Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA DAN SIMPULAN BAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Kassim membawa dua __________ roti ke sekolah untuk dimakan pada waktu rehat.

a)

papan

b)

keping

c)

kerat

d)

kuntum

2.

Ibu memotong dua ______ bawang besar dengan se__________ pisau yang tajam.

a)

biji ... batang

b)

butir ... bilah

c)

biji ... bilah

d)

buah ... batang

3.

Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah se__________ pulut dan memakan se__________ sirih.

a)

ketul ... keping

b)

genggam ... helai

c)

potong ... lembar

d)

suap ... kapur

4.

Pilih ayat yang menggunakan simpulan bahasa yang betul.

a)

Kakak mengikat bungkusan itu dengan selembar tali.

b)

Sepucuk bunga ros menghiasi sanggul peragawati itu.

c)

Hanan membeli segulung gambar pemandangan di pameran itu.

d)

Beberapa buah gelas pecah setelah dulangnya terjatuh ke lantai.

5.

Azizah belajar membuat hadiah sendiri untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha kerana

dia tidak mempunyai wang.


Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi di atas ialah

a)

ada sampan hendak berenang

b)

bagai gemala diberi keris

c)

bagai anjing tersepit di pagar

d)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

6.

Kaki Zamri sakit kerana dia _____ berjalan di padang.

a)

kaki judi

b)

kaki ayam

c)

langkah bendul

d)

langkah kanan

7.

Perangai dua beradik itu _____, kerana apabila bertemu mereka pasti bergaduh.

a)

bagai gagak menggonggong telur

b)

cerdik bagai ekor kerbau

c)

bagai anjing dengan kucing

d)

celaka ayam, padi masak makan ke hutan

8.

Peribahasa yang berikut membawa makna kita hendaklah berbelanja secara berhemat atau menabung, kecuali

a)

Ukur baju di badan sendiri

b)

Alah membeli menang memakai

c)

Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit

d)

Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis

9.

Banjir kilat telah menyebabkan beberapa __________ jalan raya dinaiki air dan beberapa __________ kenderaan terkandas.

a)

buah...buah

b)

blok...buah

c)

batang...buah

d)

baris...batang

10.

"Bagai dakwat dengan kertas" bermaksud

a)

Amat cepat

b)

Membuat sesuatu kerja tetapi tidak selesai

c)

Sangat akrab

d)

Pekerjaan yang sia-sia

11.

Farisya disayangi dan dijaga dengan sempurna oleh kedua-dua orang ibu bapanya bagai _________________________ .

a)

murai dicabut ekor

b)

ditatang minyak yang penuh

c)

cincin dengan permata

d)

layang-layang terputus talinya

12.

Peribahasa "seperti harimau menyembunyikan kukunya" membawa maksud

a)

Orang yang berbangga dengan kebolehannya

b)

Nasihat yang tidak dihargai

c)

Pekerjaan yang sia-sia

d)

Orang yang menyembunyikan kebolehannya

13.

Encik Samad mempunyai se__________ tanah yang luasnya dua puluh hektar di kampung itu.

a)

baris

b)

buah

c)

bidang

d)

carik

14.

Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan tulisan yang tidak kemas dan sukar dibaca ialah

a)

Tulisan doktor

b)

Tulisan berangkai

c)

Cakar ayam

d)

campur tangan

15.

Berita penangkapan pegawai kerajaan yang __________ itu disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama.

a)

makan suap

b)

makan angin

c)

makan hati

d)

makan tuan

16.

"Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan" sama maksudnya dengan peribahasa berikut

a)

Seperti kerbau dicucuk hidung

b)

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

c)

Bagai kera mendapat bunga

d)

Mengharapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan

17.

Setelah lima kali gagal dalam temu duga, Basri ______ hendak mencuba lagi.

a)

berat hati

b)

tawar hati

c)

iri hati

d)

makan hati

18.

" Hendak membetulkan barang yang tiada diketahuinya, akhirnya merosakkan"


Apakah peribahasa yang bersesuaian dengan maksud di atas.

a)

Bagai si kudung beroleh cincin

b)

Bagai tikus membaiki labu

c)

Bagai kacang melupakan kulit

d)

Bagai itik pulang petang

19.

Bagai mencurah air ke daun keladi


Pilih maksud peribahasa yang betul.

a)

Tolong-menolong antara satu dengan yang lain

b)

Sesuatu hal yang tidak menyenangkan.

c)

Memberikan nasihat yang tidak dapat meresap ke dalam hati

d)

Berjalan lambat sekali.

20.

Pilih peribahasa yang sama atau hampir sama maksud dengan`burung terbang dipipiskan lada'

a)

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

b)

Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

c)

Kalau tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya

d)

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya