wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Setara 2 Sem 2 Ting 2

Total questions: 60

Worksheet time: 46mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud menyapu balutan?

a)

menyapu debu pada tempat yang luka bagi menggantikan wudhuk

b)

menyapu air ke atas pembalut luka

c)

merenjis sedikit air ke atas pembalut luka

d)

menyapu pasir ke atas pembalut luka

2.

Kejayaan Rasulullah SAW mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar

Menjamin keselamatan keselamatan kaum bukan Islam


Pernyataan di atas merujuk kepada bukti kehebatan kepimpinan Rasulullah SAW dari aspek

a)

Ibadat

b)

Politik

c)

Kemasyarakatan

d)

Ketenteraan

3.

Golongan yang termasuk dalam wajib qada' ?

a)

Pesakit yang tiada harapan untuk sembuh

b)

Orang tua yang tidak mampu berpuasa

c)

Musafir yang diharuskan syara'

d)

Ibu yang mengandung

4.

Apakah pesanan Luqman al-hakim dalam surah luqman ayat 13-18 ?

a)

Menyekutukan Allah

b)

Berbuat baik kepada ibu bapa

c)

Menderhaka kepada ibu bapa

d)

Berbuat baik kepada haiwan

5.

Cara solat yang manakah lebih sesuai untuk orang yang tidak boleh rukuk?

a)

solat secara duduk

b)

solat secara berdiri

c)

solat secara mengiring

d)

solat sambil berkata-kata

6.

Konsep __________ diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam pemerintahan baginda, iaitu sentiasa berbincang dengan para sahabat, meminta pandangan dan menetapkan keputusan secara bersama

a)

syura

b)

muafakat

7.

Puasa ialah menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam ________ .

a)

matahari

b)

bulan

c)

fajar

d)

bintang

8.

Antara contoh cara beradab dengan ibu bapa dari aspek tingkah laku ialah

a)

Hormat menghormati antara satu sama lain

b)

Menggunakan suara yang lembut ketika bercakap

c)

Selalu menziarahi ibu bapa

d)

Memberi nafkah atau perbelanjaan kepada ibu bapa

9.

Apakah maksud solat jamak?

a)

memendekkan solat fardu dalam satu waktu

b)

menghimpunkan dua solat fardu dalam satu waktu

c)

menggabungkan solat fardu dalam satu waktu

d)

memanjangkan solat dalam satu waktu

10.

Rasulullah SAW telah membina asas negara Islam Madinah yang kuat dengan cara berikut KECUALI

a)

Membina masjid

b)

Menggubal Piagam Madinah

c)

Membina pusat perniagaan

d)

Membina istana

11.

Manakah antara berikut merupakan hari yang diharamkan berpuasa?

a)

10 Muharram

b)

10 Rabiul Awal

c)

10 Zulhijjah

d)

10 Rejab

12.

Berikut adalah kepentingan beradab kepada ibu bapa dan keluarga kecuali..

a)

Melaksanakan perintah Allah dan Rasul

b)

Menjadi contoh teladan

c)

Membina kewibawaan diri

d)

Membina keluarga yang kacau bilau

13.

Apakah syarat perjalanan yang diharuskan solat jamak dan qasar?

a)

bukan untuk bertujuan maksiat

b)

mengetahui destinasi yang dituju

c)

jarak perjalan mestilah 105 kilometer

d)

harus dilakukan dengan cepat dan pantas

14.

Berikut adalah isi kandungan Piagam Madinah, kecuali

a)

Memerangi kaum Yahudi dan Musyrikin secara besar-besaran

b)

Setiap individu bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mengekalkan perpaduan

c)

Setiap kaum bebas beragama dan mengamalkan kepecayaan masing-masing

d)

Apabila berlaku perselisihan , hendaklah dirujuk kepada Rasulullah SAW sebagai ketua negara

15.

Rukun puasa ada dua iaitu :

1. Niat

2.___________

a)

menunaikan solat terawih di malam hari

b)

menahan diri dari melakukan perkara- perkara membatalkan puasa

c)

mengeluarkan zakat fitrah

d)

memperbanyakkan bersedekah dan membaca al-quran

16.

Apakah akibat tidak menjaga adab dengan ibu bapa dan keluarga terhadap negara?

a)

Tidak aman dan makmur kerana rakyat tidak bersatu padu.

b)

Disisih dan dipinggirkan ibubapa dan keluarga

c)

Berdosa besar dan jika tidak bertaubat boleh membawa ke neraka.

d)

Mendapat kemurkaan Allah

17.

