wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tajuk 3 SEM 2: Bentuk Kata Majmuk

Total questions: 70

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

1) Apakah maksud kata majmuk?

a)

Bentuk kata yang menggandakan ayat sehingga membawa makna tertentu.

b)

Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.

c)

Bentuk kata yang memupuk perpaduan masyarakat majmuk yang berbilang kaum

d)

Bentuk kata yang menggabungkan dua kata dasar yang membawa makna tertentu.

2.

2) Berikut merupakan pernyataan yang benar mengenai kata majmuk kecuali

a)

Kata majmuk dieja terpisah

b)

Kata majmuk bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

c)

Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu rangkai kata bebas, istilah khusus dan maksud kiasan (simpulan bahasa).

d)

Kata majmuk tidak boleh menerima imbuhan dan tidak boleh melibatkan penggandaan.

3.

3) Pilih padanan kata majmuk yang betul

a)

Rangkai kata bebas - alat tulis, gambar rajah, jam tangan

b)

Istilah khusus - Perdana Menteri, Ketua Menteri, Naib Canselor

c)

Maksud Kiasan - kaki ayam, pilih kasih, urus setia

4.

4) Pilih padanan kata majmuk yang betul

a)

Rangkai kata bebas - air hujan, nasi minyak, pita suara

b)

Istilah khusus - reka bentuk, lut sinar, mata pelajaran

c)

Maksud kiasan - bulan madu, duit kopi, buah hati

5.

5) Pilih maksud ayat majmuk yang betul.

a)

Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

b)

Ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

c)

Ayat yang mengalami proses pengimbuhan sama ada pengimbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan.

d)

Ayat yang menggambarkan masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum.

6.

6) Berikut merupakan jenis ayat majmuk kecuali

a)

AM Gabungan

b)

AM Imbuhan

c)

AM Pancangan

d)

AM Campuran

7.

7) Pilih contoh padanan jenis ayat majmuk yang betul.

a)

AM Gabungan = Dan, Atau, tetapi

b)

AM Pancangan = Dan, Yang, Bahawa

c)

AM Gabungan = Dan, Sekiranya, Yang

d)

AM Pancangan = Untuk, Kerana, Tetapi

8.

12) Basikal itu dibaiki oleh Ayah

Basikal itu dijual oleh Ayah

Basikal itu sentiasa rosak

a)

Basikal itu dibaiki dan dijual oleh ayah kerana sentiasa rosak

b)

Basikal itu dibaiki oleh ayah sekiranya mahu dijual dan sentiasa rosak.

c)

Basikal yang sentiasa rosak itu dibaiki kerana Ayah mahu menjualnya.

d)

Basikal itu rosak dan dijual malah dibaiki oleh ayah.

9.

 Pilih jenis ayat yang betul.Pilih\ jenis\ ayat\ yang\ betul.  
 Kee Jun dan Kyle menunggang basikal Kee\ Jun\ dan\ Kyle\ menunggang\ basikal\       pulang dari sekolah.pulang\ dari\ sekolah.  

a)

Ayat Tunggal

b)

Ayat Majmuk

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Suruhan

10.

Kelas BM dibatalkan pada minggu ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan.

a)

Ayat Tunggal

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Majmuk

d)

Ayat Permintaan

11.

Wei Xiong berasa gembira kerana mendapat hadiah daripada ibu bapanya.

Pilih sama ada ayat di atas ialah ayat tunggal atau ayat majmuk.

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

12.

Pilih ayat majmuk dalam senarai ayat di bawah.

a)

Ibu Jia Xuan ingin membeli ayam dan daging di kedai itu.

b)

Dato' Lee Chong Wei adalah seorang atlet badmintn negara dan bekas pemain nombor satu dunia.

c)

Perompak itu berjaya melepaskan diri.

d)

Dia pergi ke Shah Alam menaiki kereta.

13.

Manakah BUKAN ayat majmuk dalam senarai ayat ini?

a)

Kami pergi melancong ke negara Korea dan Jepun.

b)

Lee Kwang Soo telah menyerahkan trofi itu.

c)

Kamu boleh memilih untuk belajar dalam bidang Sastera atau Sains selepas tamat Pentaksiran Tingkatan 3.

d)

Anak harimau itu sedang tidur di dalam kandang.

14.

Pilih ayat majmuk berdasarkan senarai ayat di bawah.

a)

Sharveen aktif dalam bidang sukan olahraga.

b)

Jian Jye tidak suka memegang kucing dan arnab.

c)

Louise memakai baju kebaya berwarna hijau hari ini.

d)

Kakak membasuh pinggan manakala adik memotong sayur.

15.

Bilangan kata majmuk ada :

a)

12

b)

13

c)

14

d)

15

16.

