WorksheetsUji Minda
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga boleh baharu?
tenaga yang baru dijumpai menggantikan tenaga lama.
tenaga yang boleh dijanakan daripada sumber semula jadi secara berterusan.
tenaga daripada alam semula jadi yang sentiasa segar dan baru.
tenaga yang sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa mengikut teknologi terkini.
Yang manakah antara berikut adalah 6 sumber tenaga boleh baharu?
Matahari , petroleum , angin , geoterma , biojisim dan solar.
Matahari , udara , air , ombak , biojisim dan geoterma.
Matahari , arang batu , air , ombak , biojisim dan geoterma.
Matahari , angin , air, ombak , biojisim dan geoterma.
____________ merupakan bahan daripada reputan benda hidup seperti tumbuhan dan najis haiwan untuk menghasilkan bahan api.
Geoterma
Biologi
Biojisim
Bahan api
____________ merupakan sumber tenaga yang utama dan juga dikenali sebagai tenaga solar.
Ombak
Angin
Cahaya matahari
Biojisim
Tenaga haba yang diperoleh dari perut bumi digunakan untuk menghasilkan wap atau stim, yang akan menggerakkan turbin bagi menjana tenaga elektrik.
Pernyataan diatas merujuk kepada tenaga _________.
biojisim
angin
ombak
geoterma
Sumber ___________ yang berterusan membolehkan empangan dibina bagi menjanakan tenaga elektrik melalui stesen jana kuasa hidroelektrik dan dikenali sebagai tenaga hidro.
cahaya matahari
ombak
air
angin
___________ merupakan sumber alam yang tidak terhad dan sentiasa ada. Tiupan angin yang kuat membolehkan kincir angin berputar bagi menjana tenaga elektrik.
Biojisim
Geoterma
Cahaya matahari
Angin
Antara berikut yang manakah merupakan tenaga tidak boleh baharu?
Asap , gas dan udara.
Petroleum , gas oksigen dan arang batu.
Petroleum , gas asli dan batu bata.
Petroleum , gas asli dan arang batu.
Berikut adalah antara kesan buruk penggunaan petroleum secara berterusan kecuali
pencemaran udara
suhu meningkat
sumber petroleum akan berkurang
harga kereta semakin mahal
Tandakan peryataan yang betul mengenai Kepentingan Tenaga Boleh Baharu.
Mengurangkan penggunaan tenaga tidak boleh baharu.
Memberikan udara lebih bersih.
Mengurangkan kesan rumah hijau.
Menjana peluang pekerjaan.
Menambah ekonomi keluarga.
