wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

akibat tidak mematuhi isyarat keselamatan

Total questions: 18

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut merupakan peraturan dan undang- undang jalan raya, kecuali

a)

Mematuhi lampu isyarat pada setiap masa

b)

Memandu melebihi had laju yang ditetapkan

c)

Tidak memandu dalam keadaan mabuk, khayal, mengantuk atau letih

d)

Menggunakan jejantas ketika melintas jalan raya

2.

Mengapakah kita perlu mematuhi peraturan dan undang- undang jalan raya?

a)

Dapat mengurangkan kesesakan jalan raya

b)

Memburukkan imej negara

c)

Mengelakkan kemalangan

d)

Menjadikan jalan raya sebagai tempat yang sesuai untuk memandu dengan laju

3.

Pada pendapat anda mengapakah bilangan kes kemalangan jalan raya di negara kita masih meningkat walaupun pelbagai langkah telah diambil untuk mengurangkan angka kematian akibat kemalangan jalan raya?

a)

Kerana kurang kesedaran dan keprihatinan masyarakat terhadap keselamatan diri dan orang lain semasa berada di jalan raya

b)

Kerana kurang pengawasan pihak berwajib bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi undang- undang

c)

Kerana struktur kebanyakan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik

4.

Pilih perlakuan yang boleh anda sebagai seorang murid amalkan untuk menjaga keselamatan diri di jalan raya

a)

Memandu tanpa mengikut had kelajuan yang ditetapkan

b)

Memakai tali pinggang keledar atau topi keledar ketika menaiki kereta dan motosikal

c)

Melintas jalan raya di lintasan zebra

d)

Bergurau senda semasa berada di baju jalan

5.

Apakah yang perlu dilakukan oleh pemandu di jalan raya ketika lampu isyarat merah bernyala.

a)

Berhenti

b)

Bersedia untuk berhenti

c)

Jalan

6.

Berikut merupakan cara menunggang basikal dengan selamat. Kecuali

a)

Menunggang basikal secara berurutan

b)

Memberi isyarat tangan sebelum membelok

c)

Menunggang basikal ke kiri dan ke kanan dan mencelah antara kenderaan lain

7.

Apakah warna lintasan belang “zebra crossing” ?

a)

Merah dan kuning

b)

Jingga dan ungu

c)

Biru dan hijau

d)

Putih dan hitam

8.

Jejantas digunakan untuk _____________.

a)

Melintas jalan

b)

Berlepak

c)

Bermain

9.

Apakah peranan ibu bapa dalam meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya kepada anak-anak?

a)

Mengadakan ceramah tentang keselamatan jalan raya

b)

Mengawal lalu lintas

c)

Menjadi contoh pemandu yang baik di jalan raya

10.

Berikut merupakan ciri-ciri pengguna jalan raya yang berhemah KECUALI

a)

Melanggar lampu isyarat

b)

Mengikut had kelajuan yang telah ditetapkan

c)

Tidak memandu di lorong kecemasan

11.

Berikut merupakan amalan tidak berhemah pengguna jalan raya KECUALI

a)

Tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya

b)

Memandu di lorong kecemasan

c)

Mematuhi garis panduan keselamatan semasa memotong kenderaan lain

12.

Anda berada di kawasan pejalan kaki. Tiada sebarang kenderaan tetapi lampu isyarat pejalan kaki berwarna merah. Rakan anda mengajak anda melintas jalan.


Apakah tindakan anda?

a)

Menunggu sehingga isyarat “orang hijau” muncu

b)

Melintas jalan mengikut rakan anda

c)

Melintas jalan mengikut rakan anda

13.

Anda ketinggalan bas. Kawan anda membonceng motosikal bapanya. Dia mengajak anda membonceng bersama-sama. Apakah tindakan anda?

a)

Membonceng bersama-sama rakan anda

b)

Menolak pelawaan rakan anda

c)

Mengajak rakan-rakan lain membonceng bersama-sama

14.

Sebelum melintas jalan, anda perlu menoleh__________

a)

Ke atas dan ke bawah

b)

Ke depan dan ke belakang

c)

Ke kiri dan ke kanan

15.

Pejalan kaki harus menentang arus apabila berjalan di bahu jalan kerana _____________

a)

Supaya dapat melihat pengguna jalanraya lain

b)

Supaya dapat dilihat oleh pengguna jalanraya lain

c)

Mudah melihat peragut bermotosikal dari arah hadapan

16.

Menjadikan jalan raya selamat untuk digunakan adalah salah satu kepentingan mematuhi keselamatan jalan raya.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Yang manakah peranan anda bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya?

a)

Tidak memakai topi keledar

b)

Melanggar lampu isyarat

c)

Menggunakan jejantas untuk melintas jalan

d)

Memakai pakaian gelap pada waktu malam

18.

Di manakah pejalan kaki perlu melintas jalan raya? (boleh tanda lebih daripada 1 jika ada)

a)

Lintasan belang

b)

jejantas

c)

lampu isyarat orang hijau

d)

di simpang jalan