NEW
Font size
Worksheetslatihtubi sejarah set 2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan jaminan keselamatan kepada rakyatnya.
Bagaimanakah rakyat membalas tanggungjawab tersebut?
Memberi tanah
Menjalankan khidmat raja
Memberi taat setia
Menjadi hamba raja
Kesultanan Melayu Melaka antara yang terawal mempunyai ciri-ciri sebuah negara bangsa moden.
Antara berikut, manakah merupakan ciri – ciri sebuah negara bangsa moden Kesultanan Melayu Melaka?
Hubungan diplomatik
Wilayah pengaruh
Sistem pentadbiran
Kehebatan pembesar
Syahbandar merupakan pegawai yang bertanggungjawab di kawasan pelabuhan. Apakah tugas Syahbandar?
Menjadi ketua pentadbir
Menjaga keselamatan penduduk
Memastikan pedagang membayar cukai di pelabuhan
Menjadi ketua turus angkatan tentera
Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua jenis undang-undang bertulis iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang- Undang Laut Melaka.
Apakah tujuan undang-undang tersebut digubal
Untuk mengukuhkan kedudukan raja
Memelihara keamanan dan melindungi rakyat
Mengelak pencerobohan kuasa asing
Membuktikan kesetiaan rakyat kepada raja
Mengapakah hubungan timbal balik antara golongan pemerintah dan diperintah berikut penting kepada kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?
Kebebasan rakyat
Peningkatan taraf hidup
Mewujudkan persefahaman
Kehidupan bertatatusila
Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh wilayah pengaruh tersebut?
Pertukaran budaya
Penyebaran agama
Perkahwinan sahsiah
Peningkatan ekonomi
Hamba merupakan golongan terbawah dalam hierarki masyarakat Melayu.
Manakah antara berikut dalam kategori hamba?
Hamba raja
Hamba bebas
Hamba pembesar
Hamba tentera
Selain menaungi rakyat jelata, apakah peranan lain seorang sultan?
Mengutip hasil
Mematuhi arahan
Mewujudkan perpaduan
Bergotong royong
Raja Melaka merupakan pemerintah tertinggi. Pemerintahan beraja ini diperkukuh lagi dengan sistem
Jemaah Menteri
Negeri Bersekutu
Adat Temenggong
Pembesar Empat Lipatan
Selain hukum adat, Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka berasaskan
Demokratik
Hak asasi
Syariah
Persamaan
Nasionalisme bermaksud Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.
Apakah yang diperjuangkan oleh pejuang nasionalisme?
Menukar undang-undang
Menghargai birokrasi Barat
Mengutamakan perdagangan
Menentang penjajahan
Mengapakah ideal nasionalisme Barat menentang pemerintahan beraja?
Perbalahan kaum
Penindasan rakyat
Pencemaran budaya
Pelampau agama
Apakah persamaan dalam perjuangan ketiga-tiga revolusi di bawah?
Revolusi Keagungan 1688
Revolusi Amerika 1776
Revolusi Perancis 1789
Memperjuangkan kedaulatan negara
Memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat
Menentang hak dan kuasa mutlak raja
Menentang penindasan oleh penjajah
Kegagalan nasionalisme peringkat awal di Filipina telah melahirkan Katipunan yang bertujuan untuk memperjuangkan kemerdekaan Filipina secara revolusi.
Siapakah pengasas Katipunan?
Jose Rizal
Andres Bonifacio
Emilio Aguinaldo
Sergio Osmena
Apakah sumbangan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dalam perjuangan nasionalisme di negara kita?
Perjuangan melalui penulisan.
Perjuangan bercorak radikal.
Perjuangan berpendidikan agama.
Perjuangan terawal di Tanah Melayu.
Apakah persamaan yang terdapat pada nasionalisme di India dan China ?
Membentuk negara bangsa
Menjadi kuasa imperialisme
Menamatkan penjajahan kuasa asing
Memulihkan kuasa golongan bangsawan
Apakah isu yang diperjuangkan oleh Raden Adjeng Kartini ?
Agama Islam
Kerjasama Barat
Pendidikan wanita
Kebudayaan bangsa
Raja-raja Thailand membentuk imej negara Thailand sebagai negara yang bersahabat dengan Barat.
Mengapakah mereka bertindak sedemikian?
Menguasai Negara jiran
Melindungi keluarga diraja
Menghalang kebangkitan rakyat
Mempertahankan kedaulatan
Apakah ciri perjuangan Rentap dan Tok Janggut ?
Mempunyai karya kreatif
Organisasi sistematik
Kemajuan ekonomi
Bersifat setempat
Manakah antara yang berikut merupakan media dalam bentuk akhbar?
Fajar Sarawak
Melor Kuala Lumpur
Rumah Besar Tiang Sebatang
Cerita Awang Putat
