Font size
Worksheetspengurusan sumber fizikal dan teknologi
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Pilih penyataan yang tepat
tentang sumber fizikal perniagaan
Aset nyata sesebuah perniagaan
Aset ketara sesebuah perniagaan
Bangunan dan kemudahan perniagaan
Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
Mengapakah penting untuk sesebuah organisasi perniagaan menguruskan sumber fizikal dengan cekap?
Dapat memastikan sumber sentiasa cukup
Dapat mewujudkan perniagaan yang mampan
Dapat mengelakkan berlaku
kerosakan sumber
Dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran pekerja
Apakah tujuan utama pengurusan kilang melakukan penyelenggaraan dan pembaikpulihan?
Dapat menjamin kelancaran proses pengeluaran
Dapat melindungi kilang dan mesin daripada terbakar
Dapat memenuhi piawai keselamatan yang ditetapkan
Dapat memastikan mesin sentiasa berfungsi dengan baik
Maklumat yang berikut berkaitan dengan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan syarikat dalam mengurus sumber fizikal.
1. Menyediakan senarai semak penyelenggaraan mesin
2. Menyediakan rekod penyelenggaraan mesin
3. Menyediakan jadual penyelenggaraan mesin
Bagaimanakah tindakan di atas secara langsung membentuk operasi pengeluaran syarikat?
Dapat meningkatkan jualan
Dapat meningkatkan motivasi pekerja
Dapat menjamin keuntungan syarikat
Dapat melancarkan proses nilai tambah
Pada pendapat anda, akta manakah yang mengawal tindak tanduk pihak pengurusan sesebuah syarikat pengeluaran kereta berhubung prosedur mengurus sumber fizikal
Akta Syarikat 2016
Akta Alam Sekeliling 1974
Akta Kilang dan Jentera 1967
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994
Antar yang berikut, manakah
yang berkaitan dengan harta intelek
Penghasilan memerlukan daya kreativiti yang tinggi
Kemahiran pekerja adalah sebahagian harta intelek
Boleh dilindungi melalui pengurusan paten dan hak cipta
Penghasilan produk memerlukan lesen perisian komputer
Bagaimanakah sebuah syarikat pengeluaran kereta tempatan melindungi reka cipta model kereta Malaysia?
Mendaftar di bawah Akta Syarikat 2016
Mendaftar di bawah Akta Hak Cipta 1987
Mendaftar paten dengan Pendaftaran Syarikat
Mendaftar reka cipta model kereta dengan MyIPO
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Encik Maheshan.
Encik Maheshan adalah seorang graduan bidang multimedia. Dia sedang bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat pengiklanan. Pada masa lapang, beliau suka mengambil gambar alam semula jadi, yang berikut adalah contoh kerja Encik Maheshan.
Apakah yang perlu dilakukan oleh Encik Maheshan bagi memastikan hasil kerjanya tidak disalahgunakan oleh pihak lain?
Menjual hasil kerjanya kepada pelbagai pihak
Mendaftar hasil kerjanya dengan Pendaftar Syarikat
Mendapat perlindungan paten di bawah Akta Paten 1983
Membuat permohonan mendaftar hak cipta terpelihara di Malaysia
Penyataan manakah yang merujuk kepada pengurusan sumber teknologi bagi sesebuah syarikat telefon pintar?
Kilang dan mesin yang canggih
Jenis dan model telefon yang pelbagai
Mendaftar paten reka bentuk baharu telefon
Bangunan dan kemudahan yang serba lengkap
Pernyataan manakah yang betul tentang prosedur mengurus sumber teknologi syarikat perfileman tempatan?
Menginsurans semua kamera dan peralatan
Menyediakan kamera yang berteknologi tinggi
Menghasilkan pelbagai jenis filem dan dokumentari
Mendaftar hak cipta karya filem dengan MyIPO
Pada pendapa anda, pengeluar kereta manakah yang merupakan organisasi yang lebih mampan?
Syarikat X-Motor Berhad kerana mempunyai kilang yang lebih luas
Syarikat X-Motor Berhad kerana menawarkan pilihan yang lebih banyak untuk pelanggan
Syarikat G-Motor Berhad kerana mengurus sumber fizikal dan teknologi dengan lebih baik
Syarikat G-Motor Berhad kerana mempunyai stok kereta untuk memenuhi permintaan pelanggan
"Cik Ema menguruskan sebuah butik pakaian di Bnadar Indera Mahkota, Pahang yang dikenali sebagai Ema’s Boutique. Beliau menggaji seramai lima orang tukang jahit wanita yang berpengalaman. Untuk menghasilkan pelbagai fesyen pakaian , beliau menggunakan beberapa jenis mesin yang canggih. Semua mesin jahit diselenggarakan dan di baik pulih dari semasa ke semasa. Semua hasil pakaian dipamerkan di satu bilik pameran yang luas di premis yang sama. Hal ini, dapat membantu pelanggan memilih pakaian yang dikehendaki oleh mereka. Beliau mengambil insurans kebakaran dan kecurian untuk mengelakkan kerugian"
Manakah yang merujuk kepada sumber teknologi Ema’s Boutique?
Pelbagai fesyen pakaian
Bilik pameran yang luas
Mesin jahit yang canggih
Tukang jahit berpengalaman