18) Pilih ayat yang menggunakan kata majmuk dengan BETUL.

a)

Yusuf telah dipilih untuk menyertai kuiz Bahasa Melayu peringkat antara bangsa pada bulan depan.

b)

Kerjasama semua pihak menyebabkan kes kecurian yang berlaku di kampung itu dapat diselesaikan.

c)

Peraturan yang dikuat kuasakan semalam mendapat bantahan daripada beberapa orang pegawai.

d)

Aturcara majlis pada malam tadi agak kelam-kabut kerana tetamu kenamaan tiba lewat.

17.

20) Pilih ayat yang menggunakan kata majmuk dengan SALAH.

a)

Adrian mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Lim kerana menghadiahkannya sebatang pen.

b)

Antara syarat untuk memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) mestilah warga negara Malaysia.

c)

Ibu menyediakan pelbagai jenis makanan seperti ketupat, lemang, sate dan pencuci mulut, iaitu puding jagung.

d)

Amira suka akan mata pelajaran Sains dan Matematik.

18.

Baca dan kenal pasti kata majmuk yang terdapat dalam ayat ini.


Pada zaman dahulu, sebelum wujudnya peranti elektronik seperti telefon bimbit, permainan sepak raga merupakan permainan pilihan anak muda di kampung.

a)

sepak raga

b)

peranti elektronik

c)

telefon bimbit

d)

anak muda

19.

Baca dan kenal pasti kata majmuk yang terdapat dalam ayat ini.


Murid - murid perlu mematuhi peraturan di dalam makmal sains kerana terdapat banyak bahan uji kaji yang boleh membahayakan keselamatan mereka.

a)

murid - murid

b)

di dalam

c)

makmal sains

d)

uji kaji

20.

Berikut merupakan jenis-jenis kata majmuk kecuali ________.

a)

Kata Majmuk Mantap

b)

Kata Majmuk Apitan

c)

Kata Majmuk Kiasan

d)

Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas

21.

Dia tidak hadir ke sekolah () deman.

a)

lalu

b)

jika

c)

kerana

d)

sambil

22.

Jay suka makan nasi lemak () roti canai?

a)

dan

b)

atau

c)

supaya

d)

lalu

23.

Guan Hong menonton televisyen () berbaring.

a)

kerana

b)

lalu

c)

sambil

d)

tetapi

24.

Puan Eng mengemas rumah () mendengar radio.

a)

lalu

b)

tetapi

c)

kerana

d)

sambil

25.

Kak Wan () Kak Yan yang memasak kek ini?

a)

sambil

b)

dan

c)

atau

d)

malahan

26.

Pernyataan yang manakah yang berkaitan dengan proses pembentukan kata majmuk ?

a)

Mengulang atau menggunakan kata dasar secara penuh atau separa

b)

Merangkaikan dua kata dasar atau lebih untuk membawa makna tertentu.

c)

Merangkaikan dua kata dasar atau lebih untuk membawa maksud yang sama

d)

Mencantumkan bahagian tertentu daripada beberapa perkataan hingga membentuk satu perkataan baharu.

27.

Yang manakah ayat yang mengandungi kata majmuk yang terdiri daripada istilah khusus ?

a)

Melafazkan ucapan terima kasih merupakan amalan yang mulia.

b)

Reka bentuk bangunan itu dicipta oleh seorang arkitek yang terkenal.

c)

Para naib canselor universiti akan bermesyuarat pada minggu depan.

d)

Kegiatan tumbuk rusuk dalam kalangan kakitangan awam masih terkawal

28.

Yang manakah ayat yang mempunyai kata majmuk yang dieja dengan betul ?

a)

Jalan raya di bandaraya itu sentiasa sesak.

b)

Barangkali mereka sudah balik ke kampung.

c)

"Kemaskini segera data ahli persatuan kita,"katanya.

d)

Temuramah itu dijangka bermula pada pukul 10:00 pagi.

29.

Yang manakah padanan yang betul antara jenis kata majmuk dengan contohnya?

a)

Kata majmuk rangkai kata bebas: Duta Besar

b)

kata majmuk Istilah Khusus: Makan suap

c)

Kata majmuk kiasan: Kanta tangan

30.

Yang manakah kata majmuk yang berbentuk istilah khusus ?

a)

cari gali

b)

bom tangan

c)

tumbuk rusuk

d)

terima kasih

31.

Yang manakah perkataan yang kata dasarnya terdiri daripada kata majmuk ?

a)

bertanggungjawab

b)

menghakiskan

c)

mengkucarkacirkan

d)

ketidaksempurnaan

32.

Yang manakah ayat yang mengandungi kata adjektif majmuk ?

a)

Pelajar yang panjang tangan tidak disukai oleh rakan-rakannya.

b)

Kereta baharu Cikgu Aiman berwarna hijau daun.

c)

Cuaca panas terik di kota Mekah memang fenomena biasa.

d)

Rakyat tanpa mengira tua muda menghadiri majlis rumah terbukanya.

