wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

eCEPAT JAWAB TEPAT WIRA ANTI RASUAH (WAR) SPRM 2021 (SM 4-5)

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Amin melaporkan perbuatan rakannya yang merokok di belakang bilik darjah. Perbuatan Amin Adalah _______________

a)

A. Menangguk di air keruh

b)

B. Menjaga tepi kain orang

c)

C. Berani dan bertanggungjawab

d)

D. Berhati mulia tetapi menganiaya kawan

2.

Maklumat apakah yang dipaparkan di laman sesawang SPRM bagi Data Pesalah Rasuah ?

a)

A. Gambar, Nama, No. Telefon, Warganegara

b)

B. Gambar, Nama, No. Telefon, Alamat

c)

C. Gambar, Nama, No. Pengenalan Diri, Alamat

d)

D. Gambar, Nama, No. Pengenalan Diri, Warganegara

3.

Berikut adalah perbuatan rasuah, kecuali

a)

A. Seorang pegawai kanan kerajaan membocorkan maklumat sulit kerajaan kepada media asing setelah diberi sedikit wang

b)

B. Penguatkuasaan melepaskan seorang penjenayah setelah menerima RM1,000

c)

C. Seorang Menteri memberikan projek kepada saudara maranya

d)

D. Seorang pelajar membuat aduan rasuah kepada SPRM

4.

Apakah kesan sekiranya gambar atau nama kita dipaparkan sebagai Data Pesalah Rasuah ?

a)

A. Tiada apa-apa

b)

B. Mendatangkan aib kepada diri dan keluarga kita

c)

C. Memudahkan untuk permohonan pekerjaan

d)

D. Keluarga kita amat menyukainya

5.

Orang yang jujur tidak akan _____________

a)

A. Melakukan tugas dengan sempurna tanpa mengharapkan balasan

b)

B. Melaksanakan tanggungjawab dengan harapan diberi sanjungan

c)

C. Menjalankan amanah tanpa syarat

d)

D. Tidak akan mengungkit-ungkit perbuatan baik yang telah dibuat

6.

Akta yang manakah digunakan oleh SPRM untuk menjalankan siasatan kes-kes rasuah ?

a)

A. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2007

b)

B. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008

c)

C. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

d)

D. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2010

7.

Ahmad adalah seorang anggota polis telah menahan Aminah yang melanggar lampu isyarat. Ahmad meminta wang sebanyak RM200 daripada Aminah sekiranya tidak mahu tindakan saman. Perbuatan Ahmad di atas dianggap sebagai

a)

A. Meminta wang

b)

B. Meminta rasuah

c)

C. Meminta sedekah

d)

D. Meminta sumbangan

8.

Apakah 4 kesalahan utama rasuah yang tepat ?

a)

A. Memberi, menerima, membuat dokumen palsu, salah guna kedudukan

b)

B. Memberi, menerima, membuat dokumen palsu, gila kuasa.

c)

C. Memberi, menerima, menipu, salah guna kedudukan

d)

D. Memberi, menerima, tuntutan palsu dan salah guna kedudukan

9.

Pilih yang manakah antara berikut merupakan satu tindakan seseorang yang berkelakuan amanah?

a)

A. Menjaga segala rahsia sulit syarikat tanpa memberitahu pihak lain

b)

B. Melakukan tugas yang diberikan sebaiknya tanpa mengharapkan ganjaran

c)

C. Mengambil duit baki makanan yang tersalah kira daripada pengusaha kantin sekolah

d)

D. Membocorkan soalan peperiksaan kepada pihak tertentu kerana diberi tawaran yang tinggi atas tindakan tersebut

10.

Apakah nama penuh SPRM ?

a)

A. Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia

b)

B. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

c)

C. Suruhanjaya Pendidikan Rasuah Malaysia

d)

D. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

11.

Kenal pasti sikap manakah bukan sikap individu yang amanah?

a)

A. Sanggup mengakui kelemahan diri sendiri

b)

B. Bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang timbul

c)

C. Mempunyai integriti diri untuk melaksanakan tanggungjawab

d)

D. Menimbulkan kecurigaan orang lain ketika menjalankan tugas

12.

Akta apakah yang digunakan untuk melindungi saksi kes rasuah ?

a)

A. Akta Perlindungan Saksi 2009

b)

B. Akta Perlindungan Saksi 2010

c)

C. Akta Perlindungan Saksi 2011

d)

D. Akta Perlindungan Saksi 2012

13.

Pilih di antara berikut perbuatan individu yang amanah dan jujur?

a)

A. Peniaga mencampurkan sayur yang rosak untuk mendapat untung yang lebih

b)

B. Pengawas perpustakaan menjual buku perpustakaan

c)

C. Bendahari kelab menggunakan wang kelab untuk membeli telefon bimbit

d)

D. Pemandu teksi terjumpa dompet duit di dalam teksinya dan menyerahkannya ke balai polis

14.

