wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bidalan

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Gunalan tiba-tiba berasa resah dan berpeluh-peluh apabila kami memperkatakan tentang kehilangan jam tangan Devi.

a)

Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya

b)

Terapung sama hanyut, terendam sama basah

c)

Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

d)

Sekali air bah sekali pantai berubah

2.

Sarimah menulis novel pada waktu malam kerana dia sibuk bekerja di siang hari.

a)

Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran

b)

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

c)

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

d)

Tegak sama tinggi, duduk sama rendah

3.

Banyakkan bersabar dan berdoa kerana suatu hari dia pasti akan mendapat balasan daripada perbuatannya itu.

a)

Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas

b)

Air dicincang tidak akan putus

c)

Ada udang di sebalik batu

d)

Ada rupa ada harga

4.

Usah terburu-buru semasa memandu di jalan raya, ______________________ . Jangan biarkan orang yang kita sayang menyambut kepulangan kita dengan tangisan.

a)

Buang yang keruh ambil yang jernih

b)

Biar putih tulang jangan putih mata

c)

Biar lambat asal selamat

d)

Direndam tidak basah

5.

Lupakan sahaja perkara yang sudah berlaku, kita mulakan hidup baharu. Marilah kita bermaaf-maafan, bak kata bidalan __________________________.

a)

Diam-diam lepu

b)

Diberi betis hendak paha

c)

Biar lambat asal selamat

d)

Buang yang keruh ambil yang jernih

6.

Ke mana-mana sahaja Encik Johan pergi, dia dihormati dan disayangi.

Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

malas menggerit, perut perit

b)

hari tidak selamanya panas

c)

kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

d)

indah khabar daripada rupa

7.

Kamu hendaklah bersyukur dengan pemberian orang, jangan pula ____________.

a)

hangat-hangat tahi ayam

b)

diberi betis hendak paha

c)

biar lambat asal selamat

d)

bertanam tebu di bibir

8.

Perbalahan antara dua orang besar dalam syarikat itu menyebabkan kebajikan kakitangan terabai. Begitulah jika __________________________.

a)

genggam bara api biar sampai jadi arang

b)

duduk sama rendah berdiri sama tinggi

c)

gajah mati kerana gadingnya

d)

gajah dengan gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

9.

Penduduk kampung Sri Aman saling membantu antara satu sama lain, bagi mereka ___________________ .

a)

berat sama dipikul ringan sama dijinjing

b)

berani kerana benar, takut kerana salah

c)

musang berbulu ayam

d)

nasi sudah menjadi bubur

10.

Pada kami, ________________ daripada melihat negara tercinta jatuh ke tangan penjajah.

a)

buang yang keruh ambil yang jernih

b)

biar putih tulang jangan putih mata

c)

biar lambat asal selamat

d)

diberi betis hendak paha

11.

Kasim membeli alat penapis air itu kerana tertipu dengan pujukan jurujual yang cantik itu.

Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah __________________ .

a)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua

b)

cacing hendak menjadi naga

c)

di mana semut mati jika tidak di dalam gula

d)

ada udang di sebalik batu

12.

Carol sudah pun menempah peralatan pejabat, sedangkan perniagaannya belum lagi bermula.

Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

burung terbang dipipiskan lada

b)

diam penggali berkarat

c)

bertanam tebu di bibir

d)

alah bisa tegal biasa