Font size
WorksheetsKuiz Kesihatan Mental (Kemurungan) - 01
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah maksud kemurungan ?
Penyakit psikologi yang melibatkan masalah kesihatan mental yang selalu dihidapi oleh golongan dewasa
Penyakit psikologi yang melibatkan masalah kesihatan mental yang dihidapi oleh sesiapa sahaja
Penyakit psikologi yang melibatkan masalah kesihatan mental yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak
Penyakit psikologi yang melibatkan masalah kesihatan mental yang sering dihidapi oleh kaum wanita
Kemurungan juga dikenali sebagai
Mental Disorder
Hypertensive Disorder
Physical Disorder
Major Depressive Disorder
Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan perkara berikut KECUALI
Perasaan sedih yang berpanjangan
Keletihan dan ketiadaan tenaga
Cepat marah dan hilang minat dalam melakukan aktiviti harian
Sentiasa fokus dalam membuat keputusan
Berikut merupakan tanda-tanda kemurungan KECUALI
Keletihan dan ketiadaan tenaga
Rasa bersalah yang melampau
Tabiat pemakanan yang normal
Hilang tumpuan dan sukar membuat keputusan
Berikut merupakan punca-punca kemurungan KECUALI
Trauma psikologi / fizikal di zaman kanak-kanak
Kehilangan orang yang tersayang
Sentiasa aktif dan berjaya dalam pelajaran
Hilang anggota badan akibat kemalangan atau penyakit
Kemurungan dapat ditangani dengan melakukan perkara berikut KECUALI
Mengikuti terapi perbincangan (psikoterapi)
Mengamalkan pengambilan alkohol dan dadah
Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai
Menerapkan gaya hidup sihat
Berikut merupakan cara-cara mendapatkan bantuan bagi mengatasi kemurungan KECUALI
Menghubungi Guru Bimbingan dan Kaunseling atau kaunselor sekolah
Tidak melakukan apa-apa dan mengharapkan perasaan tersebut hilang dengan sendirinya
Bersenam atau melakukan aktiviti yang diminati
Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai
Berikut adalah rawatan yang dapat digunakan bagi menangani kemurungan KECUALI
Kaunseling
Terapi aromaterapi
Penggunaan ubat ‘Anti-depressant’
Psikoterapi
Kemurungan tidak boleh dirawat dan boleh hilang dengan sendirinya
Betul
Salah
Kemurungan merupakan sesuatu yang memalukan dan ianya menunjukkan seorang itu mempunyai karakter yang lemah
Betul
Salah