Siapakah isteri Rasulullah yang digelar as Siddiqah(wanita yang berkata benar) dan Humaira'(putih kemerah-merahan)

a)

'Aisyah binti Abu Bakar

b)

Khadijah binti Khuwailid

c)

Asma' binti Abu Bakar

d)

Sumaiyah binti Khubbat

18.

................................... ialah kanak -kanak perempuan pertama yang menerima Islam.

a)

Saidatina Khadijah

b)

Saidatina Fatimah

c)

Saidatina Aisyah

d)

Saidatina Suamiyah

19.

Saidatina Khadijah berketurunan bangsawan Quraisy daripada ...............

a)

suku bani Tamim

b)

suku bani `Adiy

c)

suku bani Quraisy

d)

suku Bani Asad

20.

`Beliau memberi sokongan penuh dalam semua tindakan Rasulullah SAW. Sebagai contoh beliau menyediakan bekalan kepada Rasulullah SAW sewaktu di gua Hirak'. Beliau adalah..............

a)

Saidatina Sumaiyah

b)

Saidatina Aisyah

c)

Saidatina Fatimah

d)

Saidatina Khadijah

21.

Jika pesakit tidak mampu untuk melakukan tahiyat akhir cara solat apakah yang sesuai untuk dilakukan?

a)

solat secara berdiri

b)

mengikut kemampuan sendiri

c)

solat secara duduk

d)

solat secara baring

22.

Terbentuknya sebuah masyarakat Madinah yang baharu gabungan daripada ansar, muhajirin dan ____________ .

a)

yahudi

b)

majusi

c)

kafir quraish

23.

Perkara- perkara yang membatalkan puasa ialah__________


1. Makan dan minum dengan sengaja

2. Termuntah

3. Murtad

4. Memasukan sesuatu ke dalam lubang rongga

a)

1, 2 dan 3

b)

1, 2, dan 4

c)

1, 3 dan 4

d)

semua di atas

24.

Apakah cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga dari aspek tingkah laku?

a)

Bersopan - santun

b)

Tidak menyanggah percakapan ibu bapa

c)

Hormat- menghormati

d)

merawat dan menjaga ibu bapa yang sakit dan tua

25.

Apakah maksud gelaran az Zahra'(الزَّهْرَاء) yang diberikan kepada sayidatina Fatimah.

a)

Putih kemerah-merahan

b)

Merah berseri-seri

c)

Putih berseri-seri

d)

Sentiasa berseri-seri

26.

Solat ketika sakit secara duduk dilakukan dengan duduk _________, iaitu duduk antara dua sujud atau keadaan yang termampu.

a)

bersila

b)

iftitah

c)

bersapa

d)

iftirasy

27.

Siapakah yang menggubal Piagam Madinah iaitu Perlembagaan negara Madinah secara bertulis?

a)

Rasulullah SAW

b)

orang muhajirin

c)

orang yahudi

d)

orang ansar

28.

Kewibawaan Rasulullah SAW dalam aspek ketenteraan, antaranya baginda SAW menubuhkan pasukan peronda untuk mendapat ______________ .

a)

maklumat musuh

b)

sokongan dari tentera-tentera

c)

sumber kewangan

29.

Denda yang dikenakan kerana melanggar sesuatu peraturan atau hukum agama merujuk kepada maksud.......

a)

Qada'

b)

Kifarah

c)

Fidyah

30.

Siapakah antara golongan berikut yang wajib qada' sahaja puasanya ?

a)

Orang tua yang tidak mampu puasa

b)

Perempuan hamil yang bimbangkan kandungannya

c)

Perempuan yang menyusukan anak yang bimbangkan anaknya

d)

Orang bermusafir

31.

Siapakah yang diharuskan berbuka puasa kecuali...

a)

orang yang sakit

b)

orang yang sakit tenat

c)

orang tua yang tidak mampu

d)

perempuan yang haus dan lapar

32.

Berdosa......anak-anak yang tidak beradab atau menderhaka kepada ibu bapa

a)

besar

b)

kecil

c)

perbuatan

33.

Selalu menziarahi ibubapa dan keluarga jika tinggal berasingan adalah cara beradab dengan...

a)

tingkah laku

b)

hati

c)

percakapan

34.

Beliau merupakan wanita pertama yang mati syahid. Beliau ialah ...............

a)

Saidatina aisyah

b)

Saidatina Sumaiyah

c)

Saidatina Khadijah

d)

Saidatina Fatimah

35.

Antara berikut, yang manakah sifat utama yang dimiliki oleh Saidatina Khadijah?


