NEW
Font size
WorksheetsKuiz Sejarah T2 (Bab 1-3)
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
1. Tokoh manakah yang menyatakan konsep Alam Melayu di bawah?
Merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura,
selatan Thailand dan Filipina.
A Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi
B Profesor Dr. Ding Choo Ming
C Alfred Russel Wallace
D Abdul Hadi Haji Hassan
2. Penduduk Alam Melayu mempunyai
ikatan keserumpunan.
Antara berikut, yang manakah aspek keserumpunan tersebut?
I Agama
II Bahasa
III Budaya
IV Ekonomi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
3. Mengapakah kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China dan India?
A Memajukan ekonomi
B Mengukuhkan kedudukan
C Mengembangkan pengaruh agama
D Mendapatkan bantuan ketenteraan
4. Apakah nilai yang boleh dicontohi oleh masyarakat pada hari ini daripada kerajaan masyarakat kerajaan Alam Melayu yang membawa banyak kemajuan dalam pelbagai bidang?
A Kerajinan
B Kejujuran
C Ketabahan
D Keterbukaan
5. Kerajaan Funan dibahagikan kepada tujuh buah wilayah.
Siapakah yang dilantik untuk mengetuai wilayah-wilayah tersebut?
A Putera raja
B Pembesar pusat
C Golongan agama
D Golongan tentera
6. Maklumat berikut berkaitan dengan gelaran raja di kerajaan Alam Melayu.
· Maharaja
· Sri Maharaja
· Sri Bathara
Apakah kerajaan yang menggunakan gelaran tersebut?
A Kerajaan Angkor
B Kerajaan Majapahit
C Kerajaan Kedah Tua
D Kerajaan Gangga Nagara
7. Mengapakah pemerintah kerajaan Angkor membina baray?
A Menyimpan air
B Menyuburkan tanah
C Mengelakkan banjir
D Mempertahankan negara
8. Kerajaan Majapahit telah membina beberapa sistem pengairan.
Apakah kesan pembinaan sistem pengairan tersebut?
A Melicinkan kegiatan menternak binatang
B Memudahkan kemasukan pedagang luar
C Meningkatkan pengeluaran padi sawah
D Mengatasi masalah banjir
9. Sistem tulisan dan bahasa masyarakat kerajaan Alam Melayu dikaitkan dengan pengaruh daripada India.
Apakah jenis tulisan tersebut?
A Sanskrit
B Tamil
C Kawi
D Pegon
10. Sistem tulisan merupakan cetusan daripada tradisi lisan masyarakat kerajaan Alam Melayu.
Apakah tema tradisi lisan ini ?
A Tumbuh-tumbuhan
B Binatang
C Bintang
D Air
