Font size
WorksheetsKMK:Cerpen Air Mata Dalang
Total questions: 26
Worksheet time: 13mins
Siapakah yang menegur Pak Yasok kerana masih ingin menjadi tok dalang sehingga membuat Pak Yasok terasa hati.
Mak Esah
Faezah
Nora
Sauki
Faezah percaya patung wayang akan meminta nyawa di akhirat kelak. Kata-kata ini telah membuatkan...
Pak Yasok semakin gigih memahat belulang patung wayang kulit
Ustaz Sauki sekeluarga tidak pulang kerumah
Berlaku pergaduhan antara Sauki dan Faezah
Pak Yasok tersinggung
Apakah pengakhiran kepada watak Ustazah Faezah dalam cerpen Air Mata Dalang?
Ustazah Faezah merajuk selepas bergaduh dengan Pak Yasok
Faezah sedar akan kesilapannya dan memohon maaf kepada Pak Yasok
Pak Yasok telah memarahi Ustazah Faezah kerana menghina pekerjaannya
Ustaz Sauki sekeluarga sudah tidak pulang ke kampung
Nyatakan persoalan yang terdapat dalam cerpen Air Mata Dalang.
Persoalan tentang sikap tidak menghormati orang tua
Persoalan tentang semangat cinta seseorang akan warisan budaya
Persoalan tentang hubungan yang erat antara Pak Yasok dan Mak Esah
Persoalan tentang kecintaan terhadap ilmu perdalangan
Hubungan kekeluargaan yang erat dapat dirasakan apabila anak-anak Pak Yasok tetap pulang ke kampung ketika upacara memperlimau walaupun mereka sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Berdasarkan contoh tersebut, nilai apakah yang ingin ditonjolkan?
Nilai bertanggungjawab
Nilai kasih sayang
Nilai cinta akan warisan budaya
Nilai ketaatan
Nyatakan perwatakan Pak Yasok.
Seorang yang pemaaf
Merupakan tok dalang wayang kulit di Kuala Lumpur
Mempunyai lima orang anak
Seorang yang pedendam
Seorang yang mempunyai pelbagai bakat dan kemahiran seperti menari dan bermain alat-alat muzik. Watak yang dimaksudkan ialah
Mak Esah
Sulidah
Nora
Faezah
Walaupun Pak Yasok hanya bekerja sebagai Tok Dalang, namun dia masih mampu untuk menanggung isteri dan anak-anaknya. Hasil duit ringgit pekerjaan dalam wayang kulit digunakannya untuk membiayai pengajian anak-anaknya sehingga ke pengajian tinggi dan menjadi orang yang berjaya. Contoh tersebut menunjukkan Pak Yasok seorang yang
bertanggungjawab
penyayang
taat
pemurah
Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam cerpen tersebut, kecuali...
Kita hendaklah taat kepada kedua-dua ibu bapa kita
Kita perlulah mempertahankan warisan budaya peninggalan nenel moyang
Kita wajiblah mendalami ilmu perdalangan
Kita hendaklah mempunyai sikap tanggungjawab dalam diri
Hujan turun tanpa hentinya. Air mula berladung di mana-mana. Pak Yasok kesejukan di atas beranda rumah tua perabung lima. Hujan terus turun dan turun tanpa ada petanda akan berhenti.
Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua gaya bahasa.
Kata ganda dan asonansi
Kata ganda dan sinkope
Kata ganda dan Epifora
Kata ganda dan repitisi kata
Pak Yasok ke surau dan ke masjid seperti orang lain juga.
Petikan ini jelas menunjukkan persoalan....
Ketaatan terhadap perintah tuhan
Kepatuhan
Keinsafan terhadap kesalahan lalu
Kerajinan untuk ke tempat ibadat
'Sauki pun tak patut membiarkan isterinya yang menasihati aku,' bisik Pak Yasok.
Petikan ini menunjukkan bahawa teknik plot yang digunakan ialah teknik...
Dialog
Monolog luaran
Kejutan
Saspens
Ketika itu pelbagai ingatan menyusup masuk ke dalam fikirannya. Dia teringatkan kata-kata menantunya yang ustazah itu. "Ayah berhentilah buat kerja yang sia-sia ini, ayah. Patung wayang yang ayah buat itu akan minta nyawa di akhirat kelak.
Berdasarkan petikan di atas, pilih dua teknik penceritaan yang digunakan.
Teknik dialog
Teknik monolog dalaman
Teknik imbas muka
Teknik imbas kembali
Pak Yasok benar-benar terhiris akan kata-kata itu. Sepanjang hidupnya sebagai dalang wayang kulit, itulah penghinaan yang paling hina yang pernah diterimanya.
Berikan satu pengajaran berdasarkan petikan di atas.
Kita janganlah bertindak terburu-buru
Kita janganlah menghina orang lain
Kita haruslah tabah menghadapi dugaan
Kita hendaklah taat pada perintah tuhan
Matahari yang masih malu-malu itu memercikkan sinar cahaya kecil yang jatuh di atas daun-daun yang masih lembap dan basah.
Nyatakan satu gaya bahasa perbandingan dalam petikan di atas.
Sinkope
Kata ganda
Asonansi
Personifikasi
Anak-anak Pak Yasok bernama...
Sauki
Syauqina
Sulida
Naemah
Masa yang diperlukan oleh Nora untuk mendalami ilmu perdalangan adalah selama....
tiga bulan
dua bulan
tiga minggu
tiga hari
Mula dari hari itu, Nora setiap hari selama tiga bulan, bersila di hadapan kelir wayang kulit Pak Yasok.
Petikan ini jelas menunjukkan Nora merupakan seorang yang...
rajin mencari rezeki
menepati waktu
taat pada arahan majikan
gigih menuntut ilmu
Faezah menerkam ke tangan Pak Yasok dan mencium. Pak Yasok belum sempat berkata apa-apa, hanya air matanya yang mengalir ketika itu.
Nyatakan satu perwatakan Faezah berdasarkan petikan di atas.
Seorang yang sedih
Seorang yang insaf
Seorang yang angkuh
Seorang yang baik hati
Kalau ada sakit demam atau mati relai, latihan menabuhkan gong gendang dihentikan sebagai menghormati saudara-mara sekampung.
Petikan di atas menggambarkan latar masyarakat...
Masyarakat yang setia
Masyarakat yang bekerjasama
Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan
Masyarakat yang mempunyai ramai saudara
Sauki, Sulida dan Naemah semuanya masuk sekolah hingga ke universiti dengan duit hasil wayang kulit.
Persoalan yang terdapat dalam petikan di atas ialah.
Tanggungjawab bapa dalam membesarkan anak-anaknya.
Kesungguhan
Kepayahan hidup
Kesetiaan kepada anak-anak
Dia memandang sebuah kereta Kembara JFX 995 yang membelok masuk ke halaman rumahnya. Siapakah yang ke mari dalam hujan-hujan begini?
Teknik penceritaan yang digunakan dalam petikan di atas ialah....
Dialog
Imbas muka
Kejutan
Saspens
Aku ini dalang seasal dan dalang seusul.
Berikan satu gaya bahasa dalam petikan di atas.
Asonansi
Aliterasi
Repitisi kata
Metafora
Hujan turun tanpa hentinya.Air mula berladung di mana-mana. Pak Yasok kesejukan di atas beranda rumah tua perabung lima.
Apakah latar yang terdapat di dalam petikan?
Latar masa
Latar tempat
Latar masyarakat
" Kalau pak cik tak pandai pun tak mengapa. Saya cuma nak tanya,sanggupkah pak cik mengajar saya menjadi dalang?"
Petikan di atas menunjukkan masyarakat yang....
Masyarakat Melayu negeri Kelantan
Masyarakat yang mencintai seni warisan wayang kulit
Masyarakat yang menghormati orang tua
Detik pun sampai, malam memperlimau telah pun tiba. Ir Sulida, anak Pak Yasok yang menjadi jurutera di Miri telah balik. Dr.Naemah anak gadis Pak Yasok yang menjadi doktor di Hospital Kulim juga balik. Semua orang kampung telah sampai selepas berjemaah Isyak di masjid.
Latar yang terdapat dalam petikan ialah..
latar masyarakat,latar tempat,latar masyarakat,latar masa
latar tempat,latar masyarakat,latar masyarakat
latar masa, latar tempat , latar masa, latar masyarakat
latar masa,latar tempat,latar tempat,latar masa