Pilih 2

a)

Kasih dan taat kepada ayahandanya

b)

Seorang yang bijak bertindak

c)

Mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi

d)

Seorang yang cerdas dan pintar

36.

Antara yang berikut, manakah bukan jenis puasa wajib?

a)

Puasa Ramadhan

b)

Puasa Kaffarah

c)

Puasa Qada'

d)

Puasa pada hari Jumaat

37.

Sunat puasa ketika sahur?

a)

mandi wajib

b)

Melewatkan sahur

c)

Bersegera untuk bersahur

38.

Antara yang berikut, manakah bukan termasuk dalam hikmah puasa?

a)

Menambah ketaatan kepada Allah

b)

Menjimatkan perbelanjaan

c)

Disayangi masyarakat

d)

Memelihara kesihatan badan

39.

Apakah hukum beradab kepada ibu bapa?

a)

Harus

b)

Wajib

c)

Sunat

40.

Apakah kerjaya Saidatina Khadijah binti Khuwailid?

a)

Ahli perniagaan

b)

Guru

c)

Suri rumah

41.

Maksud rukhsah dari segi bahasa ialah _______ dan _______

a)

Mudah dan senang

b)

Mudah dan ringan

c)

Ringan dan senang

d)

Keringanan dan kesenangan

42.

- Kelompok Yahudi diiktiraf sebagai satu umat dan dijamin keselamatan mereka

- Setiap kelompok bebas mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing


Pernyataan di atas ialah antara

a)

Piagam Madinah berkaitan hak bukan Islam

b)

Piagam Madinah berkaitan hak orang Islam

c)

Piagam Madinah

d)

Perjanjian Madinah

43.

Zaman pemerintahan kerajaan Islam ialah :-


1) Rasulullah SAW

2) ?

3) Umayyah

4) Abasiyyah

5) Uthmaniah

a)

Khulafak Ar-Rasyidin

b)

Para Sahabat

44.

Dibawah ini adalah kepimpinan Rasulullah SAW, Kecuali ____________

a)

ibadat

b)

ekonomi

c)

kemasyarakatan

d)

ketenteraan

45.

Orang tua yang uzur dan tidak mampu berpuasa, apakah yang perlu dilakukannya ?

a)

Wajib qadha' sahaja

b)

Wajib fidyah sahaja

c)

Wajib qadha' dan fidyah

d)

Wajib qadha' dan Kaffarah

46.

Orang yang ditimpa sakit yang memudaratkan, apakah yang perlu dilakukannya ?

a)

Wajib qadha' sahaja

b)

Wajib fidyah sahaja

c)

Wajib qadha' dan fidyah

d)

Wajib qdha' dan kaffarah

47.

Berikut merupakan keistimewaan bulan ramadhan kecuali

a)

Bulan pengampunan

b)

Penghulu sekalian bulan

c)

Bulan diturunkan al-Quran

d)

Terdapat malam lailatul qadar

48.

Antara perkara sunat ketika berbuka puasa ialah

a)

Bersahur

b)

Bersedekah

c)

Membaca al-Quran

d)

Bersegera untuk berbuka

49.

Antara akibat tidak beradab kepada ibu bapa dari aspek masyarakat ialah

a)

Disisih dan dibenci oleh ibu bapa

b)

Berdosa besar

c)

Mendapat balasan api neraka

d)

Kehidupan masyarakat menjadi huru hara

50.

- Menggunakan suara yang lemah lembut

- Tidak menyanggah percakapan ibu bapa


Peryataan di atas ialah cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga dari aspek

a)

Hati

b)

Percakapan

c)

Tingkah laku

d)

Perbuatan

51.

Siapakah wanita pertama yang mati syahid ?

a)

Saidatina Sumaiyah

b)

Saidatina Fatimah

c)

Sidatina Aisyah

d)

Saidatina Khadijah

52.

Berikut merupakan pernyataan yang benar tentang riwayat hidup Saidatina Sumaiyah kecuali

a)

Bekas hamba kepada Abu HUzaifah

b)

Berkahwin dengan Yasir Bin Amir

c)

Puteri bongsu Rasulullah SAW

d)

Wanita pertama yang mati syahid

53.

Antara sumbangan Saidatina Fatimah r.a ialah

a)

Pendorong kepada Rasulullah SAW

b)

Pakar dalam beberapa bidang ilmu

c)

Tempat rujukan para sahabat

d)

Membelanjakan semua hartanya untuk Islam

54.

