wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ulangkaji 1

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Peralatan perlindungan diri yang berikut, digunakan di dalam makmal sekolah kecuali?

The following personal protective equipment are used in the school laboratory except

a)

kot makmal

b)

topi keselamatan

c)

Topeng muka

d)

sarung tangan getah

2.

Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi gogal?

a)

melindungi mata daripada kepenatan melindungi mata daripada sinar ultraungu

b)

melindungi mata

c)

melindungi mata daripada terkena bahan kimia berbahaya

d)

melindungi muka daripada terkena bahan kimia berbahaya

3.

Antara bahan berikut, yang manakah perlu dikendalikan di dalam kebuk wasap?

a)

Etanol

b)

Larutan ammonia

c)

Asid hidroklorik pekat

d)

Air suling

4.

Antara bahan berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri bahan yang boleh dibuang ke dalam singki?

a)

Bahan yang reaktif

b)

Mempunyai nilai pH 6

c)

Mempunyai nilai pH 10

d)

Sebatian pelarut organik

5.

Semasa sekumpulan murid menjalankan eksperimen di makmal, sebatang termometer merkuri telah jatuh ke lantai dan pecah. Antara tindakan berikut, yang manakah tidak sepatutnya dilakukan oleh murid tersebut?

a)

Maklumkan kepada guru dengan segera

b)

Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan

c)

Kutip serpihan kaca dan tumpahan merkuri menggunakan tangan

d)

Tabur serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan

6.

Bagaimanakah sisa biologi seperti darah perlu dilupuskan?

a)

Dinyahkontaminasi secara autoklaf

b)

Dibuang ke dalam tong sampah

c)

Dimasukkan ke dalam bekas khas

d)

Dibalut di dalam tisu dan disejukbekukan

7.

Apakah jenis pemadam kebakaran yang boleh memadamkan kebakaran melibatkan peralatan elektrik?

a)

Air

b)

Buih dan air

c)

Serbuk kering dan buih

d)

Karbon dioksida dan serbuk kering

8.

Apakah kebaikan pemadam api ABC?

a)

Ringan

b)

Mudah diselenggara

c)

Hanya perlu disembur sekali sahaja

d)

Boleh memadamkan kebakaran jenis cecair sahaja

9.

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya bahagian badan seseorang terbakar?

a)

Guna air untuk memadamkan api

b)

Sembur dengan buih

c)

Selimutkan dengan selimut kebakaran

d)

Guna pasir untuk memadamkan api

10.

Sekolah anda telah didatangi oleh pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri untuk menjalankan audit ke atas alat pemadam kebakaran. Berikut ialah perkara yang diperiksa kecuali...

a)

tarikh luput pemadam kebakaran

b)

jenis pemadam kebakaran

c)

bilangan pemadam kebakaran

d)

pembekal pemadam kebakaran