33.

Yang manakah kesemuanya kata majmuk dalam perkataan di bawah.

a)

makan angin, meja tulis, garis pusat

b)

beri muka, anjakan paradigma, rumah kedai

c)

kertas kerja, jalan raya, gabung jalin

d)

jalan mati, setiausaha sulit, ambil peduli

34.

Semua ayat yang berikut menggunakan kata majmuk, kecuali

a)

Encik Yusuf memiliki beberapa buah rumah sewa.

b)

Semua tetamu diminta bersabar sementara hujan berhenti.

c)

Sikapnya yang berat tulang tidak disenangi oleh rakan-rakan.

d)

Atur cara majlis tersebut sedang diedarkan kepada orang ramai.

35.

Yang manakah kata majmuk yang kedua-duanya terbina daripada kata tunggal dan kata terbitan ?

a)

buku latihan, ambil alih

b)

pesuruh jaya, penyata bulanan

c)

tali jerami, mata pencarian

d)

tepian permatang, berkuat kuasa

36.

Yang manakah kata majmuk yang sudah mantap sebagai kata yang utuh ?

a)

sukarela

b)

tengah hari

c)

surat khabar

d)

segi empat tepat

37.

Semua pasangan yang berikut terdiri daripada kata majmuk, kecuali

a)

kemas kini, mata keranjang

b)

kayu ukur, matahari

c)

kuat kuasa, panjang akal

d)

hutan rimba, negara kita

38.

Yang manakah kata majmuk yang terdiri daripada istilah khusus ?

a)

atur cara

b)

deria rasa

c)

anak emas

d)

bom tangan

39.

Yang berikut ialah kata majmuk, kecuali

a)

merah hati

b)

julung kali

c)

rukun tetangga

d)

hukum alamiah

40.

Yang manakah kata adjektif majmuk ?

a)

putih telur

b)

muda remaja

c)

riang gembira

d)

kaki botol

41.

Yang manakah kata majmuk yang tergolong sebagai kata kerja ?

a)

hijau daun

b)

kemas kini

c)

putih telur

d)

segi empat tepat

42.

Yang manakah kata majmuk yang dieja dengan tepat ?

a)

pengaturcaraan, kewarganegaraan

b)

berlatar belakangkan, urusetia

c)

nilai apungan, tahap aliran, mengulangsemak

d)

membabi buta, mengambilalih

43.

Yang manakah antara perkataan berikut ialah kata majmuk istilah khusus ?

a)

telefon talian tetap, jalur lebar

b)

zon hijau, rumah pangsa

c)

ayat majmuk, anak emas

d)

sisihan piawai, warga emas

44.

Yang manakah ejaan kata majmuk yang tepat setelah mengalami proses penggandaan.

a)

mengambilalihkan, mengemaskini

b)

pola-pola ayat, rumah tumpangan-rumah tumpangan

c)

setiausaha-setiausaha, warganegara-warganegara

d)

rumah pangsa, pejabat kerajaan-kerajaan

45.

Yang manakah perkataan di bawah yang merupakan kata majmuk rangkai kata bebas ?

a)

kapal terbang, kaki bangku

b)

lut sinar, sindrom amnesia

c)

warga emas, singa betina

d)

jalan raya, berus gigi

46.

1.Pilih ayat yang betul


i Mak Tijah sedang menambah baik perabot di ruang tamu rumahnya.

ii. Peguam terkenal itu tidak pernah mencampuradukkan urusan peribadi dengan kerjayanya.

iii. Tindakan saksi yang telah memutarkan belitkan cerita menyukarkan lagi proses perbicaraan

iv. Kedai-kedai kain itu menawarkan jualan murah bersempena dengan musim perayaan.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

47.

2.Pilih ayat-ayat yang betul


I Dukacita dimaklumkan bahawa Sahara layak mengikuti pengajian di universiti luar negara

II Tanda- tandatangan yang diraih akan dikira sebelum diberikan kepada pengetua.

III Kartik telah menyelitkan unsur peribahasa dalam karangnya.

IV Pakar-pakar bahasa sedang membincangkan modul pengajaran bahasa Melayu di bilik mesyuarat.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I,II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

48.

3.Pilih Jawab yang betul


I. Ibu membawa adik ke kedai untuk membeli alat tulis-alat tulis

II. Pengubahsuaian rumah banglo itu melibatkan bahagian dapur sahaja

III. Kerja-kerja mengemas kini data syarikat itu akan saya lakukan

IV. Setiap kaki-kakitangan syarikat itu dijemput untuk menghadiri majlis makan malam.

a)

I dan IV sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV sahaja

49.

