wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UNIT 2 PERATURAN BILIK SAINS SAINS TAHUN 3

Total questions: 45

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah bukan kemahiran manipulatif di Bilik Sains?

a)

Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat

b)

Membawa keluar peralatan sains dari Bilik Sains

c)

Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul

2.

Antara berikut, yang manakah merupakan peraturan Bilik Sains yang perlu dipatuhi?

a)

Buang sisa pepejal ke dalam bakul sampah

b)

Simpan semua alat dan radas secara bersepah

c)

Membawa pulang alat dan radas yang rosak

3.

Rajah berikut menunjukkan satu situasi di dalam Bilik Sains.


Apakah tindakan yang perlu diambil oleh murid tersebut?

a)

Membuang tabung uji yang telah pecah ke dalam tong sampah

b)

Melaporkan perkara tersebut kepada guru

c)

Membeli tabung uji yang baru

4.

Antara berikut, apakah kepentingan mengamalkan peraturan di Bilik Sains?

a)

Bilik Sains akan sentiasa ceria

b)

Proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar

c)

Bilik Sains akan menjadi kotor

5.

Rajah berikut menunjukkan satu tindakan yang diambil oleh dua orang murid.


Antara berikut, apakah peraturan di Bilik Sains yang diamalkan oleh murid tersebut?

a)

Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan betul

b)

Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat

c)

Mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul dan cermat

6.
Mengapakah murid-murid dilarang makan atau minum ketika berada di Bilik Sains?
a)
Makanan atau minuman mereka mungkin dicemari oleh bahan sains
b)
Mereka akan mengganggu murid-murid yang lain
c)
Mereka akan menarik perhatian haiwan perosak.
d)
Mereka akan mengotorkan Bilik sains
7.
Mengapakah murid harus mendengar arahan guru terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang eksperimen?
a)
Supaya keputusan dapat diperhatikan dengan tepat.
b)
Supaya tiada pembaziran bahan sains semasa eksperimen dijalankan
c)
Supaya eksperimen dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang kemalangan
d)
Supaya murid-murid tidak perlu meniru keputusan eksperimen daripada rakan mereka
8.
Antara berikut yang manakah tujuan mematuhi peraturan Bilik Sains?
a)
Memudahkan guru memberi arahan
b)
Memastikan eksperimen dapat dijalankan dengan cepat
c)
Mengelakkan kehilangan bahan dan peralatan sains dalam Bilik Sains
d)
Mengelakkan kecederaan berlaku semasa menjalankan eksperimen
9.
Mengapakah peralatan dan bahan sains diletakkan di Bilik Sains
a)
Supaya tidak pecah
b)
Supaya mudah dilihat
c)
Supaya Bilik Sains kelihatan kemas
d)
Supaya mudah diambil apabila diperlukan
10.
Di manakah peti pertolongan cemas harus diletakkan di Bilik Sains
a)
Di dalam laci
b)
Di atas meja guru
c)
Di dalam almari berkunci
d)
Di tempat yang mudah dilihat
11.
Berikut adalah perbualan dua orang murid ketika menjalankan suatu aktiviti
Rina : Warna larutan ini sangat menarik.
Wani : Biar saya hidu apa baunya.
Tindakan yang manakah harus Rina lakukan?
a)
Melarang Wani menghidu larutan itu
b)
Membiarkan Rina menghidu larutan itu
c)
Mengucap terima kasih kepada Rina
d)
Menghidu larutan itu bersama-sama Rina
12.
Bagaimanakah sisa bahan yang terbakar harus dibuang selepas melakukan aktiviti di Bilik Sains?
a)
Dibuang ke dalam beg plastik
b)
Dibuang ke dalam bakul sampah
c)
Dipadamkan dan dibungkus dengan kertas
d)
Dibasahkan sebelum dibuang ke dalam bakul sampah
13.
Tangan Janna tercedera ketika menjalankan aktiviti di Bilik Sains. Janna perlukan kain pembalut luka di dalam peti pertolongan cemas. Bagaimanakah cara Janna mendapatkan peti pertolongan cemas?
a)
Mengambilnya dari tempat simpanan
b)
Meminta kebenaran ketua kelas
c)
Meminta kebenaran guru besar
d)
Meminta kebenaran guru
14.
Apakah yang harus dilakukan oleh murid perempuan yang berambut panjang ketika menjalankan penyiasatan di Bilik Sains?
a)
Memakai topi keselamatan
b)
Mengikat rambut dengan kemas
c)
Membiarkan rambut mengerbang
d)
Memotong rambut terlebih dahulu
15.
Sara dan Dila membuang kertas litmus yang terdapat dalam jus limau ke dalam singki. Apakah yang akan berlaku akibat tindakan murid-murid itu?
a)
Kertas litmus akan habis dengan cepat
b)
Bilik Sains akan berbau busuk
c)
Singki akan tersumbat
d)
Banyak air dibazirkan
16.
Ziana membuang kayu uji berbara ke dalam bakul sampah. Kemungkinan yang manakah boleh berlaku akibat daripada tindakan Ziana?
a)
Kebakaran boleh berlaku
b)
Kecederaan boleh berlaku
c)
Asap akan memenuhi Bilik Sains
d)
Murid-murid akan mengalami sesak nafas
17.
Murid manakah yang mematuhi peraturan Bilik Sains
a)
Ahmad dan Danny
b)
Ahmad dan Seng Lee
c)
Danny dan Haris
d)
Haris dan Seng Lee
18.
Yang manakah menerangkan dengan betul gambar tersebut
a)
Masuk dengan kebenaran guru
b)
Membuka tingkap dan kipas
c)
Di larang bermain di dalam Bilik Sains
d)
Laporkan kepada guru jika berlaku kemalangan
19.
J - Hidupkan suis kipas
K-Cuci peralatan sains
L-Buka semua cermin tingkap
M-Ambil bahan dan peralatan sains
------------------------------------------------------
Yang manakah harus dilakukan oleh murid sebaik sahaja memasuki bilik sains
a)
J dan K
b)
J dan L
c)
K dan L
d)
L dan M
20.

