wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERIBAHASA

Total questions: 24

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Walaupun suaranya sumbang, dia __________ hati hendak jadi penyanyi.

a)

ada hati

b)

ada jalan

c)

isi hati

d)

ambil hati

2.

Setelah penat berlatih, mereka berehat seketika untuk _______.

a)

makan angin

b)

makan suap

c)

ambil angin

d)

ambil hati

3.

Dia _________, apa-apa sahaja yang dimintanya semuanya dapat.

a)

anak tunggal

b)

anak emas

c)

anak angkat

d)

anak pungut

4.

Peribahasa yang berikut membawa maksud padanan yang sesuai dan sama cantik sama lawa, kecuali

a)

seperti langit dengan bumi

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

seperti cincin dengan permata

d)

setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin

5.

Peribahasa yang berikut membawa maksud sikap manusia yang pelbagai ragam, kecuali

a)

rambut sama hitam, hati lain-lain

b)

lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya

c)

masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau menguak

d)

banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

6.

Peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang kembali ke tempat asalnya, kecuali

a)

belut pulang ke lumpur

b)

sirih pulang ke gagang

c)

setinggi-tinggi terbang bangau hinggap di belakang kerbau juga

d)

yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang

7.

Peribahasa yang berikut membawa maksud perangai anak yang lazimnya mengikut perangai bapanya, kecuali

a)

bagaimana rupa begitulah bayangnya

b)

ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi

c)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

d)

bagaimana acuan begitulah kuihnya, bagaimana contoh begitula gubahannya

8.

Peribahasa yang berikut berkaitan dengan hubungan yang mesra dan akrab, kecuali

a)

bagai duri dalam daging

b)

bagai kuku dengan isi

c)

bagai dakwat dengan kertas

d)

bagai inai dengan kuku

9.

Izzul tidak mengetahui hal ehwal semasa negara kerana dia tidak gemar membaca.


Penyataan di atas amat sesuai dengan peribahasa

a)

seperti air di dalam kolam

b)

seperti embun di hujung rumput

c)

seperti katak di bawah tempurung

d)

seperti kerbau dicucuk hidung

10.

Orang yang sangat rajin melakukan sesuatu


Peribahasa yang sesuai dengan penyataan di atas ialah

a)

habis kapak berganti beliung

b)

hati hendak, semua jadi

c)

awal dibuat akhir diingat

d)

air dicencang tiada putus

11.

Mak Cik Aisyah tidak disukai oleh penduduk kampung kerana sikapnya yang gemar .......... tentang keburukan orang lain.

a)

A. bawa tuah

b)

B. bawa mulut

c)

C. bawa hati

d)

D.bawa diri

12.

Syahmi betul-betul kecewa kerana dia dipersalahkan dalam kes kecurian itu. Padahal, dia langsung tidak berada di tempat kejadian. Keadaan ini diibaratkan ...................... .

a)

A. orang lain makan nangka, orang lain yang terkena getahnya.

b)

B. rambut sama hitam, hati lain-lain

c)

C. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu

d)

D. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

13.

Hati Aina ............ apabila mendapat tahu bahawa tunangnya curang.

a)

A. seperti kaca terhempas ke batu

b)

B. seperti ikan kena tuba

c)

C. seperti emas baru disepuh

d)

D. seperti hujan jatuh ke pasir

14.

Afiqah mencurahkan .........nya kepada kakak sambil menangis.

a)

A. iri hati

b)

B. sakit hati

c)

C. isi hati

d)

D. patah hati

15.

Tulisan Zakry seperti ........... dan sukar dibaca.

a)

A. kucing bertanduk

b)

B. durian runtuh

c)

C. lintah darat

d)

D. cakar ayam

16.

Mak Cik Shafikah sangat tekun menenun songket itu ............ sehingga tidak sedar kehadiran kami ke rumahnya.

a)

A. seperti delima merekah

b)

B. seperti gergaji bermata dua

c)

C. seperti api dalam sekam

d)

D. seperti anai-anai makan kayu

17.

Fitri .................. . Oleh sebab itu, dia sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

a)

A. otak cair

b)

B. otak udang

c)

C. otak beku

d)

D. otak kering

18.

Darlina dan adik-adiknya .......... apabila ibu dan ayahnya meninggal dalam kemalangan seminggu yang lalu kerana mereka kehilangan tempat untuk bergantung.

a)

A. seperti cendawan tumbuh selepas hujan

b)

B. seperti cincin dengan permata

c)

C. seperti langit dengan bumi

d)

D. seperti anak ayam kehilangan ibu

19.

Walaupun Athirah bukan anak kandungnya, namun Puan Allya menjaganya dengan baik ..............................

a)

A. seperti menatang minyak yang penuh

b)

B. seperti aur dengan tebing

c)

C. seperti bangsi bulih perindu

d)

D. seperti dicanai rupanya

20.

Peribahasa alah membeli, menang memakai membawa maksud ...

a)

Biarlah miskin, yang penting bergaya

b)

Orang yang berusaha pasti akan dapat membeli barang yang dicari

c)

Membeli barang tidak sesuai dengan kemampuan

d)

Tidak mengapa harga mahal asalkan tahan lama

21.

1. Penduduk Kampung Pantai selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu_________ .

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

seperti anjing dengan kucing

22.

Nasihat ibu kepada Qurratu ____________ kerana Qurratu langsung tidak mempedulikan nasihat itu.

a)

seperti sampah hanyut

b)

seperti gergaji dua mata

c)

seperti ayam patuk anaknya

d)

bagai mencurah air ke daun keladi.

23.

Apakah peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

(a)  

24.

Berikan peribahasa yang sesuai

(a)