wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

INTERVENSI 4 :PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 ;MRSM TERENDAK

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Sebarang aktiviti yang melibatkan wang taruhan boleh dianggap sebagai.....

a)

Bermain teka teki

b)

Berjudi

c)

Bertanding

d)

Berniaga

2.

Perlakuan merosakkan dan memusnahkan harta benda awam dikenali sebagai....

a)

Gangsterisme

b)

Patriotisme

c)

Sosialisme

d)

Vandalisme

3.

Masyarakat perlu menjadi...............dan..................kepada pihak sekolah dan pihak berkuasa dalam menghindari jenayah kanak-kanak.

a)

mata, hidung

b)

telinga, mata-mata

c)

mata, telinga

d)

telinga, hidung

4.

Pihak berkuasa dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) boleh mengambil langkah berikut dalam usaha menghindari jenayah kanak-kanak, KECUALI..

a)

menguatkuasakan undang-undang dengan tegas

b)

membuat lawatan ke sekolah

c)

memberikan teguran dan nasihat

d)

memperkenalkan pendidikan pencegahan jenayah

5.

Pilih situasi yang betul mengenai konsep Jenayah (pilih lebih dari SATU jawapan)

a)

Jenayah yang dilakukan oleh golongan kanak - kanak dikategorikan sebagai jenayah usia mentah

b)

Perbuatan yang menyalahi undang - undang negara

c)

Jenis jenayah adalah terdiri daripada jenayah ringan, jenayah siber dan jenayah berat

d)

kanak - kanak tidak bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah yang dilakukan

6.

Contoh jenayah kanak - kanak di atas adalah

a)

Buli

b)

Ragut

c)

Vandalisme

d)

Gangster

7.

Pilih contoh jenayah yang menggunakan media sosial

a)

Ragut

b)

Penyeluk Saku

c)

Curi Motosikal

d)

Jenayah Siber

8.

Apakah contoh jenayah kanak - kanak yang sering berlaku di kawasan tersebut?

a)

Berjudi

b)

Curi Motosikal

c)

Buli

d)

Penyeluk Saku

9.

Berikan faktor yang akan berlaku sekiranya cerita seperti gambar di atas ditayangkan kepada umum (Pilih lebih dari 1 jawapan )

a)

Ikatan kejiranan akan longgar

b)

Ibu bapa tidak menjadi suri teladan yang baik

c)

Perasaan ingin mencuba

d)

Pemaparan adegan ganas dan perlakuan negatif

10.

Antara berikut merupakan kesan pengabaian tradisi dalam masyarakat majmuk iaitu _______

a)

sikap hormat berkurangan

b)

amalan hidup bersatu padu terjejas

c)

tiada sikap bekerjasama

d)

mengukuhkan perpaduan

11.

Antara berikut adalah nilai yang perlu diamalkan bagi mengekalkan amalan tradisi masyarakat majmuk kecuali _________

a)

Berdikari

b)

kerjasama

c)

toleransi

d)

hormat

12.

Jiran anda menjemput anda ke rumahnya sempena sambutan Tahun Baru Cina. Apakah tindakan anda?

a)

Tidak menghadiri sambutan tersebut kerana berlainan kaum.

b)

Menghadiri sambutan tersebut untuk menghormati jiran anda.

c)

Pulang ke kampung kerana tidak mahu menghadiri sambutan tersebut.

d)

Mengunci pintu pagar dan duduk di dalam rumah

13.

Semasa perayaan hari Thaipusam beberapa laluan jalan raya ditutup kerana diadakan perarakan. Daniel berasa marah kerana situasi itu teleh mengganggu perjalanannya ke tempat kerja. Apakah nilai yang gagal diamalkan oleh Daniel dalam situasi tersebut?

a)

Harga diri

b)

Toleransi

c)

Kebebasan

d)

Kesederhanaan

14.

7.Apakah nilai universal yang patut diamalkan untuk mengukuhkan hubungan antara kaum di Malaysia?

a)

nilai kejujuran

b)

nilai hormat

c)

nilai berterima kasih

d)

nilai kerajinan

15.

Perumpamaan yang merujuk kepada sikap tolong menolong ialah

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai telur di hujung tanduk

d)

bagai pinang dibelah dua

16.

Apakah nilai yang berkaitan dengan amalan tradisi masyarakat majmuk?

a)

toleransi

b)

keadilan

c)

amanah

d)

berdikari

17.

Satu contoh amalan tradisi masyarakat majmuk ialah

a)

menjemput tetamu ke majlis perkahwinan

b)

memuji orang kaya

c)

menziarahi kawan di luar negara

d)

bermain mercun pada tengah malam

18.

Apakah contoh amalan masyarakat tradisi di negara kita KECUALI..

a)

Bertukar makanan

b)

Pulang ke kampung sambutan hari raya

c)

Memberikan angpow

d)

Bermain bola sepak di padang

19.

Apakah kepentingan mengekalkan amalan tradisi masyarakat majmuk?

a)

Mewujudkan masyarakat yang kecelaruan identiti dan budaya

b)

Menyumbang kepada keamanan negara

c)

Melonggarkan perpaduan

d)

Memastikan konflik budaya diamalkan di dalam negara

20.

Mengapakah kita tidak boleh melakukan aktiviti di atas?

a)

Mewujudkan sentimen pergaduhan perkauman

b)

Mengekalkan sikap penting diri

c)

Mengelakkan sikap integriti perkauman

d)

Mewujudkan keamanan dan kesejateraan

21.