4.Pilih ayat yang betul.


I.Pengetua sekolah telah memanggil ketua-ketua ke biliknya

II. Siapakah yang telah sanggup menghancur musnahkan kebahagian keluarga itu?

III. Pemberitahuan notis pemberhentian pekerja akan dilakukan bulan depan

IV.Kebarangkalian untuk mereka memenangi pertandingan itu tips.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

50.

5.Pilih ayat yang betul


I. Kita tidak boleh berbuat sesuatu tindakan itu secara suka-sukarela

II. Pihak pengurusan sekolah telah mengikut sertakan ibu bapa dalam program gotong-royong itu.

III. Kebolehterimaan penduduk terhadap sistem baharu itu tidak dapat dipastikan lagi.

IV. Keluarbiasaan bakat yang dimiliki oleh pemuda itu menarik perhatian penerbit untuk membukukan kisah hidupnya.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

51.

6.Pilih ayat yang betul


I. Perhentian bas-perhentian bas itu kotor dengan sampah sarap.

II. Nik Muzamil akan menyertai acara olahraga dalam temasya sukan itu.

III. Rancangan televisyen itu direhatkan sementara untuk tujuan penambahbaikan mutu kandungan

IV. Sebagai penterjemah, Gary mengalih bahasakan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dengan baik sekali.

a)

I dan IV sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I,III dan IV sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

52.

Kebanyakkan kata majmuk biasanya boleh terdiri daripada berapa kata dasar?

a)

satu kata dasar

b)

dua kata dasar

c)

tiga kata dasar

d)

empat kata dasar

53.

Kategori Kata Majmuk mempunyai berapa jenis?

a)

1

b)

6

c)

3

d)

5

54.

Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata bebas?

(a)  

55.

Apakah yang dimaksudkan dengan kata majmuk istilah khusus?

a)

khusus kepada sesuatu bidang ilmu dan nama-nama jawatan

b)

khusus kepada sesuatu perkara dan nama-nama sekolah

c)

khusus kepada sesuatu makanan dan nama-nama kuih

d)

khusus kepada sesuatu perbuatan dan warna-warni

56.

Apakah yang dimaksudkan dengan kata majmuk kiasan?

(a)  

57.

Yang manakah kata majmuk bagi jenis rangkai kata bebas?

a)

Kuning langsat

b)

Lut Sinar

c)

Nasi minyak

d)

Pita Suara

e)

Nasi Lemak

58.

Apakah contoh untuk kata majmuk istilah khusus?

a)

Makan angin

b)

Kaji Bumi

c)

Ringan Tulang

d)

Ketua Pustakawan

e)

Kaki Bangku

59.

Yang manakah contoh untuk jenis kata majmuk kiasan?

a)

anak

b)

anak-anak

c)

anak emas

d)

anak perak

60.

Apakah cara paling mudah untuk mengenal pasti kata majmuk?

(a)  

61.

Kata Majmuk juga mempunyai satu tahap yang berbeza dengan kata majmuk yang, iaitu dikenali sebagai...

(a)  

62.

Kata Majmuk mantap hanya mempunyai jumlah sebanyak ...

(a)  

63.

Dalam jenis kata majmuk majmuk mantap mempunyai satu perkataan "dinihari". Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut?

a)

Subuh

b)

Hampir pukul 3.30 pagi

c)

Petang

d)

Hampir pukul 3.30 petang

64.

Apakah cara untuk mengenal pasti kata majmuk mantap?

(a)  

65.

Binaan kata majmuk boleh dibina dalam bentuk...

a)

ayat tunggal dengan ayat tunggal

b)

ayat tunggal dengan kata tunggal

c)

kata terbitan dengan ayat tunggal

d)

kata tunggal dengan kata tunggal

e)

kata terbitan dengan kata tunggal

66.

Yang manakah contoh untuk binaan kata majmuk kata tunggal dengan kata terbitan.

a)

penyiasat persendirian

b)

buruh binaan

c)

pilihan raya

d)

pengawal keselamatan

e)

batu loncatan

67.

Menyentuh tentang golongan kata majmuk pula mempunyai 4 golongan, antaranya...

a)

kata nama majmuk

b)

kata kerja majmuk

c)

kata sendi majmuk

d)

kata hubung majmuk

68.

Apakah contoh bagi Kata kerja majmuk?

a)

Guru besar

b)

Balai raya

c)

lipat ganda

d)

muda remaja

e)

mereka bentuk

69.

Apakah contoh untuk kata adjektif majmuk?

a)

merah jambu

b)

Ketua Murid

c)

Kuning Langsat

d)

Panas terik

e)

kenapa

70.

Apakah contoh untuk kata tugas majmuk?

a)

bagaimana

b)

mengapa

c)

siapa

d)

bila

e)

kenapa