Manakah antara pilihan jawapan di bawah yang bukan tergolong dalam kategori tidak uzur syarie yang menghalangnya berpuasa

a)

Haid atau nifas

b)

Pitam sepanjang hari

c)

Gila walaupun seketika

d)

Sakit yang memudharatkan

55.

Pernyataan di bawah merujuk kepada perkara sunat puasa kecuali ___________.

a)

Merasa makanan di lidah tanpa menelannya

b)

Menjamu orang lain berbuka puasa walau hanya dengan sebiji kurma atau seteguk air

c)

Melewatkan sahur

d)

Menahan lidah daripada perkara yang haram seperti mengumpat

56.

Antara berikut yang manakah contoh rukhsah dalam ibadah?


I iktikaf

II solat jamak dan qasar

III Solat ketika sakit

IV menqadakan solat yang tertinggal

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

II dan III

d)

I dan IV

57.

Terdapat segelintir umat Islam yang berkemampuan tidak mengendahkan tentang berpuasa di Bulan Ramadhan


Berdasarkan pernyataan di atas, berikan hujah anda untuk mengatasi masalah ini

a)

Cara mengatasinya ialah dengan memberi pendedahan tentang tidak berpuasa melalui media massa sama ada secara bercetak atau elektronik kerana media massa adalah antara alat penghubung yang berkesan pada masa kini. Kesimpulannya, masyarakat perlu sedar tentang kewajipan untuk berpuasa agar hidup tidak dimurkai oleh Allah.

b)

Cara mengatasinya ialah dengan memberi pendedahan tentang tidak berpuasa melalui media massa .Kesimpulannya, masyarakat perlu sedar tentang kewajipan untuk berpuasa agar hidup tidak dimurkai oleh Allah.

c)

Cara mengatasinya ialah dengan memberi pendedahan tentang tidak berpuasa melalui media massa sama ada secara bercetak atau elektronik kerana media massa adalah antara alat penghubung yang berkesan pada masa kini. Kesimpulannya, masyarakat perlu sedar tentang kewajipan untuk berpuasa.

58.

Saidatina Aishah seorang yang rajin bertanya dan menghadiri majlis ilmu. Antara ilmu yang dikuasai termasuklah al-Quran, Hadis, Bahasa Arab dan perubatan.


Berdasarkan pandangan anda sebagai seorang pelajar, bagaimanakah cara anda untuk mencontohi Saidatina Aishah.

a)

Saya akan sentiasa fokus ketika belajar agar dapat memahami semua yang disampaikan oleh guru. Kesannya kita akan mendapat keberkatan dan keredaan daripada guru. Kesimpulannya, kita hendaklah beradab dengan guru merupakan kerana ia antara faktor yang penting untuk seseorang itu berjaya.

b)

Saya akan sentiasa fokus ketika belajar. Kesimpulannya, kita hendaklah beradab dengan guru merupakan kerana ia antara faktor yang penting untuk seseorang itu berjaya.

c)

kita akan mendapat keberkatan dan keredaan daripada guru. Kesimpulannya, Kesimpulannya, kita hendaklah beradab dengan guru merupakan kerana ia antara faktor yang penting untuk seseorang itu berjaya.

d)

Saya akan sentiasa fokus ketika belajar agar dapat memahami semua yang disampaikan oleh guru. Kesannya kita akan mendapat keberkatan dan keredaan daripada guru.

59.

Pilih contoh jawapan KBAT yang betul.

a)

Sebagai seorang anak saya harus redha dalam menghadapi musibah dengan melakukan amalan seperti muhasabah diri dan berzikir. Hal ini dapat meningkatkan keimanan dan menjadikan saya lebih tenang.

b)

Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mengingati Allah supaya jiwa sentiasa tenang apabila diuji dengan musibah.

c)

Sebagai seorang anak saya harus redha dalam menghadapi musibah Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mengingati Allah supaya jiwa sentiasa tenang apabila diuji dengan musibah.

d)

Sebagai seorang anak saya harus redha dalam menghadapi musibah dengan melakukan amalan seperti muhasabah diri dan berzikir. Hal ini dapat meningkatkan keimanan dan menjadikan saya lebih tenang. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mengingati Allah supaya jiwa sentiasa tenang apabila diuji dengan musibah.

60.

Sekiranya sebahagian kecil anggota wuduk tidak boleh terkena air, seseorang mestilah

a)

berwuduk seperti biasa

b)

berwuduk seperti biasa dan menyapu sedikit sahaja air ke tempat luka

c)

bertayamum

d)

tidak payah berwuduk, solat sahaja