menggambarkan sasaran yang ingin dicapai secara spesifik
Pernyataan berikut merupakan objektif bagi sebuah syarikat pengeluaran biskut coklat.
“Syarikat Biskut Coklat Yammi akan mengeluarkan sebanyak 60 000 bungkus biskut coklat pada tahun hadapan”
Apakah ciri objektif yang dapat dipenuhi oleh syarikat tersebut?
Boleh diukur
Munasabah
Jangka masa
Boleh dicapai
Maklumat berikut berkaitan Visi Petronas.
VISI PETRONAS
“Menjadi pembekal minyak yang terkemuka bukan sahaja di negara Malaysia,malahan pada peringkat antarabangsa”
Manakah penetapan misi yang membuktikan Petronas mencapai visi tersebut?
Mendorong semua pihak berkepentingan bekerjasama melaksanakan visi
Menjalankan aktiviti organisasi pada masa sekarang
Memudahkan pengagihan sumber berkaitan kepada unit dalam organisasi
Menetapkan sasaran yang ingin dicapai secara khusus
