WorksheetsMINGGU 11 : PENGERTIAN PRINSIP SYARIAH & KAEDAH FIQH
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Qawa'id Fiqhiyyah (kaedah fiqh) ialah suatu kaedah dalam undang-undang Islam yang disusun oleh para ulamak untuk dijadikan
asas bagi memahami dan mengembangkan fiqah Islam tentang kaedah-kaedah hukum
asas bagi memahami dan mengeluarkan hukum mengikut nafsu
asas bagi mencari hukum sesuatu permasalahan yang berlaku
asas bagi mencari dan memahami isu-isu fiqah
Antara berikut, yang manakah BUKAN peranan Kaedah Fiqah?
Mencegah kemudaratan dan kebaikan daripada berlaku.
Memandu setiap urusan supaya mencapai maqasid syariah.
Menjadi rujukan utama dalam menetapkan etika sesuatu seni.
Mengekalkan fokus industri kepada kejayaan di dunia dan di akhirat.
Prinsip syariah merujuk kepada
segala hukum yang disyariatkan oleh Allah swt kepada umat manusia melalui Rasulullah saw.
segala hukum yang disyariatkan oleh Allah swt kepada jin dan manusia melalui Rasulullah saw.
segala hukum halal & haram yang disyariatkan oleh Allah swt kepada umat manusia dan jin.
segala hukum yang dimanipulasi oleh manusia dalam kehidupan.
Prinsip syariah terbahagi kepada
5 - rabbaniah, wasatiah, tawazun, mizan serta mutlak & murunah
4 - rabbaniah, wasatiah, tawazun & mizan
3 - rabbaniah, wasatiah & tawazun
2 - mutlak & murunah
Manakah antara berikut BENAR mengenai konsep asas Kaedah Fiqh?
Al-Umur bi maqasidiha – keyakinan tidak hilang semata-mata dengan syak.
Al-’Adah Muhakkamah – kesukaran membawa kepada keringanan.
Al-Yakin la yuzal bissyak – setiap perkara dinilai berdasarkan niat.
Al-Darar Yuzal – mudarat mesti dihilangkan.
" Penggunaan patung perhiasan asalnya haram tetapi jika patung digunakan untuk aktiviti pembelajaran maka dibenarkan selagi tiada unsur penyembahan dan diagungkan"
Pernyataan di atas merujuk kepada prinsip__________.
tawazun
wasatiah
rabbaniah
mutlak wa murunah
"Islam tidak menghalang umatnya untuk membuat rawatan seperti menanam rambut dikepala dengan tujuan untuk memperelokkan diri dari keaiban, selagi tidak bertentangan dan melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh syarak."
Pernyataan di atas merujuk kepada prinsip ______________.
mizan
wasatiah
rabbaniah
mutlah wa murunah
Antara berikut, yang manakah sebab-sebab rukhsah?
i. Penyakit
ii. Paksaan
iii. Lupa
iv. Jahil
i dan ii
iii & iv
i, ii & iii
i, ii, iii & iv
Qawa'id berasal daripada kata kerja qa'ada yang bermaksud
ukur
akar
asas
perkara pokok
Peranan kaedah fiqh adalah untuk memandu setiap urusan supaya mencapai maqasid syariah dalam memelihara
agama, akal dan nyawa
agama, akal, nyawa dan harta
agama, akal, nyawa, maruah dan harta
agama, akal, nyawa, keturunan dan harta