Bilakah Program Wira Anti Rasuah (WAR) bermula ?

a)

A. Tahun 2014

b)

B. Tahun 2015

c)

C. Tahun 2016

d)

D. Tahun 2017

15.

Seorang Ketua Kelas tidak boleh menggunakan kuasanya untuk mendapat keuntungan peribadi. Contoh perbuatan salah guna kuasa adalah ________________

a)

A. Ketua kelas membantu pelajar yang bermasalah

b)

B. Ketua kelas tidak berkompromi dengan mereka yang melakukan kesalahan

c)

C. Ketua kelas melaporkan semua kesalahan kepada guru darjah tanpa mengira siapa mereka

d)

D. Ketua kelas bersikap pilih kasih dan tidak mengambil tindakan terhadap rakan-rakannya yang melakukan kesalahan di dalam kelas

16.

Pemberi maklumat berkaitan dengan rasuah akan dilindungi di bawah akta ?

a)

A. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2009

b)

B. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

c)

C. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2011

d)

D. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2012

17.

Setiap hukuman yang dikenakan ke atas pesalah bertujuan sebagai _________ kepada orang lain

a)

A. Denda

b)

B. Pengajaran

c)

C. Panduan

d)

D. Bimbingan

18.

Berikut adalah Bahagian-Bahagian yang ada di SPRM kecuali ?

a)

A. Bahagian Siasatan

b)

B. Bahagian Perisikan

c)

C. Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan

d)

D. Bahagian Penguatkuasaan

19.

Berikut adalah benar mengenai nilai kejujuran, kecuali

a)

A. Bertanggungjawab terhadap sebarang tugas yang diberikan

b)

B. Berkata benar

c)

C. Melakukan sesuatu pekerjaan secara bersungguh-sungguh

d)

D. Merungut apabila disuruh melakukan sesuatu tugas

20.

Manakah yang tidak benar mengenai strategi SPRM ?

a)

A. Penguatkuasaan

b)

B. Penilaian

c)

C. Pencegahan

d)

D. Pendidikan Masyarakat

21.

Berikut adalah perbuatan yang mempunyai unsur rasuah, kecuali:

a)

A. Memberi hadiah kepada guru supaya dilantik AJK Kelab

b)

B. Memberi sedekah ikhlas kepada mangsa banjir

c)

C. Tidak melaporkan sesuatu perbuatan salah selepas terima duit habuan

d)

D. Pegawai Polis melepaskan seorang penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar

22.

Apakah kepentingan sikap amanah yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan?

a)

A. Untuk mempengaruhi kehidupan orang lain

b)

B. Untuk menimbulkan rasa taat kepada pemimpin

c)

C. Untuk mewujudkan perasaan muhibah dalam kalangan pelajar

d)

D. Untuk menimbulkan perasaan curiga dalam kalangan masyarakat

23.

Berikut merupakan perkara yang perlu dilakukan oleh seorang ketua kelas, kecuali

a)

A. Menolong rakan-rakannya yang dalam kesusahan

b)

B. Membantu guru tanpa mengharapkan balasan

c)

C. Melaporkan semua kesalahan kepada guru tanpa memilih kasih

d)

D. Memberi hadiah kepada guru untuk mendapatkan markah yang tinggi

24.

Apakah salah satu huraian bagi ciri-ciri seorang pemimpin yang amanah

a)

A. Menjalankan tugas dengan adil dan bertanggungjawab

b)

B. Melakukan sikap berlengah-lengah dalam melakukan tugas

c)

C. Mengambil sedikit keuntungan untuk kerja-kerja yang dilakukan

d)

D. Memberitahu maklumat sulit kerajaan kepada kawan-kawan

25.

Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pegawai kastam yang berintegriti jika ditawarkan sogokan?

a)

A. Menerima sogokan tersebut tetapi dalam jumlah yang sedikit

b)

B. Mengambil sogokan dan berasa bangga

c)

C. Mendermakan sogokan yang diterima kepada rumah anak yatim

d)

D. Tidak mengambil sogokan dan melaporkan kepada SPRM

26.

Pernyataan manakah yang mempunyai unsur jenayah rasuah?


I. Anuar memberi duit kepada Zahid supaya menyokongnya untuk menjadi ketua kelas


II. Anuar memberi duit kepada Zahid supaya membantu mangsa-mangsa banjir


III. Ahmad menerima wang daripada Zaiton kerana membantu Zaiton mendapatkan tender projek perumahan bernilai RM10 juta


IV. Ahmad memberi setengah daripada bonus gajinya kepada tabung Gaza

a)

A. I dan II

b)

B. II dan III

c)

C. I dan III

d)

D. Il dan IV

27.

