wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ- TATABAHASA

Total questions: 19

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

"Segala perintah tuanku akan _________ laksanakan," sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Melaka.

a)

saya

b)

hamba

c)

patik

d)

kami

2.

" _______________ harus berlatih bersungguh-sungguh untuk menewaskan pasukan dari Kelantan," kata jurulatih kepada kami.

a)

Anda

b)

Kami

c)

Kalian

d)

Mereka

3.

Para petani itu menanam jagung ________ menantikan pokok padi menguning dan sesuai untuk dituai.

a)

selagi

b)

sehingga

c)

sementara

d)

semenjak

4.

Perahu yang kami naiki ____________ apabila dipukul ombak.

a)

beralun-alun

b)

bergoyang-goyang

c)

berolang-aling

d)

berbolak-balik

5.

Bangunan______________ itu menjadi mercu tanda di Teluk Intan.

a)

tegak

b)

lurus

c)

condong

d)

senget

6.

Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.

a)

memicit

b)

melenyek

c)

memerah

d)

menindih

7.

Udara di Sri Damai Resort, Kalumpang itu sungguh__________

a)

baik

b)

cergas

c)

nyaman

d)

indah

8.

Pak Long Jamal duduk berehat di pondok __________ itu untuk menghilangkan penat.

a)

usang

b)

buruk

c)

pudar

d)

kelam

9.

Puan Siti memberikan __________ wajah pemuda yang mencerobohi rumahnya malam tadi.

a)

bayangan

b)

lukisan

c)

gambaran

d)

kenangan

10.
Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.
a)
deras
b)
cepat
c)
kencang
11.

Kenal pasti ayat yang tidak tergolong dalam jenis ayat perintah.

a)

Harap anda semua bersabar, makanan akan tiba sebentar lagi.

b)

Jangan besarkan hal yang remeh-temeh.

c)

Nah, ambil baju ini dan basuh!

d)

Anda pangkah semua yang tidak berkenaan dalam borang ini.

12.

Berikut merupakan kata majmuk yang telah mantap, kecuali...

a)

tandantangan

b)

tanggungjawab

c)

setiausaha

d)

ibu bapa

13.

Tukar ayat songsang di bawah menjadi ayat bersusunan biasa.


Untuk membendung gejala buli dalam kalangan murid, kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat amat diperlukan.

a)

Gejala buli dalam kalangan murid amat diperlukan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat.

b)

Amat diperlukan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat untuk membendung gejala buli dalam kalangan murid.

c)

Kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat amat diperlukan untuk membendung gejala buli dalam kalangan murid.

14.

Betulkan kesalahan ejaan berikut:


Filem-filem dokumenteri semakin berkembang sejak akhir-akhir ini.

a)

documentari

b)

dokumentari

c)

dokumentary

d)

dokkumentari

15.

Tukarkan ayat cakap pindah di bawah kepada ayat cakap ajuk.


Danial memberitahu Encik Zahid bahawa ibunya berharap agar projek jualan itu akan memperoleh keuntungan yang banyak.

a)

"Encik Zahid ibu saya berharap agar projek jualan itu akan memperoleh keuntungan yang banyak," kata Danial kepada Encik Zahid

b)

"Danial, ibu saya memberitahu bahawa projek jualan itu akan memperoleh keuntungan yang banyak," kata Encik Zahid kepada Danial.

16.

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif:


Kami sedang menampal maklumat tentang wabak denggi pada papan kenyataan kelas.

a)

Pada papan kenyataan kelas kami sedang menampal maklumat wabak denggi.

b)

Maklumat tentang wabak denggi sedang ditampal oleh kami pada papan kenyataan kelas.

c)

Maklumat tentang wabak denggi sedang kami tampal pada papan kenyataan kelas.

17.

Bina ayat tanya menggunakan kata tanya yang betul berdasarkan ayat di bawah:


Persembahan teater Anak Ibu akan bermula pada pukul 8.30 malam.

a)

Apakah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?

b)

Manakah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?

c)

Bilakah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?

d)

Jadikah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?

18.

Manakah yang betul?

a)

dua jam setengah

b)

dua setengah jam

c)

jam dua setengah

19.

Kenal pasti subjek bagi ayat di bawah.


Anak Mak Limah yang cantik itu menjadi guru ganti di Sekolah Menengah Agama Tajung Kling.

a)

Anak Mak Limah

b)

Anak

c)

Mak Limah yang cantik itu

d)

Anak Mak Limah yang cantik itu