Murid-murid hendaklah sentiasa mematuhi peraturan bilik sains.

a)

BETUL

b)

SALAH

21.

Akmal dan Azim berlari-lari di dalam bilik sains.

a)

BETUL

b)

SALAH

22.

Murid-murid kelas 3 Alamanda membuka pintu dan tingkap bilik sains sebelum memulakan aktiviti.

a)

BETUL

b)

SALAH

23.

Siti memakai selipar semasa berada di bilik sains.

a)

BETUL

b)

SALAH

24.

Haikal menconteng meja di bilik sains.

a)

BETUL

b)

SALAH

25.

Murid-murid kelas 3 Arif tidak menutup suis lampu dan kipas setelah meninggalkan bilik sains.

a)

BETUL

b)

SALAH

26.

Alia mengambil peralatan sains dengan cermat dan tertib.

a)

BETUL

b)

SALAH

27.

Sebelum memasuki bilik sains, anda hendaklah ___________________.

a)

bermain-main di luar bilik sains.

b)

beratur dengan tertib di luar bilik sains

c)

melompat di luar bilik sains.

d)

membuka kasut di luar bilik sains.

28.

Kamu terlihat rakan menggunakan peralatan sains yang telah pecah. Apakah tindakan kamu?

a)

Melaporkan kepada guru.

b)

Melarikan diri.

c)

Mengutip peralatan sains yang pecah itu.

d)

Tidak perlu membuat apa-apa.

29.

Apakah yang akan terjadi sekiranya kamu tidak memakai kasut yang bertutup?

a)

Tidak akan berlaku apa-apa.

b)

Akan menyebabkan kecederaan.

c)

Mendapat perhatian rakan-rakan.

d)

Akan menjadi lebih pandai.

30.