Apakah kepentingan bersikap jujur yang dipraktikkan dalam kehidupan?

a)

A. Untuk mempengaruhi kehidupan orang lain

b)

B. Untuk menimbulkan rasa taat kepada pemimpin

c)

C. Untuk mewujudkan perasaan muhibah dalam kalangan pelajar

d)

D. Untuk menimbulkan perasaan curiga dalam kalangan masyarakat

28.

Etika menjelaskan cara _______________

a)

A. Mematuhi peraturan

b)

B. Bertanggungjawab

c)

C. Menunjukkan rasa hormat

d)

D. Bersikap amanah

29.

Manakah yang tidak benar mengenai moto SPRM ?

a)

A. Amanah – Amanah dalam menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab

b)

B. Jujur – Jujur dan telus dalam menjalankan tugas bagi memastikan negara bebas daripada rasuah

c)

C. Tegas – Tegas menjalankan penyiasatan terhadap semua perlakuan rasuah secara objektif tanpa pilih kasih

d)

D. Adil – Adil bertindak secara saksama tanpa prasangka dan berat sebelah dalam semua keadaan berteraskan keluhuran undang-undang

30.

Abu bertindak memberi sejumlah wang kepada pesaing-pesaingnya satu tender projeknya supaya mereka menarik diri daripada mendapatkan tender itu. Merujuk pernyataan di atas, terangkan jenayah yang telah dilakukan oleh Abu.

a)

A. Riba

b)

B. Syiah

c)

C. Zalim

d)

D. Rasuah

31.

Kenal pasti sahsiah guru yang boleh dicontohi oleh pelajar

a)

A. Banyak bercakap

b)

B. Malas

c)

C. Berketerampilan

d)

D. Cepat marah

32.

Antara berikut, yang manakah bukan sikap individu yang jujur ?

a)

A. Sanggup mengakui kelemahan diri sendiri

b)

B. Bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang timbul

c)

C. Mempunyai integriti diri untuk melaksanakan tanggungjawab

d)

D. Menimbulkan kecurigaan orang lain

33.

Mengapa kita perlu amanah dalam setiap perbuatan kehidupan seharian ?

a)

A. Untuk memikat seseorang

b)

B. Untuk memperluaskan pengaruh

c)

C. Dipandang mulia oleh masyarakat

d)

D. Untuk mendapat kepercayaan semata-mata

34.

Di bawah adalah perbuatan tidak berintegriti, kecuali

a)

A. Berani mengaku kesalahan yang dilakukan

b)

B. Tidak melaporkan perbuatan salah yang dilakukan rakan-rakan

c)

C. Membantu menukar tayar kereta yang pancit dan mengharapkan balasan wang

d)

D. Memberi guru hadiah dengan harapan mendapat markah tinggi dalam peperiksaan

35.

Berapakah jumlah pelajar/murid sekolah menengah yang telah menyertai Program Wira Anti Rasuah (WAR) dari tahun 2014 hingga 2020 ?

a)

A. 2917

b)

B. 1729

c)

C. 2971

d)

D. 7129

36.

Yang manakah antara berikut perbuatan orang yang berdisiplin ?

a)

A. Pengawas perpustakaan menjual buku perpustakaan

b)

B. Penjual mencampurkan air dalam susu untuk mendapat untung yang lebih

c)

C. Seorang pelajar memotong rambutnya di kedai agar kelihatan kemas selalu

d)

D. Pelajar mengisi maklumat yang salah mengenai gaji bapanya dalam borang memohon bantuan kewangan

37.

Abu bertindak memberi sejumlah wang kepada pesaing-pesaingnya satu tender projeknya supaya mereka menarik diri daripada mendapatkan tender itu. Siapakah pihak berkuasa yang boleh mengambil tindakan kepada Abu dalam kes ini ?

a)

A. Jabatan Pendaftaran Malaysia

b)

B. Jabatan Pengangkutan Jalan Raya

c)

C. Suruhanjaya Perkhidamatan Awam

d)

D. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

38.

Di antara berikut, manakah perbuatan orang yang bersifat amanah dan jujur ?

a)

A. Pengawas perpustakaan menjual buku perpustakaan

b)

B. Penjual mencampurkan air dalam susu untuk mendapat untung yang lebih

c)

C. Seorang pelajar terjumpa dompet duit di tepi jalan dan menyerahkannya ke balai polis

d)

D. Pelajar mengisi maklumat yang salah mengenai gaji bapanya dalam mengisi borang permohonan biasiswa

39.

