WorksheetsSinonim Tahun 4
Total questions: 20
Worksheet time: 2hrs 40mins
Cikgu Zaman mendesak Jayden menceritakan perkara sebenar kes buli yang berlaku kepadanya. Perkataan sama maksud dengan mendesak ialah ________________________.
merayu
merungut
memaksa
menyuruh
Murid-murid yang menyertai kem motivasi itu mendapat banyak iktibar daripada ceramah motivasi sebentar tadi. Perkataan sama maksud dengan iktibar ialah ___________________.
keputusan
pengajaran
contoh
pengalaman
Ibu tidak membenarkan Joshua menyertai rombongan sekolahnya ke Muzium Kuching. Perkataan sama maksud dengan membenarkan ialah ___________________________.
mengizinkan
membolehkan
menggagalkan
menghalan
Rambutnya dipotong pendek supaya kelihatan lebih kemas. Perkataan seerti bagi dipotong ialah _______________.
digaya
disambung
dipangkas
direndam
Murid-murid perlu berhati-hati semasa melintas jalan raya. Perkataan seerti bagi berhati-hati ialah ____________.
bersungguh-bersungguh
beringat-ingat
berwaspada
Pemuda itu berfikiran cetek kerana kurang menbaca. Pekataan seerti bagi cetek ialah ___________________.
ketat
sesak
bijak
sempit
Annabel melempar batu ke arah sungai itu. Perkataan sama maksud dengan melempar ialah ____________________.
mengada
mengalih
mewujud
membaling
Mereka menadah tangan berdoa untuk memohon pertolongan Tuhan. Perkataan yang sama maksud dengan memohon ialah _____________.
memantau
membantu
meminta
mendapat
Majalah kepunyaan Cikgu Belinda telah disembunyikan oleh rakannya di dalam almari pakaian. Perkataan seerti bagi disembunyikan ialah ______________________.
diletakkan
dibuangkan
disorokkan
dicampakkan
Orang yang bersikap tamak akan memusnahkan diri sendiri. Perkataan seerti bagi tamak ialah _______________.
cemburu
dengki
haloba
Wang saku Jayden tercicir semasa dalam perjalanan ke sekolah. Perkataan seerti bagi tercicir ialah ___________.
terhapus
terjatuh
terkandas
Puan Cath membalut kotak hadiah itu dengan kemas dan cantik. Perkataan yang sama maksud dengan membalut ialah ___________.
membungkus
menyarung
mengurung
melipat
Rumah usang itu akan dirobohkan tidak lama lagi. Perkataan sama maksud dengan usang ialah ____________.
uzur
lama
lusuh
reput
Tsunami telah memusnahkan banyak bangunan dan harta benda di bandar Aceh. Perkataan seerti bagi memusnahkan ialah ______________.
menghancurkan
membinasakan
menjatuhkan
meleburkan
Cuaca di Cameron Highland sungguh dingin. Perkataan seerti bagi dingin ialah __________________.
panas
angin
sejuk
beku
Nenek memakai cermin mata kerana pandangan nenek sudah kabur. Perkataan sama maksud dengan kabur ialah ________________.
muram
suram
kelam
terang
Petani itu bermandikan peluh kerana bekerja dengan gigih di bawah panas matahari. Perkataan seerti bagi gigih ialah _________.
tegap
tekun
tekad
tegad
Mata keris lama itu diperbuat daripada besi tempatan manakal gagangnya pula diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi. Perkataan gagangnya sama maksud dengan ____________.
sarung
ukiran
badan
hulu
Istana lama itu unik kerana dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebatang paku pun. Perkataan seerti bagi unik ialah _________.
istimewa
canggih
ganji
pelik
Puan Amanda menggilap dulang tembaga itu sehingga berkilat. Perkataan seerti bagi menggilap ialah ___________.
mengusap
menyental
menggosok
memberus