Apakah bukan kesan mengabaikan amalan tradisi masyarakat majmuk?

a)

Sifat menghormati berkurangan

b)

Identiti dan khazanah negara bangsa akan hilang

c)

Perpaduan negara tergugat

d)

Sikap kerjasama terus diamalkan

22.

Apabila membantu orang lain, kita haruslah melakukannya dengan hati yang _____ dan _____

a)

terbuka, tertutup

b)

ikhlas, sukarela

c)

baik, terpaksa

d)

gembira,berpura-pura

23.

Pengabaian tradisi bergotong royong ini akan menjejaskan _____ rakyat.

a)

keselamatan

b)

kedaulatan

c)

perpaduan

d)

ekonomi

24.

Apakah maksud kebebasan bersuara?

a)

Bebas berucap

b)

Bebas berucap dengan batasan tertentu

c)

Bebas bercakap apa-apa sahaja

d)

Bebas membuat pilihan

25.

Cadangkan nilai yang boleh dikaitkan dengan kebebasan bersuara?

a)

Nilai Kepercayaan kepada tuhan

b)

Nilai keberanian

c)

Nilai kerajinan

d)

Nilai baik hati

26.

Antara keperluan batasan dalam kebebasan bersuara ialah_______

a)

memelihara ketenteraman awam.

b)

menjejaskan kemakmuran dan kemajuan negara.

c)

memecahbelahkan perpaduan antara kaum.

d)

menyebarkan fitnah.

27.

Berikut merupakan contoh kebebasan bersuara yang boleh dilakukan di Malaysia kecuali

a)

Kebebasan bercakap dan bersuara

b)

Berhimpun beramai - ramai dan menggunakan senjata

c)

Berhak membentuk persatuan

d)

Menggunakan aplikasi twitter sebagai medium menyuarakan pendapat

28.

Pilih kesan buruk yang berlaku jika hak kebebasan bersuara disalahgunakan (pilih lebih dari SATU jawapan )

a)

Hidup dengan aman dan tenteram

b)

Mencemarkan imej negara

c)

Menimbulkan suasana huru - hara

d)

Pergaduhan antara kaum dielakkan

29.

Penyebaran berita palsu memberikan kesan buruk akibat penyalahgunaan hak kebebasan bersuara. Apakah nilai murni yang perlu ada bagi mengelak penyebaran berita palsu?

a)

Nilai Keberanian

b)

Nilai Rasional

c)

Nilai Bertanggungjawab

d)

Nilai Kebebasan

30.

Sebagai seorang wakil rakyat, apakah cara dalam menyuarakan pendapat di dewan parlimen?

a)

Menyampaikan aduan melalui peti cadangan

b)

Menulis surat kepada pihak berkenaan

c)

Melakukan perbincangan secara berhemah

d)

Menggunakan instagram untuk menyuarakan pendapat

31.

Pihak kerajaan membentuk pasukan Majlis Keselamatan Negara bagi membendung wabak covid 19. Berikan nilai murni yang berkaitan langkah yang dilakukan oleh kerajaan?

a)

Nilai Hemah Tinggi

b)

Nilai Harga Diri

c)

Nilai Rasional

d)

Nilai Patriotisme

32.

Hak kebebasan bersuara ini dijamin oleh _______________________________.

a)

Perdana Menteri

b)

Perlembagaan Malaysia

c)

Parlimen

d)

Undang-Undang

33.

Situasi: Alvin membeli barangan atas talian tetapi barangan yang dibeli diterima dalam keadaan rosak. Apakah cara yang paling betul dalam menyuarakan pendapat?

a)

membuang barang belian tersebut

b)

Menulis maklumbalas negatif di Instagram

c)

Melakukan perbincangan secara berhemah dengan penjual

d)

mendiamkan diri sahaja

34.

Makanan tradisi di atas merujuk kepada

a)

Nasi Kandar Pulau Pinang

b)

Nasi Lemak

c)

Nasi Kerabu

d)

Nasi Ayam Hainan

35.

Perayaan di atas di sambut oleh Masyarakat Iban di Sarawak.Namakan perayaan tradisi tersebut

a)

Hari Easter

b)

Hari Krismas

c)

Hari Gawai

d)

Hari Menuai Padi

36.

Perayaan tradisi di atas di sambut oleh kaum India di Malaysia menandakan sambutan musim menuai serta merayakan kejayaan dan kemakmuran yang melimpah- ruah.Namakan perayaan tersebut

a)

Hari Deepavali

b)

Hari Ponggal

c)

Hari Menuai Padi

d)

Hari Thaipusam

37.

Tarian Sewang merupakan tarian tradisi masyarakat Orang Asli di Malaysia yang menggabungkan unsur muzik dan nyanyian.


Ceritakan perasaan anda apabila dapat mempelajari tarian tradisi ini (pilih lebih dari satu jawapan)

a)

Gugup

b)

Bangga

c)

Gembira

d)

Malu

38.

Gambar di atas merujuk kepada perayaan tradisi kaum Bajau di Sabah.

a)

Gawai Amat

b)

Hari Krismas

c)

Pesta Regatta Lepa

d)

Pesta Keamatan

39.

Malaysia terkenal dengan pelbagai juadah enak semasa musim perayaan.Juadah di atas dihidangkan semasa perayaan Hari Deepavali .

Namakan juadah tersebut

a)

Muruku

b)

Tosai

c)

Biskut Kelapa

d)

Dalgona Candy

40.

Malaysia sangat unik kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai budaya ,bangsa dan bahasa.Gambar di atas merujuk kepada buah tempatan yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia


Namakan buah tempatan tersebut

a)

Manggis

b)

Durian

c)

Rambutan

d)

Kelapa