wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Tatabahasa

Total questions: 30

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Pilih perkataan yang seerti atau sama maksud dengan perkataan yang bergaris bawah.


Datuk Salleh menternak ayam di kampung.

a)

menangkap

b)

menyembelih

c)

memelihara

d)

menjual

2.

Pilih perkataan yang seerti atau sama maksud dengan perkataan yang bergaris bawah.


Kakak saya bekerja di bandar.

a)

desa

b)

pejabat

c)

kota

d)

kampung

3.

Pilih perkataan yang seerti atau sama maksud dengan perkataan yang bergaris bawah.


Adik sedang mengira wang di dalam tabung simpanannya.

a)

dolar

b)

nota

c)

ringgit

d)

duit

4.

Pilih perkataan yang seerti atau sama maksud dengan perkataan yang bergaris bawah.


Kuih yang ibu buat itu sangat lazat.

a)

tawar

b)

sedap

c)

baik

d)

mahal

5.

Pilih perkataan yang seerti atau sama maksud dengan perkataan yang bergaris bawah.


Di dalam kandang itu terdapat berbagai jenis binatang.

a)

makanan

b)

tanaman

c)

tumbuhan

d)

haiwan

6.

Pilih perkataan yang berlawanan maksud dengan perkataan yang bergaris bawah.


Kawan saya tinggal di selatan Afrika.

a)

timur

b)

barat

c)

tengah

d)

utara

7.

Pilih perkataan yang berlawanan maksud dengan perkataan yang bergaris bawah.


Kasim gembira kerana telah menang di dalam peraduan itu

a)

tewas

b)

berjaya

c)

maju

d)

rosak

8.

Pilih perkataan yang berlawanan maksud dengan perkataan yang bergaris bawah.


Di dalam air sungai itu ada sebuah peti usang.

a)

cetek

b)

masuk

c)

keruh

d)

luar

9.

Pilih perkataan yang berlawanan maksud dengan perkataan yang bergaris bawah.


Harga baju kurung itu sangat mahal.

a)

cantik

b)

untung

c)

murah

d)

sederhana

10.

Pilih perkataan yang berlawanan maksud dengan perkataan yang bergaris bawah.


Saya mempunyai seorang adik lelaki.

a)

teruna

b)

adinda

c)

perempuan

d)

pemuda

11.

Isikan tempat kosong ini dengan perkataan berimbuhan yang sesuai.


Pilih jawapan : mandikan, terjatuh, mendengar, memakai, mengemas


Abu (a)   setelah terpijak sabun mandi di atas lantai itu.

12.

Isikan tempat kosong ini dengan perkataan berimbuhan yang sesuai.


Pilih jawapan : mandikan, terjatuh, mendengar, memakai, mengemas


Bapa tertidur sewaktu (a)   radio.

13.

Isikan tempat kosong ini dengan perkataan berimbuhan yang sesuai.


Pilih jawapan : mandikan, terjatuh, mendengar, memakai, mengemas


Siti gembira dapat (a)   baju baru yang ibu belikan untuknya.

14.

Isikan tempat kosong ini dengan perkataan berimbuhan yang sesuai.


Pilih jawapan : mandikan, terjatuh, mendengar, memakai, mengemas


Emak menyuruh saya (a)   adik.

15.

Isikan tempat kosong ini dengan perkataan berimbuhan yang sesuai.


Pilih jawapan : mandikan, terjatuh, mendengar, memakai, mengemas


Kakak rajin (a)   rumah.

16.

Pilih kata gandaan yang sesuai bagi setiap butiran di bawah ini.


Pilih jawapan : huru-hara, epok-epok, buai-buai, pokok-pokok, anai-anai, bercita-cita


Adik (a)   untuk menjadi seorang peguam.

17.

Pilih kata gandaan yang sesuai bagi setiap butiran di bawah ini.


Pilih jawapan : huru-hara, epok-epok, buai-buai, pokok-pokok, anai-anai, bercita-cita


Tiang kayu itu hampir reput dimakan oleh (a)   .

18.

Pilih kata gandaan yang sesuai bagi setiap butiran di bawah ini.


Pilih jawapan : huru-hara, epok-epok, buai-buai, pokok-pokok, anai-anai, bercita-cita


Orang tua itu menebang semua (a)   yang tumbuh di belakang rumahnya.

19.

Pilih kata gandaan yang sesuai bagi setiap butiran di bawah ini.


Pilih jawapan : huru-hara, epok-epok, buai-buai, pokok-pokok, anai-anai, bercita-cita


Salmah suka main (a)   .

20.

Pilih kata gandaan yang sesuai bagi setiap butiran di bawah ini.


Pilih jawapan : huru-hara, epok-epok, buai-buai, pokok-pokok, anai-anai, bercita-cita


Ibu gemar makan (a)   .

21.
"Orang yang suka menghasut orang lain"
a)
keras kepala
b)
batu api
22.
Pilih maksud bagi simpulan bahasa 'telinga lintah" yang betul.
a)
orang yang tajam pendengaran
b)
orang yang tidak mendengar nasihat
23.
Kenalpasti maksud simpulan bahasa,
"Menyimpan perasaan dengki atau cemburu"
a)
iri hati
b)
hati batu
24.
Apakah maksud simpulan bahasa "tangkai jering"?
a)
orang yang kedekut
b)
orang yang berjimat-cermat
25.
Puan Lily  _______________ oleh sikap anaknya yang tidak mahu mendengar nasihat itu.
a)
membuang garam ke laut
b)
makan hati berulam jantung
c)
menangguk di air keruh
d)
hidup segan, mati tak mahu
26.
Orang yang bijak menggunakan masa pasti akan mencipta kejayaan dalam hidupnya kerana _________________.
a)
masa itu emas
b)
ilmu itu pelita hidup
c)
bertangguh itu pencuri masa
d)
bahasa jiwa bangsa
27.
Cikgu Salleh memuji Sulaiman atas kejayaan projek sains itu, sedangkan Rahimi lah yang bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut. Peribahasa yang sesuai ialah ______________________.
a)
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
b)
biar putih tulang, jangan putih mata
c)
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
d)
lembu punya susu, sapi dapat nama
28.
Walaupun berlainan bangsa, hubungan Wong dan Ramesh sungguh akrab.
a)
seperti isi dengan kuku
b)
seperti kucing dibawakan lidi
c)
seperti pahat dengan penukul
d)
seperti gergaji dua mata
29.
Akhirnya Wak Seman berjaya menyiapkan rumah itu walaupun dilakukan sedikit demi sedikit setiap hari.
a)
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
b)
diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
c)
ikut hati mati, ikut rasa binasa
d)
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
30.
Orang gaji itu _______________ apabila majikannya mahu melaporkan kepada polis mengenai kehilangan barang kemasnya.
a)
seperti rusa masuk kampung
b)
seperti cacing kepanasan
c)
seperti tikus jatuh di beras
d)
seperti cicak makan kapur