wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Tahap 2

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Petani itu memasukkan jagung-jagung yang baru dipetiknya itu ________________ dalam sebuah bakul.

a)

oleh

b)

dengan

c)

dari

d)

ke

2.

Pelaut itu rindu ______________ kampung halamannya yang sudah lama ditinggalkannya.

a)

akan

b)

tentang

c)

untuk

d)

pada

3.

Walaupun baru dua bulan menjadi anak angkat Hajah, namun Andy yang berasal dari Kanada itu fasih bertutur __________ bahasa Malaysia.

a)

akan

b)

pada

c)

antara

d)

dalam

4.

Badan penagih dadah yang ditangkap oleh pihak polis dalam operasi di Lorong Sentosa itu kurus ________________ lidi.

a)

pada

b)

seperti

c)

kepada

d)

untuk

5.

Menteri Kewangan ASEAN itu sedang berbincang ______________ isu kewangan di Pusat Konvensyen Putrajaya.

a)

demi

b)

tentang

c)

dari

d)

terhadap

6.

______________, rajinnya Rashika membantu kakaknya mengemas rumah.

a)

Aduh

b)

Cis

c)

Wah

d)

Hi

7.

______________ ,berani tuan hamba datang ke desa ini !

a)

Syabas

b)

Cis

c)

Eh

d)

Amboi

8.

_____________kah bahan utama untuk membuat tapai pulut yang enak itu.

a)

Bila

b)

Apa

c)

Bagaimana

d)

Mengapa

9.

Di __________________kah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2021 itu diadakan?

a)

mana

b)

kenapa

c)

siapa

d)

bila

10.

_____________kah rakyat Malaysia pertama yang berjaya melakukan ekspedisi secara solo ke Kutub Selatan ?

a)

Mengapa

b)

Mana

c)

Apa

d)

Siapa

11.

________________ para hadirin mematikan telefon bimbit sebelum pementasan teater ini bermula.

a)

Minta

b)

Usah

c)

Sila

d)

Tolong

12.

________________ sekali-kali kamu menyakiti hati ibu bapa kamu.

a)

Harap

b)

Tolong

c)

Minta

d)

Jangan

13.

Amalan ______________ perlu diamalkan dalam kehidupan masyarakat.

a)

curiga-mencurigai

b)

tari-menari

c)

tolong-menolong

d)

ejek-mengejek

14.

Adik mencuci _____________ basikal lumbanya yang diselaputi lumpur.

a)

jejari

b)

rerambut

c)

sesiku

d)

jejarum

15.

kakak merasa ____________ apabila seekor pacat mengigit betisnya semasa dia meniti batas sawah itu.

a)

haru-biru

b)

geli-geleman

c)

geliang-geliung

d)

lemah-gemalai

16.

Suasana di rumah kenduri itu ____________ dengan suara tetamu yang datang.

a)

gotong-royong

b)

riuh-rendah

c)

dolak-dalik

d)

dentam-dentum

17.

Kelambu itu tidak dapat digunakan lagi kerana ______________nya telah koyak.

a)

peparu

b)

kekisi

c)

bebuli

d)

lelangit

18.

Puan Laila mewarisi kepakaran neneknya ___________ kain songket.

a)

menenun

b)

menganyam

c)

membentuk

d)

menggubah

19.

Kavi dan Mayah sedang _____________ langsir baharu pada malam hari Deepavali.

a)

memegang

b)

memasang

c)

meletak

d)

menarik

20.

Julia _____________ kuah mi rebus yang panas itu dengan perlahan-lahan.

a)

menyedut

b)

menghirup

c)

menghisap

d)

menarik

21.

Ibu merebus keledek itu sehingga ___________ sebelum dilenyek untuk membuat kuih keria.

a)

empuk

b)

lembik

c)

lembut

d)

lemau

22.

Penduduk kampung itu menadah air yang ________daripada mata air di kaki bukit.

a)

tampil

b)

lahir

c)

muncul

d)

terbit

23.

Pakaian yang ____________ oleh kakak di ampaian telah basah kerana hujan lebat.

a)

dikeringkan

b)

disalai

c)

dijemur

d)

dipanaskan

24.

Tikar itu hendaklah ____________semula selepas tetamu-tetamu itu pulang.

a)

dibuang

b)

dikoyak

c)

ditukar

d)

digulung

25.

Bahan ____________yang diperlukan untuk membuat kek itu ialah mentega dan telur.

a)

asli

b)

asas

c)

asal

d)

penting

26.

____________ daripada penduduk kampung Jati terdiri daripada petani yang mengusahakan tanah mereka sendiri.

a)

Setiap

b)

Separuh

c)

Sekalian

d)

Segala

27.

________________ pengunjung yang datang ke pameran itu diberikan pas pelawat.

a)

Separuh

b)

Masing-masing

c)

Sekalian

d)

Setiap

28.

Setelah tamat latihan bola sepak, mereka pulang ke rumah _______________________ .

a)

tiap-tiap

b)

masing-masing

c)

ketiga-tiga

d)

kedua-dua

29.

Cikgu Kogila menyuruh Tannimalai datang ke ______________ kelas untuk mengambil buku latihan .

a)

hadapan

b)

atas

c)

luar

d)

tengah

30.

Perkampungan setinggan banyak terdapat di kawasan _______________ kota.

a)

pinggir

b)

atas

c)

antara

d)

sisi

31.

Ibu dan nenek duduk berbual-bual di _____________ pokok ketapang yang rendang.

a)

belakang

b)

atas

c)

bawah

d)

sudut

32.

Puan Devika menghias _____________ ruang tamu dengan jambangan bunga sabun yang dihadiahkan oleh rakan karibnya.

a)

dalam

b)

segi

c)

antara

d)

penjuru

33.

Penduduk kampung Sungkai bergotong-royong membina ____________ yang menghubungkan kampung mereka dengan Kampung Karangan.

a)

rumah

b)

jambatan

c)

singgahsana

d)

pagar

34.

Mereka menaiki _____________ untuk pergi ke Pulau Ketam.

a)

kapal selam

b)

kapal angkasa

c)

bot ekspres

d)

sampan

35.

Ibu membuat ____________ untuk meraikan kejayaan kakak yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

a)

kenduri kesyukuran

b)

majlis hari jadi

c)

rumah terbuka

d)

majlis perkahwinan

36.

_________________- kesesakan lalu lintas sangat teruk pada hari ini.

a)

Apakah

b)

Mengapakah

c)

Bagaimanakah

d)

Bilakah

37.

Puan Thilaga memilih ________________yang terbaik untuk menyediakan hidangan istimewa itu.

a)

rempah-ratus

b)

rempah-rempuh

c)

rerempah

d)

rempah-rempahan

38.

Encik Jonathan sedang menyampaikan ucapan di hadapan para pekerjanya. ___________________ menasihati ______________ agar sentiasa bekerja dengan bersungguh-sungguh.

a)

Dia............ kalian

b)

Beliau .................. anda

c)

Saya............. engkau

d)

Beliau ............... mereka

39.

__________________ rasa tuan hamba perlu menghadap Sultan Mansur dan menjelaskan perkara yang sebenar.

a)

Saya

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Beta

40.

" Sebagai pengawas sekolah, ______________ perlu melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab" pesan Cikgu Sri Kogila kepada Kuganesh.

a)

engkau

b)

kalian

c)

kamu

d)

kami