wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MANDI WAJIB DAN MANDI SUNAT

Total questions: 25

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud mandi wajib?

a)

Mandi pada sebelah malam

b)

Meratakan air keseluruh badan kecuali rambut

c)

Mandi ialah meratakan air mutlak ke seluruh badan dengan niat dan syarat-syarat tertentu

d)

Mandi ialah meratakan air mutlak ke seluruh badan dengan niat dan tanpa syarat-syarat tertentu

2.

Berikut adalah sebab sebab mandi wajib

KECUALI

a)

keluar darah haid dan nifas.

b)

keluar air mani sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja;

c)

mati yang bukan mati syahid

d)

anggota badan terkena air arak

3.

Nyatakan hukum bagi pernyataan berikut :-


"Iman mandi wajib tanpa niat"

a)

sah

b)

tidak sah

4.

Nyatakan hukum bagi pernyataan berikut :-


"Sabfina mandi wajib tidak membaca basmalah"

a)

sah

b)

tidak sah

5.

Nyatakan hukum bagi pernyataan berikut :-

"Zul Aliff tidak meratakan air keseluruh badan ketika mandi wajib"

a)

sah

b)

tidak sah

6.

Nyatakan hukum bagi pernyataan berikut :-

"Rahmat mengerjakan tawaf haji ketika dalam keadaan hadas besar"

a)

sah

b)

tidak sah

7.

Nyatakan hukum bagi pernyataan berikut :-

"Shahirah menunaikan solat sunat hajat sebaik sahaja selesai mandi wajib"

a)

sah

b)

tidak sah

8.

Air yang digunakan untuk mandi wajib ialah air musta'mal.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Disunatkan membaca doa seperti doa selepas wudhu' ketika mandi wajib.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Tandakan jenis-jenis mandi sunat.

a)

Mandi sunat selepas memandikan mayat

b)

Mandi sunat setelah pulih daripada hilang akal

c)

Mandi sunat setelah mandi pantai

d)

Mandi sunat kerana wuquf di 'Arafah

e)

Mandi sunat sebelum banjir

11.

Athirah telah berhadas besar. Dia tidak mandi wajib dan meninggalkan solat subuh.

a)

Berdosa

b)

Tidak berdosa

c)

Harus

12.

Perkara yang dilarang semasa berhadas besar adalah

a)

membaca buku agama

b)

membaca al-Quran

c)

duduk di luar pagar masjid

d)

mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran

13.

Antara berikut yang manakah merupakan satu daripada rukun mandi wajib?

a)

Pakai pakaian

b)

Meratakan air ke seluruh badan

c)

Mandi selepas waktu isyak

d)

Berkumur

14.

Mandi yang diwajibkan bagi lelaki

a)

Istihadah

b)

Haid

c)

Keluar air mani atau bersetubuh

d)

Bergurau

15.

Islam menitikberatkan kebersihan.....

a)

Zahri dan Batin

b)

Batin dan Zuhri

c)

Zahir dan zohor

d)

Zahir dan Batin

16.

Nyatakan hukum bagi pernyataan berikut :-

Selepas bangun dari tidur, Fikri mendapati dirinya terkeluar air mani. Dia menunaikan solat subuh selepas mandi wajib di rumahnya.

a)

Sah solat

b)

Solat sah, wudhu’ tidak sah

c)

Tidak sah solat

d)

Makruh bersolat

17.

Antara berikut, manakah BUKAN hikmah mandi wajib ?

a)

Mewangikan badan

b)

Mengelakkan penyakit

c)

Memberikan kesegaran

d)

Mendapat pujian

18.

Kita wajib mendahulukan anggota sebelah kanan. Betul atau salah ?

a)

Betul

b)

Salah

19.

Apakah jenis mandi sunat ini?

a)

Mandi sunat gerhana

b)

Mandi sunat hari malam

c)

Mandi sunat Hari Raya

20.

Apakah jenis mandi sunat ini?

a)

Mandi sunat selepas makan

b)

Mandi sunat selepas memandikan mayat

c)

Mandi sunat selepas solat

21.

Nazrul ingin menunaikan solat Jumaat. Apakah jenis mandi yang boleh dilakukan olehnya?

a)

Mandi wajib

b)

Mandi harus

c)

Mandi sunat

22.

Muthusamy baru sahaja memeluk agama Islam.

Apakah yang perlu dilakukannya?

a)

Mandi sunat kerana ihram

b)

Mandi sunat kerana masuk islam

c)

Mandi sunat kerana wukuf di Arafah

23.

Ibadah yang diperbolehkan bagi orang yang sedang haid iaitu....

a)

Solat sunat

b)

Puasa sunat

c)

Bersedekah

d)

I'tikaf (berdiam diri di masjid)

24.

___________ adalah untuk menggantikan mandi wajib sekiranya ketiadaan air.

a)

Tayammum

b)

Wudhuk

c)

Solat

d)

Basuh

25.

Apakah maksud darah nifas?

a)

Darah yang keluar daripada rahim wanita yang sihat pada setiap bulan setelah mencapai umur dewasa

b)

Darah yang keluar semasa melahirkan anak

c)

Darah yang keluar selepas melahirkan anak