wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pendidikan Kesihatan (Kekeluargaan)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Keluarga merupakan hubungan yang wujud antara seseorang melalui yang berikut KECUALI....

a)

pertalian darah

b)

perkahwinan

c)

pergi ke sekolah yang sama

d)

pengambilan anak angkat

2.

Mengapakah usaha merapatkan jurang generasi dalam sesebuah keluarga penting?

KECUALI…

a)

mengelakkan perselisihan faham

b)

memudahkan proses komunikasi

c)

mewujudkan keluarga yang bahagia

d)

mengekalkan hubungan yang baik dalam keluarga

3.

Pilih generasi mengikut kategori yang betul.


Lahir sebelum tahun 1965

a)

Generasi Alpha

b)

Baby Boomers

c)

Generasi Z

d)

Generasi Y

4.

Pilih generasi mengikut kategori yang betul.


Lahir antara tahun 2010 -2025

a)

Generasi Alpha

b)

Generasi Y

c)

Generasi Z

d)

Baby Boomer

5.

Apakah yang akan berlaku sekiranya sesebuah keluarga itu gagal merapatkan jurang generasi?

a)

Mewujudkan keluarga yang bahagia.

b)

Mempunyai hubungan kekeluargaan yang erat.

c)

Memberikan implikasi negatif terhadap sahsiah dan corak kehidupan seseorang individu.

d)

Memberikan implikasi yang positif terhadap sahsiah dan corak kehidupan seseorang individu.

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan jurang generasi?

a)

Perbezaan umur.

b)

Perbezaan pemikiran.

c)

Perbezaan pemakaian.

d)

Perbezaan generasi lama dan generasi terkini.

7.

Berikut merupakan aspek dalam jurang generasi KECUALI ...

a)

pemikiran.

b)

pengalaman.

c)

pedalaman.

d)

pengetahuan.

8.

Yang manakah merupakan turutan generasi yang betul?

a)

X, Y, Z, Alpha, Baby Boomers

b)

Alpha, Baby Boomers, X, Y, Z

c)

Baby Boomers, X, Y, Z, Alpha

d)

Baby Boomers, Alpha, X, Y, Z

9.

Apakah faktor wujudnya jurang generasi yang mempengaruhi komunikasi?

a)

Latar belakang kehidupan.

b)

Perkembangan teknologi.

c)

Pengalaman.

d)

Jarak umur.

10.

Pada pendapat anda, apakah contoh dalam perkembangan teknologi yang menjadi faktor wujudnya jurang antara generasi lama dan generasi kini?

a)

Menggunakan telefon bimbit untuk berbual.

b)

Menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej.

c)

Menggunakan telefon bimbit dalam proses pembelajaran.

d)

Menggunakan telefon bimbit untuk menangkap gambar.

11.

Apakah maksud yang tepat bagi kekeluargaan?

a)

Masyarakat yang tinggal dalam satu rumah.

b)

Jawatankuasa yang dianggotai oleh ahli keluarga sahaja.

c)

Persatuan sosial yang dianggotai ahli keluarga sahaja.

d)

Satu institusi sosial yang asas dalam sesebuah masyarakat.

12.

Antara berikut, yang manakah faktor yang menjadikan sesebuah keluarga itu bahagia? KECUALI…

a)

Ibu bapa yang bertanggungjawab.

b)

Sumber kewangan yang kukuh.

c)

Anak - anak berakhlak mulia.

d)

Harta yang banyak.

13.

Perkahwinan ialah ...

a)

ikatan antara lelaki dan perempuan.

b)

penyatuan lelaki dan perempuan.

c)

status seseorang yang mempunyai pasangan.

d)

penyatuan sepasang suami isteri dengan ikatan yang sah mengikut undang-undang syariah dan kepercayaan agama setiap kaum.

14.

Apakah peranan yang patut dimainkan oleh seorang bapa?

a)

Melayan pasangan dan anak-anak dengan baik.

b)

Menguruskan rumah tangga.

c)

Menjadi ketua keluarga.

d)

Mendampingi ibu bapa

15.

Generasi baru perlu menghormati generasi lama.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Generasi lama digalakkan untuk mengikuti perkembangan teknologi kini untuk memudahkan perhubungan.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Merapatkan jurang generasi tidak dapat merapatkan hubungan antara generasi.

a)

Betul

b)

Salah

18.

Jarak umur merupakan faktor berlakunya jurang generasi.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Fatimah dilahirkan pada 20 Ogos 1986. Apakah kategori generasi bagi Fatimah?

a)

Baby Boomers

b)

Generasi Z

c)

Generasi X

d)

Generasi Y

20.

Siapakah yang dikategorikan sebagai generasi Z?

a)

Ali lahir pada 3 Julai 1950

b)

Steven dilahirkan pada 10 Januari 2005

c)

Rayyan dilahirkan pada tanggal 31 Ogos 2015

d)

Alia lahir pada tahun 1985