Font size
WorksheetsTOPIK 2- MORAL
Total questions: 10
Worksheet time: 4mins
Berikut merupakan perkara yang berkaitan dengan Dimensi Moral KECUALI…
emosi moral
penaakulan moral
status moral
Tingkah laku moral
Kumar berasa marah dan benci apabila membaca berita berkenaan kes-kes penganiayaan seksual seperti sumbang mahram, seks luar tabi’e, rogol dan cabul di dada-dada akhbar.
Dimensi moral manakah yang paling tepat dengan situasi yang dialami oleh Kumar.
Status moral
Penaakulan moral
Tingkahlaku moral
Emosi moral
Manakah antara kenyataan di bawah menunjukkan SITUASI YANG PALING TEPAT berkenaan Penaakulan Moral.
Mei Lin dengan perasaan ikhlas hati bangun untuk menyerahkan tempat duduknya di dalam bas untuk seorang ibu yang sedang mengandung.
Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif membina sebuah sekolah di satu kawasan pendalaman walaupun pelajarnya hanya 60 orang sahaja.
Rahul telah diminta oleh keluarganya untuk mengahwini sepupunya sendiri walaupun sebenarnya dia telah mempunyai pilihannya sendiri.
Seorang hakim telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang pengedar dadah tanpa dipengaruhi oleh emosinya serta faktor persekitaran.
Mengapakah perlu wujud peraturan moral? (Pilih dua jawapan)
mengawal tingkah laku manusia
memastikan seorang pemimpin wajar dihormati
memastikan manusia hidup aman harmoni
membolak-balik perkara baik dan buruk
Perasaan empati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang di dalam kesusahan tanpa balasan dan kepentingan diri.
Pernyataan di atas menerangkan tentang ...
emosi moral
penaakulan moral
dilema moral
tingkahlaku moral
Manakah antara situasi berikut merupakan konflik moral? (Pilih dua jawapan)
Seorang anak sangat ingin belajar dan pergi ke sekolah namun, kesusahan hidup menyebabkan dia tidak dapat berbuat demikian kerana tidak mampu dan kasihankan ibunya yang seorang diri bekerja kuat menyara mereka lima beradik.
Hee Nam terjumpa wang tunai RM50 di atas jalan raya dan teragak-agak untuk mengambil wang tersebut untuk dirinya atau mencari pemilik sebenar wang itu.
Setiap semester, pelajar PSP akan mengadakan program Bakti Siswa di rumah penjagaan orang tua ataupun rumah anak yatim.
Orang ramai membantu mangsa kemalangan di jalanraya meskipun mangsa tersebut adalah orang asing yang tidak dikenali.
Teori ini dikritik kerana mengorbankan prinsip keadilan dan hak individu demi keuntungan kepada golongan majoriti dan orang ramai.
Teori Egoisme
Teori Deontologi
Teori Eksistensialisme
Teori Utilitarisme
Apakah jalan tengah untuk perasaan marah?
Panas hati
Sabar
Bersemangat
Penakut
Manakah antara kenyataan di bawah menunjukkan kepada teori individualistik?
Deontologi
Eksistensialisme
Utilitarianisme
Egoisme
Konsep Insan Bermoral merangkumi
Perasaan Moral & Penaakulan Moral
Perasaan Moral & Perlakuan Moral
Perasaan Moral, Penaakulan Moral dan Pekerti Moral
Perasaan Moral, Penaakulan Moral dan Perlakuan Moral
