Font size
WorksheetsKUIZ SEJARAH
Total questions: 25
Worksheet time: 9mins
Mengapakah tamadun awal dunia bermula dan berkembang di kawasan lembah sungai?
Membekalkan sumber makanan
Mengelak daripada bencana alam
Mengelak serangan binatang buas
Membekalkan air kepada tanaman
Berikut merupakan tamadun awal dunia, kecuali
Tamadun Mesopotamia
Tamadun Mesir Purba
Tamadun Yunani
Tamadun Indus
Manakah antara berikut merupakan kerajaan terawal dalam Tamadun Mesopotamia?
Asyria
Akkad
Babylon
Sumeria
Pilih pernyataan yang benar tentang Bulan Sabit Subur.
Kawasan yang subur dan luas
Terletak di tengah-tengah negara kota
Dibina daripada simen yang dijadikan bata
Berkembang menjadi sebuah bandar besar
Mengapakah Mesir dikatakan hadiah Sungai Nil?
Sungai Nil merupakan pelabuhan terkenal
Sungai Nil membawa lumpur hitam yang subur
Sungai Nil membekalkan sumber makanan mencukupi
Sungai Nil sebagai jalan pengangkutan dan perhubungan
Antara berikut, yang manakah merupakan sumbangan Tamadun Mesir Purba dalam aspek teknologi?
Pembinaan terusan dan pengairan
Penciptaan kompas magnetik
Penciptaan alatan besi
Penciptaan emas
Sumbangan utama Tamadun Indus kepada dunia ialah
Sistem tulisan
Sistem kalendar
penciptaan roda
perancangan bandar
Apakah fungsi binaan Zigurat dalam Tamadun Mesopotamia?
Rumah ibadat
Pusat pendidikan
Dewan perhimpunan
Menyimpan mayat raja
Apakah sumbangan Hammurabi dalam Tamadun Mesopotamia?
Mencipta wang syiling
Memperbaiki sistem pungutan cukai
Mewujudkan kod Undang-undang Hammurabi
Membina sistem perparitan dan pembentungan
Raja dalam Tamadun Mesir Purba dikenali sebagai Firaun. Apakah sumbangan beliau dalam mewujudkan keamanan di Mesir Purba?
Memperbaik sistem pungutan cukai
Membina terusan bagi mengairi kawasan pertanian
Membentuk kestabilan dan kemakmuran ekonomi
Menggalakkan kegiatan perdagangan menggunakan jalan sungai
Pembangunan pertanian dalam Tamadun Huang He telah menyumbang kepada kemajuan
teknologi pengairan
teknologi pembajakan
penciptaan cangkul dan besi
penciptaan kenderaan beroda
Mengapakah masyarakat Mesopotamia membina dinding besar mengelilingi setiap bandar
Menjadi sempadan
Mengelakkan banjir
Menghalang tiupan angin
Mengelakkan serangan musuh
Mengikut kepercayaan masyarakat Tamadun Huang He, kewibawaan raja adalah berdasarkan_________
taat setia rakyat
kebijaksanaan raja
sokongan bangsawan
mandat daripada Tuhan
Apakah sumbangan Tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia?
Falsafah perang
Sistem kalendar
Tulisan kuneiform
Bandar terancang
Apakah tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Tamadun Mesopotamia yang mendiami di luar kota Ur?
Padi
Barli
Sekoi
Jagung
Apakah sumbangan utama Ramses terhadap masyarakat Mesir Purba?
Pembinaan berhala
Pembinaan kincir angin
Pembinaan Kota Nubia
Pembinaan piramid
Menjelang tahun 1750 SM, Tamadun Indus mula mengalami kemerosotan. Mengapakah peristiwa tersebut berlaku?
Banjir
Serangan Parsi
Serangan penyakit
Kemarau
Apakah Dinasti yang terawal sekali muncul semasa pembentukan Tamadun Huang He?
Dinasti Tang
Dinasti Shang
Dinasti Zhou
Dinasti Xia
Apakah tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Tamadun Huang He?
Gandum
Barli
Lada hitam
Sekoi
Wujud hubungan perdagangan antara Tamadun Indus dengan tamadun luar yang lain. Apakah tamadun luar tersebut?
Tamadun Mesopotamia
Tamadun Huang He
Tamadun Yunani
Tamadun Rom
Epik Enuma Elish telah dihasilkan oleh masyarakat Tamadun ___________
Indus
Huang He
Mesir Purba
Mesopotamia
Antara berikut, yang manakah merupakan hasil eksport Tamadun Mesir Purba?
Emas
Kertas
Tekstil
Tembikar
Masyarakat Dinasti Shang di China berkemahiran dalam bidang hasil cipta. Apakah bahan logam yang digunakan dalam penghasilan ciptaan tersebut?
Besi
Timah
Gangsa
Tembaga
Kod Undang-undang Hammurabi mengandungi _______
155 perkara
199 perkara
148 perkara
282 perkara
Apakah bukti yang menunjukkan Tamadun Indus mempunyai kebolehan dalam bidang ukuran dan sukatan?
Penghasilan tembaga dan gangsa
Pengiraan nombor berasaskan 60
Penciptaan batu bata mengikut saiz
Pembahagian masa kepada 60 minit