Seorang remaja menunggang motosikal dengan laju dan melanggar lampu isyaratJika anda adalah seorang anggota polis trafik yang melihat situasi di atas, apakah tindakan anda ?

a)

A. Membiarkan sahaja remaja tersebut

b)

B. Menahan remaja tersebut serta menyamannya

c)

C. Menahan remaja tersebut dan meminta rasuah agar anda tidak menyamannya

d)

D. Menahan remaja tersebut dan memukulnya kerana menunggang motosikal dalam keadaan membahayakan

40.

Berikut merupakan bentuk-bentuk rasuah yang lain selain daripada wang, kecuali ?

a)

A. Pekerjaan

b)

B. Potongan harga

c)

C. Pakej pelancongan

d)

D. Dapat bonus kerana menjalankan tugas dengan cemerlang

41.

Apakah yang dimaksudkan dengan seorang yang beretika ?

a)

A. Individu yang bertindak mengikut peraturan

b)

B. Individu yang tidak bertindak mengikut peraturan

c)

C. Pemain akan memastikan pasukan mereka kalah

d)

D. Pemain mempunyai semangat kesukanan yang tinggi

42.

Ahmad adalah seorang anggota polis telah menahan Aminah yang melanggar lampu isyarat. Ahmad meminta wang sebanyak RM200 daripada Aminah sekiranya tidak mahu tindakan saman. Apa tindakan yang perlu dilakukan oleh Aminah ?

a)

A. Melarikan diri

b)

B. Tidak berbuat apa-apa

c)

C. Menunaikan permintaan Ahmad

d)

D. Melaporkan kepada pihak berkuasa (SPRM)

43.

Mengapakah kita perlu menerapkan nilai jujur kepada kanak-kanak sejak dari kecil ?

a)

A. Kerana perkara tersebut wajib dilakukan

b)

B. Kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara

c)

C. Kerana mereka bersikap degil dan tidak mendengar kata

d)

D. Kerana mereka masih kecil dan tidak mengerti apa-apa

44.

Berikut adalah jawatan dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kecuali ?

a)

A. Pesuruhjaya

b)

B. Penguasa

c)

C. Penolong Penguasa

d)

D. Penyiasat

45.

Berikut adalah usaha-usaha bagi menerapkan nilai amanah dalam diri, kecuali ?

a)

A. Menunjukkan contoh yang terbaik kepada kanak-kanak

b)

B. Menjaga tingkah laku dan bersikap amanah di hadapan ibu bapa sahaja

c)

C. Mendidik pelajar agar sentiasa amanah dan jujur dalam perbuatan

d)

D. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik

46.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Ezad terjumpa beg duit di atas tempat duduk menunggu teksi. Beliau me ambil beg duit tersebut dan membukanya. Ezad dapati, terdapat wang RM200 dan beberapa barang kemas dalam beg duit itu. Kebetulan Ezad mengenali pemilik beg duit tersebut yang merupakan jiran beliau. Berikan cadangan anda, apakah yang perlu Ezad lakukan ?

a)

A. Mengambil beg duit tersebut

b)

B. Membiarkan sahaja beg duit tersebut

c)

C. Memulangkan beg duit tersebut kepada pemiliknya

d)

D. Memulangkan dan meminta upah daripada pemilik beg

47.

Di antara amalan yang berikut, yang manakah merupakan paling efektif dalam memupuk budaya membenci rasuah dalam kalangan warga sekolah ?

a)

A. Berintegriti

b)

B. Mata duitan

c)

C. Bersangka baik

d)

D. Tidak bertanggungjawab

48.

Pilih contoh rasuah yang sering berlaku dalam masyarakat kita pada masa kini

a)

A. Faiez memberi seutas jam tangan kepada Salmiah sempena ulang tahun kelahiran yang ke-22

b)

B. Zaki memberi sedikit wang kepada Abdullah kerana Abdullah telah menolong membersihkan keretanya

c)

C. Ahmad telah melangsaikan hutangnya kepada Akmal yang telah dipinjamkannya pada minggu lepas

d)

D. Ali memberi hadiah berbentuk set golf kepada Abu supaya Abu mempercepatkan proses bayaran bagi tuntutannya

49.

Maklumat tentang jenayah rasuah boleh disalurkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggunakan cara berikut, kecuali ?

a)

A. Hadir sendiri ke mana-mana pejabat SPRM

b)

B. Menghubungi pegawai SPRM melalui panggilan telefon

c)

C. Bercerita di kedai kopi

d)

D. Menghantar surat rasmi ke pejabat SPRM

50.

Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terletak dimana ?

a)

A. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

b)

B. Wilayah Persekutuan Putrajaya

c)

C. Shah Alam, Selangor

d)

D. Johor Bahru, Johor