Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Kamil suka menghabiskan masanya dengan membaca.

a)

ulat air

b)

ulat bulu

c)

ulat beluncas

d)

ulat buku

2.

Mak Munah menangis mengenangkan kedegilan anaknya, apakan daya inilah akibatnya dia tidak mendidik anaknya dengan baik. Seperti kata pepatah

a)

Masak lemang carilah buluh muda

b)

Buluh tua banyak miangnya

c)

Lagi tua buluh lagi banyak gunanya

d)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

3.

Hamid sedang bermain basikal tiba tiba dia terjatuh.

a)

Malang sungguh nasibnya

b)

Malang tidak berbau

c)

Malang semalang malangnya

d)

Memang itu sudah nasibnya

4.

Sudah berbuih mulut Pak Lasim menasihati Daud, namun daud tetap juga suka mengunjungi Pusat Siber Kafe itu.

a)

Mencurah air ke dalam baldi

b)

Mencurah air tempayan apabila guruh berbunyi

c)

Mencurah air di daun keladi

d)

Mencurah air bunga ke badan

5.

Khaleeda tidak suka membazir masa kerana

a)

Masa itu pencuri masa

b)

Masa itu boleh diganti

c)

Masa itu tidak akan berulang

d)

Masa itu emas

6.

Kisah itu tidaklah begitu besar tapi sikap sesetengah orang yang suka ____________ menyebabkan kisah menjadi itu semakin teruk.

a)

lebih sudu dari kuah

b)

lebih senduk dari periuk

c)

lebih sudip dari kuali

d)

lebih garam dari gulai

7.

Salim dan Sani pasti akan bergaduh setiap kali bertemu.

a)

seperti anjing dengan kucing

b)

seperti arnab dan kura-kura.

c)

seperti ayam dan dan helang

d)

seperti kucing dan tikus

8.

Robert bekerja sambilan di restoran Mcdonald sementara mendapat pekerjaan yang lebih baik.

a)

Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak

b)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.

c)

bermain main dahulu, petang nanti mandi

d)

Bersenam tertib nanti badan akan cergas

9.

Peristiwa dia terjatuh di dalam tandas itu takkan diceritakan kepada sesiapa sampai bila-bila.

a)

Biar tempayan pecah

b)

Biar pecah di perut jangan pecah di mulut

c)

Pecah kaca pecah gelas

d)

Pecah kaca berderai

10.

Makna kalau kail panjang sekengkal lautan dalam usah di diduga ialah

a)

Jangan suka menyebar fitnah

b)

Jangan suka memuji orang

c)

Jangan melakukan kerja yang diluar kemampuan

d)

Jangan melakukan kerja yang mudah

11.
Sikap Mak Munah yang _____________ itu menyebabkan jiran - jirannya berpecah-belah.
a)
angkat muka
b)
muka tembok
c)
bermuka-muka
d)
tebal muka
12.
Mat Jenin _______________ untuk memperisterikan puteri raja.
a)
iri hati
b)
hati kering
c)
makan hati
d)
ada hati
13.
Puan Lily  _______________ oleh sikap anaknya yang tidak mahu mendengar nasihat itu.
a)
membuang garam ke laut
b)
makan hati berulam jantung
c)
menangguk di air keruh
d)
hidup segan, mati tak mahu
14.
Cikgu Salleh memuji Sulaiman atas kejayaan projek sains itu, sedangkan Rahimi lah yang bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut. Peribahasa yang sesuai ialah ______________________.
a)
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
b)
biar putih tulang, jangan putih mata
c)
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
d)
lembu punya susu, sapi dapat nama
15.
Walaupun berlainan bangsa, hubungan Wong dan Ramesh sungguh akrab.
a)
seperti isi dengan kuku
b)
seperti kucing dibawakan lidi
c)
seperti pahat dengan penukul
d)
seperti gergaji dua mata
16.
Akhirnya Wak Seman berjaya menyiapkan rumah itu walaupun dilakukan sedikit demi sedikit setiap hari.
a)
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
b)
diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
c)
ikut hati mati, ikut rasa binasa
d)
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
17.
Mak Munah memarahi anaknya kerana terlalu lambat menyiapkan kerja yang mudah itu.
a)
liat seperti getah
b)
lambat seperti kura-kura
c)
degil seperti keldai
d)
ringan seperti kekabu
18.
Pembinaan projek perumahan itu terbengkalai kerana pihak pengurusannya ___________________.
a)
makan angin
b)
kacang hantu
c)
gulung tikar
d)
perang dingin
19.
Orang gaji itu _______________ apabila majikannya mahu melaporkan kepada polis mengenai kehilangan barang kemasnya.
a)
seperti rusa masuk kampung
b)
seperti cacing kepanasan
c)
seperti tikus jatuh di beras
d)
seperti cicak makan kapur
20.
Amin membuka _______________ apabila mereka dikejar anjing gila.
a)
jalan buntu
b)
membawa diri
c)
langkah seribu
d)
angkat kaki