Bagaimanakah suasana di dalam bilik sains jika aktiviti dijalankan dalam keadaan semua pintu dan tingkap tertutup?

a)

Berasa selesa.

b)

Tidak mendapat membuat sebarang ujikaji.

c)

Tidak mendapat cahaya dan aliran udara yang baik.

d)

Tidak akan berlaku sebarang kemalangan.

31.

Apakah peraturan bilik sains yang perlu dipatuhi?


(Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan.)

a)

Membuka pintu dan tingkap sebelum memulakan aktiviti.

b)

Menjaga kelengkapan dan peralatan bilik sains.

c)

Mengambil peralatan sains dengan cermat dan tertib.

d)

Memakai selipar.

32.

Mengambil peralatan sains dengan (a)   dan tertib.


(Taip jawapan anda di bawah.)

33.

Menutup suis kipas dan (a)   apabila meninggalkan bilik sains.


(Taip jawapan anda di bawah.)

34.

Menjaga kelengkapan dan (a)   bilik sains.


(Taip jawapan anda di bawah.)

35.

Memakai (a)   yang bertutup.


(Taip jawapan anda di bawah.)

36.

Membuka pintu dan (a)   sebelum memulakan aktiviti.

37.

Azli tidak melakukan sebarang aktiviti tanpa arahan guru.

a)

BETUL

b)

SALAH

38.

Murid-murid kelas 3 Akasia beratur sebelum memasuki bilik sains.

a)

BETUL

b)

SALAH

39.

KAMU MELIHAT RAKAN MENGGUNAKAN PERALATAN SAINS YANG TELAH ROSAK. APAKAH TINDAKAN KAMU

a)

MEMBERITAHU KEPADA DIA SUPAYA MENUKAR PERALATAN YANG LAIN

b)

MEMBIARKAN BEGITU SAHAJA

c)

MENGAMBIL DAN MEMBUANG KE DALAM TONG SAMPAH

40.

MENGAPAKAH KITA PERLU MENUTUP SUIS KIPAS DAN LAMPU APABILA MENINGGALKAN MAKMAL SAINS?

a)

SUPAYA TIDAK BERLAKU PEMBAZIRAN ELEKTRIK

b)

SUPAYA MAKMAL SAINS KELIHATAN GELAP SENTIASA

c)

SUPAYA MAKMAL SAINS BERHANTU

41.

APAKAH AKAN TERJADI SEKIRANYA SEMUA MURID BEREBUT-REBUT SEMASA MENGAMBIL PERALATAN SAINS

a)

PERALATAN SAINS AKAN TERJAGA DENGAN RAPI

b)

PERALATAN SAINS MUNGKIN TERJATUH DAN PECAH

c)

NAMPAK TERATUR

42.

MENGAPAKAH PERLU MEMAKAI KASUT YANG BERTUTUP KETIKA BERADA DI MAKMAL SAINS?

a)

SUPAYA TIDAK MENGOTORKAN MAKMAL SAINS

b)

SUPAYA DAPAT MENYEPAK PERALATAN SAINS

c)

SUPAYA KAKI KITA BERADA DALAM KEADAAN BERJAGA -JAGA

43.

SELAIN BILIK SAINS DIMANAKAH PERATURAN INI BOLEH DIAMALKAN DI KAWASAN SEKOLAH?

a)

MAKMAL KOMPUTER

b)

PERPUSTAKAAN

c)

KANTIN

d)

SURAU

44.

NYATAKAN PERATURAN BILIK SAINS

a)

MEMBUKA BAJU KETIKA MELAKUKAN EKSPERIMEN

b)

MEMBUKA KASUT KETIKA MEMASUKI MAKMAL SAINS

c)

MENUTUP SUIS KIPAS DAN LAMPU APABILA MENINGGALKAN MAKMALSAINS

45.

Rajah menunjukkan tindakan Rina selepas masuk ke bilik sains.


Mengapakah kita perlu membuka pintu dan tingkap sebaik-baik sahaja memasuki bilik sains?

a)

Supaya pengaliran udara lancar

b)

Supaya guru sains tidak marah

c)

Supaya orang lain dapat melihat kita dari luar