Font size
WorksheetsKUIZ SISTEM BAHASA
Total questions: 30
Worksheet time: 18mins
Penunggang-penunggang motosikal mencari tempat _____________ kerana hujan turun dengan lebatnya.
berteduh
bernaung
bermalam
bersembunyi
Polis dan tentera bersiap sedia untuk mengawal keadaan yang semakin ___________ itu.
getir
keruh
bising
genting
Mereka _____________ Jalur Gemilang semasa sambutan Hari Kebangsaan.
melukiskan
mewarnakan
mengibarkan
menggantungkan
Pasar Raya Super Jimat akan membuat _____________harga barangan secara besar-besaran sempena Hari Khamis.
turunan
menurun
keturunan
penurunan
Jawatankuasa Teknikal Jenayah Siber telah ditubuhkan ______________ membanteras jenayah penipuan atas talian yang semakin berleluasa.
bagi
pada
oleh
tentang
Buku yang memuatkan pelbagai kisah kejayaan _____________ terkemuka itu mendapat sambutan daripada ahli perniagaan.
wartawan
usahawan
karyawan
budayawan
Pelbagai jenis bahan bacaan terdaapt di perpustakaan, _______________ para murid tidak memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.
walaupun
malahan
bahkan
namun
Pokok-pokok padi yang ______________ ditiup angin itu telah menimbulkan suasana yang nyaman.
berkibar-kibar
berlambai-lambai
bergoyang-goyang
berlenggok-lenggok
Akibat sikapnya yang ______________ batas, Syahir tidak dibenarkan pergi ke mana-mana tanpa persetujuan bapanya.
terlampau
melampau
melampaui
melampau-lampau
Pasukan ______________ dari Malaysia telah berlepas ke Indonesia untuk membantu mangsa Tsunami.
negarawan
setiakawan
sukarelawan
cendiakawan
Mereka sudah berusaha dengan _____________ dalam perlawanan itu tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila kalah dengan juara bertahan itu.
seelok-eloknya
sebaik-baiknya
setidak-tidaknya
sekurang-kurangnya
Doktor telah menjalankan _____________ terhadap kanak-kanak itu untuk mengetahui penyakit yang dihadapinya.
penyelidikan
pemeriksaan
pengkajian
penelitian
Kaunter itu ditutup pada waktu rehat dan _____________ pertanyaan tidak akan dilayan.
segala
beberapa
seluruh
sekalian
Puan Zara ________________ kanak-kanak itu seperti anaknya sendiri.
pelakuan
kelakuan
melakukan
memperlakukan
Semua warganegara sekolah bersedih atas persaraan Pengetua itu kerana ____________ seorang yang peramah dan baik hati.
dia
kalian
beliau
baginda
_______________kah yang dapat melanjutkan pelajaran ke universiti?" tanya Cikgu Umie kepada Mira.
Apa
Bila
Mana
Siapa
Pekerja-pekerja kilang itu tidak mahu bersurai _____________ mereka tidak menerima tunggakan gaji daripada majikan.
selagi
malahan
walaupun
tambahan
Wajah Pak Rahmat _______________ apabila melihat hasil tangkapan yang diperolehnya pada petang itu.
berseri-seri
berkilau-kilau
berpinar-pinar
bercahaya-cahaya
Sempena promosi hujung tahun, pelbagai ______________ komputer dijual dengan harga yang murah di kedai itu.
beralat
dialatkan
peralatan
memperalatkan
"Kalian boleh bersurai sekiranya tiada _________________ soalan," kata Cikgu Zakuan.
apa
siapa
apa-apa
mana-mana
Peribahasa yang berikut membawa maksud manusia yang mempunyai sikap yang berbeza antara satu dengan yang lain, kecuali
lain mangkuk, lain cawan
seperti peluru dua setuangan
rambut sama hitam, hati lain-lain
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
Puan Hasnita sangat gembira kerana akhirnya kedua-dua anaknya sudah berbaik semula setelah berbulan-bulan berselisih faham. Hal ini didibaratkan
Pahit dahulu, manis kemudian
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
kecil menjadi api, besar menjadi lawan.
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Peribahasa "pukul anak sindir menantu" bermaksud
membuat dua kerja sekali gus.
memburuk-burukkan nama baik keluarga.
mencela orang lain tapi diri sendiri yang lebih buruk lagi.
mengata-ngatai orang, tetapi sebenarnya kata-kata itu ditujukan kepada orang lain.
Peribahasa yang berikut membawa maksud sikap tidak kenang jasa, iaitu apabila mendapat sesuatu yang lebih bagus, yang kurang bagus dilupakan, kecuali
habis manis sepah dibuang
menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri.
sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak dibuang.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
bagai isi dengan kuku
bagai layang-layang putus tali
bagaimana acuan begitulah kuihnya.
bagai ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betulnya.
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Tulis ejaan yang betul sahaja.
Pihak pengurusan stadium telah menyediakan pasukan keselamatan untuk mempastikan keadaan terkawal.
(a)
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Tulis ejaan yang betul sahaja.
Kemudahan pengangkutan awam di negara kita sedang dinaiktaraf oleh pihak yang berkenaan demi keselesaan rakyat.
(a)
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Tulis ejaan yang betul sahaja.
Puan Suraya meminta kontraktor muda itu membina rumahnya mengikut plan yang telah ditetapkan olehnya sebelum ini.
(a)
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Tulis ejaan yang betul sahaja.
Industri perfilman yang semakin pesat dan canggih telah mempengaruhi perkembangan sahsiah anak-anak muda.
(a)
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Tulis ejaan yang betul sahaja.
Penguasaan ilmu dalam bidang pertanian akan memberikan impact yang berguna pada masa akan datang, terutamanya dalam usaha untuk meningkatkan hasil pertanian.
(a)
