WorksheetsKata Hubung
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Lina singgah di bazar untuk membeli cenderamata _____ tiada satu pun yang menarik hatinya.
tetapi
kerana
supaya
Usahlah kita cepat melatah _____ perlakuan salah kita ditegur oleh orang lain.
setelah
apabila
manakala
Ibu menyuruh Danial membancuh air kopi _____ ibu menyiapkan cucur cempedak untuk minum petang.
sambil
jika
sementara
Puan Siti menasihati anaknya _____ pandai menjaga diri ketika berada di rantau orang.
sambil
dan
agar
Makanan mentah seperti ayam dan ikan hendaklah disimpan di dalam bekas yang berasingan ____ tidak mudah tercemar.
manakala
supaya
jika
Kerja ini tidak dapat disiapkan mengikut jadual ____ kita asyik berlengah-lengah.
lalu
sambil
jika
Cikgu Rizman ternampak cebisan kertas di bawah meja __________ mengambilnya untuk dibuang ke dalam tong sampah.
dan
lalu
atau
Suzi tetap mahu bekerja di bandar ____________ ditentang oleh abangnya.
walaupun
supaya
manakala
Razif menggilap sepatu yang hendak dipakainya ke majlis itu ____________ kelihatan menarik.
untuk
kerana
supaya
Jamilah berjanji dengan Anis untuk bertemu di Restoran Sampan pada pukul lapan malam _______________ dia berangkat ke Australia esok.
apabila
sebelum
sekiranya
Najwa mengulang kaji pelajaran dengan tekunnya _____________ mendapat kejayaan yang cemerlang kelak.
agar
kerana
tatkala
Wanita itu cantik ______________ tidak berbudi bahasa.
sambil
tetapi
kecuali
Kereta itu terbabas _____________ terhumban ke dalam gaung.
dan
lalu
tetapi
Anggota tentera itu kehilangan kaki kanannya ____ terkena jerangkap samar dalam satu operasi hutan.
atau
lalu
kerana
Halim menonton drama di televisyen ____ melipat kain.
sambil
lalu
kerana
Shiela membeli barang melalui Internet ____ barang itu belum sampai lagi.
jika
kerana
tetapi
Anak kucing itu cepat-cepat menyorok di bawah sofa ____ melihat Kamal masuk.
lalu
apabila
walaupun
Encik Zamani berniaga nasi lemak setiap hari ____ hari Jumaat.
dan
kecuali
serta
Yati ____ Yana ialah saudara kembar tidak seiras.
dan
atau
serta
____ kecil lagi Julia tinggal dengan neneknya.
Apabila
Sejak
Jika
Johari menyatakan ____ dompetnya tercicir sewaktu dia behimpit-himpit di stadium itu.
apabila
sambil
bahawa
Aktiviti kokurikulum sangat penting ____ dapat membentuk disiplin diri dan memupuk sikap bekerjasama.
kerana
apabila
bahawa
Kamu mahu bercuti ke Pulau Tioman ____ Pulau Pangkor?
atau
dan
lalu
Masni akan pergi ke pesta buku itu _____ ibunya memberikan kebenaran.
sambil
kerana
jika
Encik Latif segera mencapai kunci keretanya di atas meja ____ keluar untuk pergi ke pejabat.
sambil
lalu
jika
